Monday, March 27, 2017

Ikan Cencaru Goreng Kunyit Resepi Bonda

Masakan Simple, Mudah Dan Sedap

Hi korang...3 hari SA sepi tanpa ada entry resepi kan..hahaha..migrain la last weekend sampai tak bleh nak buat apa dah..tapi gigih jugak masak kat rumah...sebenarnya banyak menu yang SA masak cuma ada yang dah pernah share..ikutkan resepi ikan cencaru goreng kunyit ni pun SA dah share banyak kali dah tapi sebab fikir takde entry kan..hahaha..terus buat jer janji blog berupdate dari takde langsung...

Resepi ni mak SA yang ajar dan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga..kalau Mak buat lagi sedap kot..sebab dah Mak tak sihat so SA jer la yang masak..jom kita tengok resepi bergambar dan bahan- bahan yang SA gunakan..ini yang paling mudah tau...

Bahan- Bahan
  1. Ikan Cencaru - 4 ekor
  2. Kunyit Hidup - sejengkal
  3. Bawang Putih - 7 ulas
  4. Garam
Cara masak

  1. Tumbuk kunyit sampai hancur
  2. asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan
  3. then tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu
Jom tengok gambar


Lumurkan separuh kunyit tadi pada ikan..jangan lupa campur garam sekali


Goreng dalam minyak yang panas, dah masak ikan angkat dan ketepikan


Bawang putih dan kunyit hidup tadi di goreng garing dan perasakan garam juga


then gaulkan pada ikan macam dalam gambar..

Dah siap...

Mudah kan? makan panas- panas..anak dara SA suka la ni...kalau dapat lauk ni memang makan bertambah...tapi tak boleh la buat selalu nanti muak..dalam sebulan tu buat la 2 kali..memang laku lauk ni...kalau dicicah dengan budu pun memang laju jer bertambah nasi...sedap....

Selamat mencuba ye...resepi simple dari Bonda SA...

Siapa Kita Tanpa Keluarga

Hubungan Persaudaraan Umpama Lebah Dan Bunga Yang Saling Memerlukan Antara Satu Sama Lain


Setiap daripada kita lahir dalam satu keluarga tiada seorang pun dikalangan kita yang dilahirkan ke dunia sebatang kara tanpa ada keluarga. Hubungan kekeluargaan sesama ahlinya pula ada yang dekat dan ada yang jaub. Namun semuanya termasuk dalam satu keluarga. Sesetengah orang apabila berlakunya perselisihan faham dalam kehidupan sanggup tidak mengaku keluarga dengan dirinya. Percanggahan pendapat, perbezaan prinsip dan sebagainya adalah lumrah dalam kehidupan tetapi Islam melarang kita memutuskan hubungan kekeluargaan.

Sebab itu SA sememangnya terlalu rapat dengan keluarga memandangkan SA hidup berdua dengan anak buat masa ni..pada keluarga la SA menumpang kasih dan sayang. Walau adakala ada pasang dan surut dalam hubungan tetapi hati SA cepat sejuk. Setiap ahli keluarga pula mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan institusi keluarga yang dibina mampu mencapai tahap keluarga bahagia.

Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarganya dan dipertanggungjawabkan berkenaan kepimpinannya dan Seorang wanita pula bertanggungjawab terhadap urusan di rumah suaminya dan sangat bertanggungjawab terhadap kepimpinannya dalam rumahtangga..

Jelas kan maksud keutamaan kepada keluarga yang SA nak sampaikan?Bantu darah daging sendiri sebelum peduli nasib orang lain..oleh sebab itu sememangnya perlu dititikberatkan soal keutuhan hubungan kekeluargaan...semoga hubungan kita semua dengan keluarga tetap kuat walaupan sesekali dilanda ombak badai...siapa kita di dunia ini kalau tanpa kehadiran ibu bapa...kan?

Amin....

Sunday, March 26, 2017

Bersyukur Dari Tak Dapat Langsung..

Dalam keadaan ekonomi negara yang teruk zaman sekarang ni..dengan semua benda dah naik harga, baik minyak, baik barang-barang kawalan..apa yang kita dapat dalam sektor pekerjaan tu baik gaji, bonus dan kenaikkan gaji tahunan sikit ke banyak kena la kita panjatkan syukur..sekurang-kurangnya kita ada jugak peluang merasa semua tu kan? Separuh company mana ada semua tu malah banyak benefit dah dimansuhkan dan dah mula berjimat..malah ada yang kena buang kerja kan?
SA buat entry tentang rasa syukur ni sebab kekhilafan SA sendiri yang mengeluh dan terus mempertikaikan apa yang SA dapat..yes im only a normal human..tak lepas dan tak pernah lari dari membuat kesilapan apatah lagi x pernah lari dari kekhilafan..SA terlupa yang disebalik rezeki yang SA masih rasa dalam dunia pekerjaan ni SA masih mengeluh..banyak atau sikit sepatutnya SA rasa syukur..rezeki SA dan anak..dan boleh SA kongsi dengan keluarga..yes im not perfect tp bila fikir balik..alhamdulillah SA tak tersasar jauh..masih mampu lagi menerima kenikmatan hasil susah payah SA kerja membanting tulang...SA x nak jadi macam orang lain yang tak fikir dan tak pernah rasa syukur dengan rezeki yang Allah dah bagi ni...penuh di timeline dengan keluhan demi keluhan...Allah..lebihan rezeki yang kita dapat ni patut disyukuri..sujud syukur bukan mengeluh dan terus mengeluh..Dalam keadaan ekonomi negara ni makin lama makin teruk sepatutnya syukur masih ada peluang kerja..kalau hilang semua tu? Apa nak bagi anak-anak makan..macamana nak tolong suami nak kurangkan bebanan? Macam SA ni ha...im a single mom..lagi plak..semua belanja dh naik..belanja anak yg dh remaja memang besar..dengan support mak ayah SA yang duduk dengan SA lagi...tapi alhamdulilah SA ok dengan percaturan yang allah turunkan buat SA...sebab tu SA belum yakin nak berumahtangga kali ke 2..takut tak dapat jaga amanah allah dengan sempurna..nauzubillah...
Apa sahaja rezeki yang allah turunkan SA panjatkan kesyukuran...alhamdulillah...syukur ada lagi rezeki buat Dania dan keluarga.....

Wednesday, March 22, 2017

NS Next Top Twins Model...Kelass Ko Nak.....

Hi korang...

Amboi..tajuk entry nak kelasss aje kan....ni gara- gara terjumpa gambar ni dalam ig anak dara SA si kakak Dania...ohhh...ini kerjanya bila berkumpul..sejak ada hp GT Mobile ni kan bukan main lagi kakak suruh adik- adik sepupunya jadi model..mula- mula tengok macam kelakar..lepas tu nampak cantik plak...eh gambar diorang ni bleh jadi bahan entry ni..maka terhasillah entry ni ha...ada gak bahan untuk blog mama kan..mana tau ada yang nak suruh review pakaian budak2 plak lepas ni...nak plak si kembar ni memang suka bab posing2....


Si kembar Adeliya...amboi...ni pose pinggang patah ke apa ni....


Si kembar Aressa memang terkenal dengan watak sempoi dan cepat naik hangin...sebab tu gambar dia macamni...


Budak- budak kan...buat apa pun comel...ni menurun sapa nyer bakat la ni...Mama ke...Ibu ke...Kakak Dania ke...hahahaha....keturuna memang suka bergambar posing2 maut cenggini la kan...nak jadi model memang tak la...jadi la model untuk mata sendiri...yang ok bleh la share kat media social..yang tak ok simpan untuk tatapan sendiri aje...esok2 dah besar boleh tengok semula..pas tu gelak bahak- bahak....

Jonlivia Unisex Phiro Back Support Mencegah Masalah Bongkok Dan Sakit Tulang Belakang


Hi korang...

Semenjak dua- tiga menjak ini SA sering rasa tidak selesa ketika berada di pejabat, tidak selesa dari segi tulang belakang terasa sakit sebab posisi duduk di kerusi tidak betul.Ye la hari- hari kerja mengadap komputer, adakala tidak hiraukan cara duduk yang betul sehingga sakit pada tulang belakang. Postur badan ketika duduk di kerusi sangat penting untuk mengelakkan tubuh badan kita dari menjadi bongkok serta terasa sakit- sakit sendi.Lebih- lebih lagi sakit pada tulang belakang. Umur dah hampir ke angka 40 tahun maka semua kena jaga kan. Di usia begini pelbagai masalah tubuh badan mudah berlaku. Sekiranya tidak di jaga maka pelbagai masalah akan timbul khususnya masalah bongkok atau dalam english "Hunchback Problem'

Meh SA perkenalkan Jonlivia Unisex Phiro Back Support keluaran Jonlivia Malaysia. Ianya sangat senang digunakan dan korang dah boleh buat kerja seperti biasa.Apa yang korang perlu buat hanya pakai Phiro Back Support ini selama 1-2 jam setiap hari dan korang akan mendapat result sebaik sahaja korang berdiri. Korang akan rasa selesa dan postur badan akan mula lurus tidak seperti sebelum korang menggunakannya.Senangkan? 1-2 jam setiap hari untuk keputusan yang memberansangkan.



Unisex Phiro Back Support ini sesuai di gunakan dimana- mana samaada ketika berada di pejabat, di rumah atau ketika memandu kereta.Malahan sesuai juga sekiranya di pakai ketika korang keluar beriadah.


3 posisi duduk di kerusi di bawah adalah salah dan membahayakan tulang belakang dan boleh menjurus ke arah masalah bongkok.







Jom lihat- cara- cara SA pakai Jonlivia Unisex Phiro Back Support.



Langkah pertama adalah korang hanya perlu pakai seperti korang nak pakai bag sandang.


masukkan yang macam tali tu di lubang yang disediakan...nampak kan?


Tarik bahagian band yang besar lilitkan ke pinggang, boleh adjust ikut kesesuaian dan keselesaan dan lekapkan kerana ianya diperbuat dari bahan yang mudah melekap


Tarik bahagian band yang panjang tadi lekapkan seperti di dalam gambar...


Korang boleh adjust betul2 ikut keselesaan...jangan risau sebab Phiro back support ni betul- betul mengikut postur badan korang...ianya ada dalam banyak saiz..


Dah siap!!!then korang dah boleh duduk dengan selesa...sebab dah ada support untuk belakang badan korang...


SA dah gunakan Unisex Phiro Back Support ni untuk beberapa hari dan SA pakai selama 1-2 jam ketika di pejabat sebab bila duduk lama di hadapan komputer, rasa sakit pada tulang belakang dan jugak pada belakang leher..sejak gunakannya rasa penat dan sakit sudah mula berkurang...
SA nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Jonlivia Malaysia kerana memberi peluang untuk SA merasai pengalaman menggunakan Unisex Phiro Back Support ini. Product ini memang sesuai untuk SA gunakan sebab sememangnya SA sering mengalami masalah sakit tulang belakang dan juga sakit pada bahagian leher akibat duduk terlalu lama depan komputer dan juga selalu mengamalkan cara duduk yang agak malas.


UNISEX PHIRO BACK SUPPORT


  1. Membantu memulihkan postur badan yang lemah
  2. Membantu melatih tubuh badan anda serta menjaga bahu
  3. Membantu membetulkan Scoliosis dan masalah kelengkungan dan cacat tulang belakang
  4. Membetulkan kembali bahu, meluruskan leher dan menjajarkan tulang belakang
  5. Membantu melegakan sakit belakang, sakit bahu dan sakit kepala
  6. Melangkah dengan yakin seperti model dengan postur badan yang betul



That's it for today!!

Selamatkan tulang belakang anda sebelum anda menyesal di kemudian hari....


Terima Kasih Jonlivia!!!


Korang boleh dapatkan Unisex Phiro Back Support

Di sini:

Contact: +6016-2634410 
Instagram: @jonlivia

Tuesday, March 21, 2017

Masak Kicap Daging Guna Serbuk Rempah Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang

Hi korang...
Pernah guna rempah ratus keluaran Mak Siti?aku dah terjatuh hati ngan rempah2 keluaran Mak Siti ni dan memang dah guna sejak tahun lepas lagi...pas tu hari tu masa pi beli barang dapur kat Jusco ternampak Serbuk Rempah Masak Kicap Daging..so beli la 2 packet..satu daging..satu ikan...
Ibu bekerja macam SA memang kalau nak cepat cari yang mudah aje..sebab senang masak campak2..bukan sebab malas ke apa sebab selalunya balik kerja dah malam sampai rumah..bila masa plak nak rehat kalau masak yang rumit-rumit kan..

Jom tengok resepi bergambar yang SA sediakan untuk korang


SA guna rempah Mak Siti Yang ni..


Bawang putih 3 ulas, bawang merah kecil sebiji, halia seinci dan lada hitam sesudu tumbuk 


Bawang besar sebiji di hiris bulat


Cili akar dan cili thai belah 2


Daging cincang

1. Tumis bahan yg ditumbuk sampai naik bau
2. Masukkan rempah Masak kicap daging 2 sudu
3. Masukkan kicap pekat dan tambah sedikit air
4. Masukkan daging..biarkan seketika
5. Agak2 daging dah empuk masukkan bawang dan cili..
6. Biarkan seketika..masukkan sedikit air jika perlu
7. Tutup api dan sedia di hidang


Dah siap....

Simple je kan...kalau rasa macam x cukup masa korang boleh siapkan bahan siap2...bangun tido or balik dari kerja terus masak je..SA selalu buat macam tu je..so takde la ganggu waktu rehat SA...bila buat macam tu masa masak tu jadi singkat...dari setengah jam jadi 15-20 minit je untuk masak satu hidangan...depends on berapa banyak masakan yang korang nak masak la..macam SA cukup satu atau 2 hidangan..kalau x habis..masukkan dalam fridge..esoknya panaskan dan bawak pergi office. Takkan nak buang kan..bazir plak...membazir kan amalan syaitan....

Selamat Mencuba...

Monday, March 20, 2017

Bab Mengenakan Orang Bagi Kat Dia...



Conversation Qhaira dengan Pakchunya...

Pakcu: Dida syg pakcu x?

Dida: dida xsyg acu ni..dida syg acu tu je? (Makcu)

Pakcu:knp dida xsyg pakcu?

Dida:dida xnak..dida geli acu ni...

Acu: knp dida geli pulak?

Dida: dida geli kt hidung acu tu ade ulatttt..eeee.. (taik lalat kt tepi hidung pakcu)

Hahahahahahaha.....

Hahahhahaha..taik lalat atas hidung mama x geli plak...


Bertuah betul Qhaira ni.....

Cerita Ceriti Event Stellavingze Jumpa Blogger Baru

Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017 anjuran Stellavingze

Ini bukan entry berbayar yer..dari SA buang semua gambar dalam handphone baik share kat sini kan...handphone dah penuh dengan gambar dah..ada banyak yang tak share rupanya especially i jumpa blogger2 baru dan yang dah kenal lama kat dunia blogging ni...ada jugak beberapa gambar yang SA x share lagi ngan korang....sebenarnya SA x tau pun yang event ni melibatkan Puteri UMNO Lembah pantai cuma dapat info tentang dress code yang diwajibkan pakai formal..kebetulan memang dari office so pakai ajerlah baju kerja..tambah accessories jer la skit...kalau tau semua tema Pink Putih bleh pakai ikut tema...bukan apa untuk menyokong event diorang...ada gak yang tanya kat FB SA kalau pi event memang ikut konsep event ke...Harus la diknon oiii...takkan SA nak pakai ikut suka..menghormati majlis kan..takkan nak pakai jeans ngan t-shirt..rosak majlis orang...elok orang panggil terus orangdah xde hati nak panggil join event...so etika berpakaian ketika menghadiri event tu sangat penting walau kita dijemput sebagai media...

Jom la tengok gambar sepanjang majlis berlangsung..first time join event sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia ni..sebelum ni tak pernah pun sambut dan nak ambil tahu..so banyak jugak ilmu dapat semasa join event ni..


Berani ko berdiri depan pentas sebelum VIP duk atas tu erk....


Berlatar belakang warna pink...semua tu Puteri UMNO Lembah Pantai...


Semua khusyuk mendengar Forum


Para VIP pada malam tersebut


Yeayy...Selamat Hari Wanita Sedunia......


Dengan Nadia Johari, Atiehilmi dan Kak Sue Kabdy


Dengan Sally Samsaiman dan Ainimsuju


Masa ni aktiviti lucky draw..mak x lucky nok....


Masa ni dah abih event...tengah tunggu cik abe amik


Dengan Mommy Cici ni baru jumpa, baru kenal


Dengan Blogger Alja Lee...

Seronoknya pergi event macam ni sebab banyak ilmu kita dapat tentang kehebatan seorang wanita..jadi wanita kena tabah, kena kuat sebab banyak tanggungjawab tergalas atas bahu kita kan...seronok dapat jumpa blogger baru...the best part diorang datang jumpa SA dan tegur...so rasa amat bangga kat situ sebab rupanya ada gak yang kenal...hehehe...thanks to Alja Lee dan Mommy Cici yang tegur SA cuma tak sempat bergambar dengan blogger- blogger lain sebab duduk jauh...so adik- adik blogger yang lain kalau jumpa hakak kat mana- mana event tegur jer la eh...hakak ko ni rabun...memang tak nampak orang...atau lebih tepat susuah nak kenal orang sebab kat blog muka lain kan...bila in real muka lain...

Sunday, March 19, 2017

Kerana Ego Isteri Tidak Dapat Maafkan Dirinya Sehingga Sekarang

Para Isteri Ambil Ikhtibar Dari Kisah Benar Ini

Rumah tangga mana yang tak di timpa masalah...gaduh- gaduh tu memang biasa..tapi jangan lah sampai bermasam muka..masing- masing ada salah..ada Ego...tapi apa salahnya kalau duduk berbincang...

Jom baca kisah benar ini...SA hanya share...untuk kebaikkan bersama


Abang ni #%¥¥¥$&@%@%#&@@
Macam2 isterinya maki hamun. Tak puas hati.. Tapi suami diamkan diri. Layankan saja sikap isteri yg sedang hot. Biarkan dia lepaskan apa yg terbuku di hati.

'Abg nak pergi kerja ni'. Kata si suami,
Sambil hulurkan tangan utk bersalaman dengan isterinya. Namun tgnnya ditepis....isteri masih ego dengan sikap barannya. Tiada lagi sarapan...tiada lagi segelas air. Tiada peluk cium utk suaminya seperti biasa. Biarkan rasa. Biarkan dia tahu aku betul2 merajuk kali nih~ kata si isteri td dalam hatinya. Huh....dia ingt aku ni apa? Tunggul??? Tak ada hati dan perasaan??? Lantaklah....puas hati aku

Si suami menoleh sebelum membuka pintu utk keluar ke tempat kerja. Tapi masih sama. Si isteri masih berkeras. Langsung tidak diberi perhatian buat suaminya....Suami dalam keadaan kecewa melangkah keluar.....memberi kemenangan kepada isterinya....Biarlah...nnti sejuk tu oklah.

2 Jam berlalu....
Aihhh.....mengapa langsung tak mesej bgtau dah sampai pejabat??? Biasanya pasti call memberitahu dah selamat sampai.. Senyapppp aja nih. Marah kot? Cetus hati si isteri....

Tiba2 ada panggilan...huh. Tau pun nak telefon. Hello?? Nak apa??? Oppsss sory. Rupanya panggilan dari org lain. Rakan seperjuangan di syarikat ingin memberitahu tentang perkembangan situasi di tempat seminar.

4 Jam berlalu.
Nak call tak nih? Argghhhhh....biarkanlah. Merajuk la tuh. Selagi dia tak mesej @ call, biarkan je lah. Tapi si isteri dah mula risau....macam ada yg tak kena.....kring!!!!! kringgg!!!!!
Telefon rumahnya berdering....

Assalamualaikum...ni puan ****** ker?
Ya jawab si isteri td. Puan dikehendaki dtg ke hospital ****** dengan segera. Suami puan tuan**** kemalangan ngeri pagi td dan meninggal dunia..

Allahuakbar....tiba2 si isteri terlepas telefon di tgn.....terbayang2 kelibat suaminya pagi td. Suami yg nak bersalam tp dia tepis....Menangis berterusan......lemah longlai badannya...tidak sempat memohon maaf. Allah....Allah....ampunkan aku Ya Allah.....

Sudah 30 tahun berlalu.....si isteri masih tidak dpt maafkan dirinya sendiri....peristiwa itu bagaikan baru berlaku semalam.....

~~ Wahai isteri/suami diluar sana......bersalaman lah setiap kali kamu akan berpisah untuk ke tempat kerja masing2......peluk dan ciumlah pasangan masing2....mohon maaflah...Kita tidak pasti siapa yg melangkah keluar dalam keadaan sihat sempurna, pulangnya sebagai jenazah...

#C&P Facebook

Sup Kaki Ayam Special Request Dari My Super Hero

RESEPI SUP KAKI AYAM YANG MUDAH DAN SIHAT

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...sekali lagi nak up resepi Sup Kaki Ayam Special...sebab apa special?Sebab Super Hero SA yang mintak buatkan sup kaki ayam ni..sebab dia rasa tak sihat badan minggu lepas...sorry la menu minggu lepas baru nak publish minggu ni...bukan apa sibuk la korang banyak urusan..so dari terpendam dalam draft baik SA up jer jadi satu entry untuk korang baca atau follow...itupun kalau ada yang nak follow...

Buruk perangai ambil gambar masakan dalam periuk lagi...hehehe

Resepi kali ini takde yang berbeza cuma sebelum ni sup SA hanya ayam semata kan...kali ni abah mintak campurkan kentang dan jugak Lobak merah...halia dia suh letak banyak2 skit...

Jom la tengok resepi...resepi bergambar senang skit kan...

Bahan- bahannya:-


1. Halia - dihiris ( ikut suka banyak mana)
2. Bawang putih - diracik
3. bawang merah - diracik
4. Kayu manis - 1 batang
5. Bunga lawang - 2 kuntum
6. Buah pelaga - 3 biji
7.Bunga cengkih - 3 biji
8. Lobak merah 2 batang ( potong macam dalam gambar)
9. kentang 2 biji ( potong dadu)
10. Daun Sup - jika ada
11. Daun bawang - jika ada
12. bawang goreng ( goreng sendiri)
13. serbuk sup Adabi - 2 sudu


Lobak merah dan kentang yang di potong dadu/ kiub


Kaki ayam dan kepak ayam yang dah dibersihkan

Cara masak :-

  1. Tumis Bahan 4-7 
  2. Masukkan Bahan 1-3, tumis sampai naik bau dan bawang serta halia agak layu dan bertukar warna keperang- perangan
  3. masukkan kaki ayam dan kepak ayam 
  4. masukkan air sukat agak2 ayam tenggelam skit
  5. biarkan merenih seketika..
  6. Masukkan kentang dan lobak merah
  7. Biar sampai menggelegak 
  8. ayam, kentang dan lobak merah dah empuk masukkan serbuk sup ADABI
  9. perasakn garam
  10. Dah siap




Ni la rupa paras sup kaki ayam special request dari Abah SA..My super hero kesayangan...tak sihat..so anak dia sorang ni balik memang kena gantikan tugas dia kat dapur la...masak...hehehe..
Sedap ke sup SA ni?Entah la...tapi habis licin la sebenarnya sebab anak- anak buah dan adik pun balik Ahad lepas...kalau bab sup2 ni memang laju je kat rumah SA...

Sebab tu orang- orang tua cakap..kalau nak demam..masak sup ayam..letak halia banyak- banyak...insyaallah sihat la nanti tu...

Tapi memang betul pun kan....

Okey korang....Selamat mencuba...

Saturday, March 18, 2017

GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM


Hi korang readers blog SA...

Meh support GA kawan blogger kita...

Syarat- sayartnya mudah sahaja...

Syarat-syarat sah penyertaan:

1. Follow blog herneenazir.com (senaraikan di bloglist anda)
2. Like Fanpage herneenazir.com
3. Follow https://www.instagram.com/herneenazir/
4. Add To Circle Google+ Hernee Nazir
5. Buat entri bertajuk Giveaway March by herneenazir.com, copy banner dan backlink ke entri ini.
6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri ini.
7. Giveaway akan bermula pada 15 Mac sehingga 26 Mac 2017 jam 11.59 malam.

Jom korang sama-sama meriahkan GA ni....

Segmen Bloglist Seindahcerita By Nieyl


Klik Banner Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / FB Personal @nieylanadia
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org


Jom support Segmen ni jom!!!

Risolle Daging Cheese Leleh Sedap Hingga Jilat Jari



Hi korang...

Selamat berhujung minggu...eh dah cuti sekolah erk....bestnya la korang yang turut bercuti sekali ngan anak- anak...SA macam biasa la..cuti takde...lagipun tak lama kan cuti...plan tu ada nak bawak anak dara bertuah tu berjalan..tapi tunggu dulu la...hehehe...keadaan lom mengizinkan...bila dah ok skit baru la all out bercuti...ok dari segi apa? of coz la dari segi kewangan...semua kena plan..bukan takde duit..kalau bleh biarlah kalau nak bercuti tu ada duit..baru seronok nak bawak anak dara tu berjalan...

Okey...minggu ni SA abihkan masa kat rumah sewa...banyak kerja nak kena buat...food review, product review..semua tgh beratur ni untuk di publish...gambar pun tak ambik lagi untuk product review...huiii banyak tul kerja...

Pernah makan Risolle?Kalau orang Melayu panggil roti gulung campur inti ayam atau daging dan cheese...nama omputihnyer Risolle. Nak buat memang SA x pandai la...lom khatam lagi...so beli je dari kawan opis...roti yang di gulung dengan inti and cheese dan di salutkan dengan bread crump..goreng dengan minyak sederhana panas sampai betul2 kekuningan...dan hidangkan...sedap...2 ketul je dah cukup kenyang sampai ke malam...nanti nak belajar buat la...x susah pun sebenarnya...nak ngan tak nak je..pi supermartket cari bread crump x jumpa plak...tu la masalahnya..bila semangat nak buat bahan plak xde...part inti x susah senang jer..kita yang buat dia kan...sedap x sedap belakang kira....

Nanti la...dah cukup bahan nanti SA up kat sini....balik Seremban nanti leh buat untuk sarapan anak dara...dia sure suka...

Nak Jadi Food Blogger? Boleh...Tapi Jiwa Kena Kental...Berani Ke?

Dulu masa mula- mula blogging..memang agak kucar kacir tak tau nak fokus niche yang mana satu...so..lepas dah beberapa tahun dan blog mula dikenali ramai...baru lah aku jumpa Niche yang sesuai dengan jiwa aku iaitu Lifestyle Blogger...tapi x semua bab personal citer kat dalam blog..mana yang rasa ok je maka jadilah sebuah entry..lepas tu hari demi hari terlibat pulak dengan event dan jugak terpanggil untuk product review..bab product mmg banyak sangat..dah x leh nak ingat apa product..sampai la satu ketika awal tahun 2015 aku dah mula di panggil untuk food review..



Selalu bila up aje pasal food review semua cakap wah bestlah akak selalu pergi food review...best memang la best korang...adakala dapat la Paid Review  dan selalunya takde bayaran...macam mana aku bleh berkecimpung dalam dunia food review?So kena pandai- pandai la atau orang putih cakap win- win situation..dari situ slowly aku dapat paid review...tips paling penting semasa buat review...kalau kena pada tekak korang dan betul- betul sedap..komen la seikhlas hati..kalau tak kena dengan tekak korang...tapi sedap pada tekak orang lain...pun komen la sejujurnya...bagi pandangan ikhlas dan jangan menjatuhkan reputasi sesebuah restoran yang korang review...adakal aku perasan ada gak blogger lantang sangat bersuara...jangan....jangan....bahaya...aku dah ada pengalaman dah..bab tu aku tak perlu cerita..yang dah berlalu biar berlalu...


Aku banyak keluar modal untuk pergi makan kat mana2 je restoran aku nak pergi...aku mulakan ambil gambar dan describe sikit tentang makanan dan share kat media sosial..dari situ aku dapat job- job review..bukan senang nak senang kan...ada jugak aku dapat job dari rakan- rakan blogger yang lain..



Dan yang penting sekali....biasanya aku up pasal resepi yang aku masak...kadang- kadang aku masak guna product2 tertentu..dari situ pun aku dah dapat product review sekaligus kena buat review masakan jugak la...



Lately ni...maybe sebab faktor umur kot...aku lebih suka memasak..aku lebih ke arah dunia masakan...tak tau la kenapa...aku suka masak..aku suka orang rasa masakan aku walau aku tau ada yang tak sedap kot..aku lebih ke arah masakan lauk pauk...kalau korang suruh aku baking..memang la aku tak reti de...buat cekodok pandai la...ni aku dalam proses nak olah resepi aku cipta sendiri...nanti la bila dah siap aku share ngan korang...

Cukup la bebelan aku hari ni...kenapa aku kata korang kena bertabah kalau nak jadi food blogger?

1. Sebab godaan makanan...

2. Korang kena keluarkan sedikit modal..

3..Bersabar untuk dapat jemputan dari mana- mana restoran..

4. Perah otak untuk hasilkan review terbaik

5. Korang nak jaga hati klien dan jugak readers korang

6. Seelok- eloknya korang jujur...


Cukup la ni kan....

See ya....

Friday, March 17, 2017

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA | DR HAMID ARSYAD

Perkongsian Menarik buat semua wanita


1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali  setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2,  bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janji buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C  terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. 

Aamin. - Dr Hamid Arsyad.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah