Monday, August 24, 2026

Ziana Zain Dapat Gelaran Datuk

Assalamualaikum wrt...

Dengar kat radio tadi, penyanyi kesayangan SA..Ziana Zain dapat gelaran Datuk bersempena dengan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka hari ini...



Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Anugerah berkenaan diterima Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.

Ziana antara 189 penerima yang dikurniakan D.P.S.M. pada istiadat tersebut, yang turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.

Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, Ziana mencipta nama menerusi pelbagai lagu popular.

Tahniah Datuk Ziana Zain....

19 comments:

  1. Tahniah Datuk Ziana Zain. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga pangkat Datuk.

    ReplyDelete
  2. Sukaaa suara nya Ziana Zain ini. 😍. Dulu pas kuliah lah sering dengar lagu2 dia di radio 🤭. Power sangat suaranya

    ReplyDelete
  3. Tahniah Datik Ziana Zain - penyanyi legend bersuara nyaring.

    ReplyDelete
  4. Tahniahhh.. lama dia berjuang dalam industri...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Datuk Ziana. Pernah terserempak dengan kak Ziana masa zaman muda2 dulu di Kompleks Shah Alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru jumpa ZZ kat AJL40 baru ini. Walaupun nampak dari Jauh.

      Delete
  6. Tahniah Datuk Ziana Zain! Memang selayaknya legend industri muzik tanah air dapat pengiktirafan ni. Antara banyak-banyak lagu hit beliau, lagu mana yang paling menggamit kenangan bagi SA? Bagi saya, Kemelut Di Muara Kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua lagu dia saya suka. Susah nak pilih ytang mana satu paling menjadi pilihan.

      Delete
  7. congrats!!! ada terbaca jugaks & she deserves it!

    ReplyDelete
  8. ziana zain patut dapat datuk lagi awal. lagu dia lagu wajib karaoke hehe

    ReplyDelete
  9. Akhirnya ZZ dapat Datuk. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. tahniah datuk ziana zain. mak saya minat betul dgn ZZ ni
    walaupun nak masuk usia 60- series, wajah maintain muda je

    ReplyDelete
  11. Kalau beli gelaran Datuk pada orang Malaysia ok lah tapi kalau cth macam Shah Rukh Khan tu macam mana dia guna gelarannya kat negaranya?.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah