Wednesday, September 10, 2025

Trip Pekan Sehari Temerloh Part 1

Assalamualaikum...

Macam yang SA mention sebelum ni...SA pergi Pekan Sehari Temerloh bawa PZ berjalan selepas dia asyik tengok kat Tik Tok tentang Pekan Sehari Temerloh ni...hari- hari dia tanya bila nak pergi. Untuk tak menghampakan PZ so SA, Suami dan Dania bawak la PZ ke sini pada hari Ahad...pukul 5am kami gerak dari Seremban ikut Kuala Pilah. Awal betul pergi ye...memang sepatutnya kami gerak awal pagi sebab risaukan parking takde..kalau parking jauh annti payah plak nak jalan jauh masuk Pekan Sari tu kan...

Pekan Sehari Temerloh Meriah, Tradisi & Makanan Sedap!

Kalau sebut pasal Temerloh, mesti ramai terus teringat ikan patin masak tempoyak yang terkenal tu kan? Tapi, sebenarnya ada satu lagi tarikan istimewa di sini yang tak kurang popularnya, iaitu Pekan Sehari Temerloh.

Lokasinya memang strategik, betul-betul di tebing Sungai Pahang, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Setiap hari Ahad, kawasan ni akan bertukar jadi pasar minggu terbesar di Pahang. Memang meriah, penuh dengan orang tempatan dan juga pelancong yang nak rasa suasana ‘rare’ macam ni. Termasuk la SA sekeluarga..Pak Zain nak rasakan suasana tu sebenarnya...sebab tu dia sangat-sangat excited.



SA tersedar kami dah masuk simpang Lipis dari Serting..waze bawak ikut jalan ni..so bukanlah ikut Muazzam Shah..






Singgah solat subuh di area Kemayan kalau x salah...

Akhirnya kami sampai juga di Pekan Sehari Termerloh atau orang sana sebut Pekan Sari...Alhamdulillah allah mudahkan lagi bila kami dapat parking betul-betul area pintu masuk Pasar Saritu dan bertentang dengan Medan Selera kot...kami sarapan dulu la..sarapan biasa-biasa je...sebab kami x cari pun kat google apa yang best untuk sarapan pagi..


kami makan kat gerai ni sebab sini yang meriah



Ni la orang yang excited tu..


Minah ni lapar sebab malam x makan..kenyang makan pizza kat PD sebelum tu kan


Kesian dia nak makan nasi lemak tapi x lengkap..ni kedai bang...bukan bini u yang masak...


Anak dara SA makan 2 keping roti telur..mak oiiii....


Ni namanya roti Pulau...roti canai banjir dan dipecahkan telur half cook atasnya...







 Selfie je dua beranak ni...ni dari hp suami

Apa yang menarik di Pekan Sehari Temerloh?

👉 Macam-macam ada! Dari sayur kampung, buah-buahan tempatan, madu kelulut, sampai ke barang-barang antik pun boleh jumpa. Kalau musim durian, lagilah syok dengan bau durian memang semerbak sepanjang jalan.

👉 Makanan tradisional Pahang. Yang wajib cuba mestilah ikan patin segar. Kat sini memang banyak orang jual ikan patin Temerloh, baik yang hidup dalam sangkar atau dah siap dimasak. Lauk paling popular tentulah Patin Masak Tempoyak, menu ni memang legend! Selain tu, ada juga gulai ayam kampung, lemang, pulut panggang dan kuih-muih tradisional.

👉 Suasana kampung yang meriah. Bayangkan ratusan gerai sepanjang hampir 3 kilometer di tepi sungai. Ramai yang datang bukan sekadar membeli-belah, tapi juga nak berjumpa kawan-kawan dan saudara mara. Suasana macam karnival, penuh dengan gelak tawa, bunyi tawar-menawar dan aroma makanan.

Kenapa wajib singgah?

Kalau korang datang ke Temerloh pada hujung minggu, rugi sangat kalau tak singgah. Bukan sekadar pasar biasa, tapi Pekan Sehari Temerloh ni jadi cermin budaya orang Pahang  ramah, sederhana dan kaya dengan tradisi. Lagi best, boleh bergambar dengan latar belakang Sungai Pahang yang tenang, memang Instagrammable! SA x sempat bergambar sebab melayankan PZ yang x duduk diam ye...semua gerai menarik perhatian dia..

Jadi, kalau ada plan jalan-jalan hujung minggu, bolehlah masukkan Pekan Sehari Temerloh dalam bucket list. Datang awal pagi lebih best sebab barang-barang masih segar dan pilihan pun banyak.

Entry ni tak habis kat sini ye...masih banyak gambar SA nak share ngan korang...

Kita jumpa next entry..


2 comments:

  1. Wah...best ni..Nk kena cari masa betul2 free & tabung kai berdua dh berisi semula baru bleh ajak Hata pegi =D

    ReplyDelete
  2. Menarik ni..kena tggu next entry..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah