Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Saturday, September 30, 2023

Majlis Silaturrahim Warisan Siraj Version 3 Di The Crystall Hall, Bukit Jelutong Shah Alam

Assalamualaikum..

Hari ni SA berpeluang join event besar besaran anjuran Warisan Siraj ..event ni merupakan version 3 anjuran mereka. Memandangkan SA dah masuk keluarga besar suami maka SA turut dijemput memeriahkan majlis...keluarga sebelah suami je yang berdaftar ada 55 orang...ada yang x dapat datang jugak tu...ye la x semua lapang kan..maybe ada yang jauh dari venue event..event santai-santai je..

Pengacara majlis membacakan salasilah keluarga, asal usul datuk moyang mereka yg terkumpul sebelah Hj Siraj merupakan keturunan Jawa dari Semarang dan keturunan sebelah isteri Hj Siraj adalah Bugis..maknanya semua mempunyai darah Jawa dan Bugis dan ada campuran jugak..SA sendiri berketurunan Minang Seri Selemak..kalau nak cerita pasal susur galur memang sampai ke sudah x habis...

Warisan Siraj:

Kini hanya 3 beradik yang tinggal..(seperti dalam gambar)

  1. Tok pak usu Dollah
  2. Tok Aishah
  3. Tok Rahim

Alhamdulillah, masih dapat berjumpa dan berkumpul sekali lagi tahun ini. Agar ikatan kekeluargaan berpanjangan




Seronok tengok ramai-ramai  berkumpul beramah mesra, nama-nama keluarga SA x arif sangat..ada senarai tadi terlupa plak nak ambil..ada details kat senarai tu tadi..tapi x pe lah seronok bila dapat kenal kan..itupun makcik suami yang kenalkan SA dengan beberapa orang tadi...

Jom la tengok gambar...

















 



Family sebelah suami SA, adik beradik, pakcik makcik dan sepupu sepapat dia..

Kami mewakili keluarga Hajah Habsah atau lebih dikenali Keluarga Mak Bik


Cari SA kat mana..haha



Anak dara ni x kan nak tinggal kan..




Kami minta diri awal sebab Suami SA nak balik JB dh..sekejap aje jumpa kan..nak buat macam.mana tahun depan baru Suami dapat tukar time kerja...8 jam kepada 12 jam, kerja 4 hari dan 3 hari cuti...

Sampai Seremban dh pukul 4 petang..jammed teruk highway, masuk Lekas pun jammed, x leh nak buat apa dh..hadap aje la...

Balik tiba-tiba  memasing ajak sambut birthday Dania..Suami belikan kek lepas tu SA masak lauk skit untuk bekal suami pi kerja..

Esok jam 3 pagi En Suami nak balik JB dh..lepas tu nak pi kerja..

Pendapat SA..Majlis sebegini patut dikekalkan setiap tahun..silaturahim yang ada patut diraikan, yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan..bila semuanya berkumpul baru boleh kenal siapa saudara mara kita kan..Family sebelah SA selalu jugak buat..selalunya kami buat Pot Luck kat rumah kampung dan berkumpul..rasanya dh boleh dh buat majlis macam ni...sebabnya takut saudara mara x kenal sesama sendiri kan..yang dah  tiada kekal dalam ingatan dan yang masih ada  sentiasa mendoakan..

Jumpa lagi next entry...



Tuesday, May 9, 2017

Showcase 2 Jiwa Satu Hati Bersama Aiman Tino, Sandra Mentor & Suffian Suhaimi


Hi korang...
Jumaat lepas kan..SA berpeluang menghadirkan diri yang tak berapa nak sihat sebab kecederaan kaki ke Dewan Tuanku Abdul Rahman, MaTic untuk menyaksikan Showcase 2 jiwa satu Hati Aiman Tino bersama Sandra Mentor dan Suffian Suhaimi..Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Rozana Hassan diatas jemputan. Ikutkan SA dh whatsaap bg tau maybe tak dapat datang. Tapi x sedap hati plak sebab kak Ana cakap kalau rasa dh ok jemput la datang bawak family.SA ni jenis kalau dh janji susah nak tolak kan..hati orang SA kena jaga nak plak selalu dapat job dari Kak Ana.Apapun..SA dtg dengan kaki yang berbalut dan jalan yang sangat tempang..hahaha..tau omak abah den anak bertuah diorang ni cedera confirm kena paksa balik..tp sebab banyak kerja blogging nak kena settle so duduk dendiam siapkan sudah...ni pun banyak pending lagi ni...showcase start 9pm dan SA hanya mampu bertahan sampai kemunculan Sandra je..lepas tu SA balik..


Poster/bunting event


SA di depan backdrop & banner event


Nampak x kaki berbalut


Masa ni blom start majlis..SA duduk di row Media..x nak duk depan nanti kena panggil naik.pentas



Mcee yang sama masa minggu setiausaha...lupa plak nama dia..


Suffian Suhaimi memulakan persembahan dengan lagu popularnya. 5 buah lagu dia dendangkan malam tersebut


Antara penonton yang hadir



Suffian dan penonton dari Brunei


Persembahan Suffian dan Sandra Mentor dengan lagu Love you Like A Love Song 





So far semua terhibur dengan persembahan cuma SA x sempat nak tunggu sampai Aiman Tino keluar.Keadaan kesihatan x mengizinkan..kesian Dania SA x leh nak tunggu Aiman Tino..tp x pe sebab sebelum tu SA dh amik gambar Aiman Tino banyak masa event Minggu Setiausaha.As long as Dania happy kan...

Alaaaa.....rindu my Dania laaaa.....


Monday, May 8, 2017

Minggu Setiausaha 2017 | Ella, Aiman Tino & Sufian Suhaimi

Hi korang

SA berpeluang ke Minggu Setiausaha 2017 pada 27 April 2017 yang lepas dimana kali ini SA berpeluang menyaksikan penyanyi pujaan SA iaitu Ella. Gabungan 3 artis ni memang yang terakhir untuk minggu setiausaha. Ribuan terima kasih kepada boss SA iaitu En Azhari Sulaiman yang belanja SA dan juga 2 orang lagi rakan sekerja.Ekceli dah lama tak pergi Minggu Setiausaha ni...tapi bila dah boss belanja kitorang happy la...bagai pucuk dicita ulam mendatang kan...macam orang mengantuk disorong bantal...memang happy la...melaram la kami bertiga masa tu...sesekali kan..




Ni muka x sabar nak pi Saloma Bistro


Kami bertiga di hadapan backdrop 


Selamba je mintak org amikkan gambar..sekali tu yg amikkan tu travel blogger..dia kenal SA kot..SA mmg x kenal dia tp xpe la..terima kasih daun keladi..


Mula2 masuk duduk kat meja..


3 of us...


Terjumpa Kak Rozanna Hassan PR dan jugak kak Abot yg dulu popular dengan album Alternatif Buat orang Timur


One more pose 


Yeay nak start dh


Persembahan pertama dari Suffian Suhaimi




Diikuti persembahan Aiman Tino





Masa ni tgh tunggu persembahan Ella.abaikan muka tgh byk jerawat halus


Yeay...Ella muncul dengan lagu KESAL


Cantik Ella kan






Penghujung persembahan.... Mereka bertig menyanyikan lagu Standing In The Eyes 


Sempat amik gambar dengan Aiman Tino


Dengan Suffian Suhaimi


Dengan Ella!!!


One more


Ni dari Kamera kawan..


Pose like an artist at red carpet...ciss berangan...

Lepas habis jer majlis terus balik opis semula..kami balik dengan hati yang puas..mula2 dulu mcm alaaa..kenapa Ella..kenapa x artist lain..but sebenarnya..Ella pun best...walau x banyak kominikasi ngan penonton..kami tetap terhibur dengan persembahan Ella..lagu semua best2...terima kasih x terhingga buat boss..next year boleh la belanja lagi...
#ehhh...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah