Assalamualaikum wrt...
Dengar kat radio tadi, penyanyi kesayangan SA..Ziana Zain dapat gelaran Datuk bersempena dengan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka hari ini...
Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Anugerah berkenaan diterima Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.
Ziana antara 189 penerima yang dikurniakan D.P.S.M. pada istiadat tersebut, yang turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.
Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, Ziana mencipta nama menerusi pelbagai lagu popular.
Tahniah Datuk Ziana Zain....





Tahniah Datuk Ziana Zain. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga pangkat Datuk.
ReplyDeleteDeus caritas est!
ReplyDeleteSukaaa suara nya Ziana Zain ini. 😍. Dulu pas kuliah lah sering dengar lagu2 dia di radio 🤭. Power sangat suaranya
ReplyDeleteTahniah Datik Ziana Zain - penyanyi legend bersuara nyaring.
ReplyDeleteTahniah Datuk ZZ.
ReplyDeleteTahniahhh.. lama dia berjuang dalam industri...
ReplyDeleteTahniah Datuk Ziana. Pernah terserempak dengan kak Ziana masa zaman muda2 dulu di Kompleks Shah Alam...
ReplyDeleteBaru jumpa ZZ kat AJL40 baru ini. Walaupun nampak dari Jauh.
DeleteTahniah Datuk Ziana Zain! Memang selayaknya legend industri muzik tanah air dapat pengiktirafan ni. Antara banyak-banyak lagu hit beliau, lagu mana yang paling menggamit kenangan bagi SA? Bagi saya, Kemelut Di Muara Kasih!
ReplyDeleteSemua lagu dia saya suka. Susah nak pilih ytang mana satu paling menjadi pilihan.
Deletememang layak sgt2!
ReplyDeletecongrats!!! ada terbaca jugaks & she deserves it!
ReplyDeleteziana zain patut dapat datuk lagi awal. lagu dia lagu wajib karaoke hehe
ReplyDeleteAkhirnya ZZ dapat Datuk. Alhamdulillah.
ReplyDeletetahniah datuk ziana zain. mak saya minat betul dgn ZZ ni
ReplyDeletewalaupun nak masuk usia 60- series, wajah maintain muda je
Nampak di TV berita ni
ReplyDeleteCantik manis nyaaaa ZZ..
ReplyDeleteTahniah buat Datuk ZZ.
ReplyDeleteKalau beli gelaran Datuk pada orang Malaysia ok lah tapi kalau cth macam Shah Rukh Khan tu macam mana dia guna gelarannya kat negaranya?.
ReplyDelete