Tuesday, June 30, 2026

Trip Mersing ~ Last Entry Repeat Kluang Railway Coffee

Assalamualaikum wrt...

Haa... inilah dia entri terakhir untuk siri Trip Mersing kami 3 beranak! Tapi kisahnya, entri penutup ni bukanlah pasal tempat kat Mersing, tapi kisah 'pelencongan' demi memenuhi keinginan anak tekak SA ni... hehe.

Ikutkan perancangan asal, waktu balik tu kami nak ikut jalan Endau-Rompin. Tapi tulah, entah macam mana tiba-tiba tekak ni teringat-ingat sangat dekat Kluang Railway Coffee. Memandangkan masing-masing pun setuju nak repeat sarapan kat situ lagi sekali, kami pun tukar plan saat-saat akhir!

Demi secawan kopi padu, roti bakar, nasi lemak padu dan telur 1/2 masak awal-awal pagi lagi kami dah bersiap. Pukul 7.00 pagi tepat, kami dah check out dari homestay di Mersing dan terus memecut gerak ke Kluang. Pukul 9 lebih kami sampai dah...


Sekali bila sampai aje kat sana... mak ai! SA terpaksa akur kena beratur panjang dekat setengah jam jugalah sebelum dapat tempat. Ramai betul umat manusia! Baru SA teringat, patutlah penuh bebenor... kan masa tu  dah mula musim cuti sekolah. Masing-masing pun bawa keluarga datang jalan dan sarapan kat sini sekali.



Beratur ye...jangan tak beratur



Roti bakar dia memang the best


Fried dumpling


Sebenarnya SA jatuh cinta dengan nasi lemak diorang


Simple dan sedap..2 bungkus SA makan


telur separuh masak


Order kami


Bye..bye Kluang!!


Perjalanan pun smooth


Langit pun cantik



 

Walaupun kena menapak dan menunggu dalam barisan, tapi bila dapat juga duduk dan dapat rasa kopi kaw bersama roti bakar kegemaran tu, nasi lemak diorang pun power ye... pergh, terus rasa hilang penat menunggu! Berbaloi-baloi pengorbanan tukar route balik hari ni. SA siap beli 2 botol Hainan Kaya semata- mata nak buat roti bakar sendiri kat rumah nanti...

Lepas dah kenyang dan puas hati dapat repeat, barulah kami teruskan perjalanan balik ke rumah dengan senyuman lebar.

Maka, tamatlah sudah coretan kisah Trip Mersing kami untuk kali ni. Terima kasih korang yang sudi baca dari entry pertama sampai la yang terakhir ni ya.

Korang kalau lalu Kluang, sanggup tak beratur demi kopi dan makanan sedap macam SA ni? Hehe. 

Next plan percutian kami 3 beranak termasuk PZ adalah Terengganu...bulan beapa tu x pasti lagi...maybe lepas Dania habis exam Sem 6 ni...kita tungguuuuuuuu....

Jumpa lagi di entri cerita yang lain pulak! Tata!

24 comments:

  1. roti bakar dan dumpling nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Sanggup repeat kalau sedap.....nampak pun sedap Sa.

    ReplyDelete
  3. Enjoy travel dalam negeri domestik..tak lah baget banyak kan..alhamdulillah pada kesempatan ke Kluang..

    ReplyDelete
  4. Memang pasu & power la roti bakar Dan nasi lemak dia Rojak @ cucur dia pun sedap taw SA

    ReplyDelete
  5. Bab nak beratur panjang tu lemah sikit SA. Tapi kalau dah datang sejauh ni, rugi pula kalau terus angkat kaki kan

    ReplyDelete
  6. Wahhhh sedapnya semua makanan di Kluang Rail Coffee. Ini tempat wajib pergi kalau ke Kluang kan? Beratur panjang tapi makanan puas hati memang berbaloi

    ReplyDelete
  7. jauh jugak yer mersing-kluang tu..2 jam drive, tp asalkan happy dpt mkn apa yg kita nak kan, berbaloi2 laaa wpun kena menunggu nak dpt table

    ReplyDelete
  8. Panjangnya q kak!! tapi kalau sy bila dah sedap tu mmg x kisah beratur janji puas hati, apatah lg tempat org, bila lagi nk merasa kan? dpd teringat² q panjang pun harung je.. hehehe

    ReplyDelete
  9. bab beratur ni kena betul2 orang yang kental je ni..kalau macam kami ni lemah,risau ada yang muncung sedepa haha

    ReplyDelete
  10. Wow..mmg nmpk padu semua menu2 tu sis. Bila la dpt gi sana =D

    ReplyDelete
  11. Tak sampai lagi yg original Kluang Rail Coffee ni tapi teringin nak pergi! Nasi lemak bungkus simple macam tu pun favourite saya jugak. Bila la nak pergi Mersing lagi ni 😅

    ReplyDelete
  12. sedap tu tgk roti bakar & fried dumpling tu

    ReplyDelete
  13. bila ntah nak sampai agaknya...dah makin jauh ni.. hihihi..

    ReplyDelete
  14. Ada juga tempat yg saya dah coba akhirnyaaa, walaupun coba kluang coffee ini di cabang Pasir gudang, bukan di cafe aslinya. Tp sedaaap juga. Roti bakarnya memang ENAAAAK banget kak. Dan saya suka kopinya

    ReplyDelete
  15. Roti bakar dengan dumplings tu nampak sedap nya

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dah pernah sampai Kluang

    ReplyDelete
  17. tengok rupa pun dah tahu mesti sedap kan roti kaya tu

    ReplyDelete
  18. Kalau ke Kluang memang wajib singgah sini. Roti tu pun wajib. Kami sampai beli buat bekal dalam perjalanan balik. Berbaloilah kan beratur panjang pun. Sedap tu yang sentiasa meriah ramai orang.

    ReplyDelete
  19. Lama tak ke Kluang. Exbf dulu orang Kluang. Hahahah

    ReplyDelete
  20. oo nasi lemak dia dah siap bungkus.
    ajomm lah ke Ganu kita.. kami gi sana17-20 Julai lepas Widad habis exam.

    ReplyDelete
  21. Tak sia-sia Kak SA beratur dapat makan yang sedap...

    ReplyDelete
  22. Saya pun dah lama tak pergi outlet ni sebab ramai! Pergi outlet lain tak sama feelingnya 🥲

    ReplyDelete
  23. Aaaaa drooling dengan fried dumplings tu. Fav juga.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah