Penulis 
mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah 
program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel 
utama.
Turut 
hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja 
Lawak.
Pasti 
ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila 
UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.
Tapi 
kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu 
apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby 
sendiri.
Abby 
bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan 
isu agama.
UAI 
menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk 
umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain 
itu, antara jawapan UAI adalah;
“Kadang-kadang 
kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan 
perjalanan.
Nombor 
satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita 
sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. 
itu yang kita kena jaga,” kata UAI.
Secara 
tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh 
UAI.
Abby 
berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu 
tuduhan.”
Ehhh.. 
kenapa Abby ‘menggelupur’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan 
tidak menyebut mana-mana individu.
Itulah 
kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa 
pedasnya’.
Menjadi 
persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI 
itu.
Patutnya 
Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu 
kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat 
atas pentas ceramah.
Dan 
adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam 
rakan-rakan industri?
Jika 
anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara 
UAI.
UAI 
lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.
Sebagai 
contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika 
dahulu.
Zizan 
tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat 
UAI.
Penulis 
tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.
Tetapi 
dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak  
seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh 
panel.
Seolah-olah 
seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai 
seorang pengacara yang baik.
Apa 
salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari 
sudut positif.
**Diharap 
jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas 
tiada kaitan langsung dengan politik




saya nampak Abby mmg tidak matang dlm setiap tindak tanduknya..
ReplyDeleteermmmmmmm
ReplyDeleteMmm...Abby tu jelas nmpk riak bile die berhijrah. Aduhai...
ReplyDeleteentah la kak..nak ckp lebey saya pon tak berani.
ReplyDeletetapi betul la kata pepatah tu..
sapa makan cili terasa pedasnya
org yg rasa diri dia baik mmg takleh terima kekalahan.. tanya hati dulu ye Abby, awak dah sampai ke mana mencari keredhaan Allah neh?
ReplyDeletesetuju dgn komen QR tu !
ReplyDeletepedas sikit jer,..abby lebih baik dr dl kan,,elok rakan artis dia yg belum berhijrah tu bertaubat,,,,,
ReplyDeleteSiapa makan cili dia terasa pedasnya....
ReplyDeletejeng jeng jeng... inilah entry yang dikatakan chemistry tu ek...ekekekeke...baru baca...
ReplyDelete