Wednesday, September 2, 2026

Hadiah Anniversary untuk Suami Dari SA....

Assalamualaikum wrt...

Kalau SA dapat hadiah anniversary, dah tentu- tentu untuk suami pun ada..x adil la kalau SA sorang je dapat hadiah...SA x tau nak beli apa ni..semalam 1 jam SA kat NuSentral mencari hadiah untuk suami..dari Padini masuk Uniqlo dan masuk Decathlon dan Sketchers...sudahnya pencarian SA berakhir di GAJETO..Teringat dia takde earpiece..dia hilangkan earpiece dia yang beli sama macam yang SA punya...ok final...kita beli je la kat sini...

Harga boleh tahan x relax ye...hahaha...takpe la sesekali on a special occasion....petang semalam SA whatsaap suami mintak ambik SA kat office...SA bagi la alasan nak bawak balik barang berat..hahahah..

Dah naik kereta SA terus bagi...senyum lebar je dia dapat hadiah....









Aukey Move Vibe True Wireless Earbuds...warranty 2 tahun ye Encik Suami..

Jaga elok- elok...Harapnya earpiece Aukey ni tak hilang lagi macam yang sebelum ni. Bukan apa, letih jugak nak mencari hadiah lain nanti... hahaha! Apa-apa pun, moga bermanfaat dan suami suka dengan hadiah kecil ni..Walaupun simple je hadiah ni, yang penting ingatan dan kegunaan harian dia..dah la dia suka tengok movie kat Netflix dan suka tgok Tik Tok...

Semoga hubungan kita suami isteri sentiasa dirahmati, dipermudahkan rezeki, dan kekal bahagia hingga ke jannah. Amin Ya Rabbal Alamin...

Happy 3rd Anniversary Love...


Hadiah Anniversary Dari Suami

Assalamualaikum wrt...

Pergi kerja semalam sampai aje kat MRT Putrajaya masa nak turun macam biasa la salam dulu suami..dia siap pesan..elok-elok dear, tengok bag tu..uik..x pernah dia pesan macam tu...SA pun pelik la...tapi SA x fikir apa pun..sampai la dalam train..SA nak amik earpiece ternampak ada hadiah bawah sekali betul- betul kat kotak earpiece tu...bila masa ntah dia buat kerja erk...hahaha..SA x expect pun ada hadiah sebab suami dah belikan bling-bling utk SA dan Dania..anggap itu je la hadiah anniversary...ehhh...ada jugak...







Masa buka kotak tu, terkejut sangat bila tengok isinya cermin mata Ray-Ban! Memang langsung tak sangka Encik Suami nak bagi kejutan macam ni, Terus rasa tersentuh dan terharu sangat dengan ingatan manis dia... pandai betul dia buat suspen letak senyap-senyap dalam handbag..

Alhamdulillah untuk rezeki dan kebahagiaan ini. Terima kasih suami atas kasih sayang dan ingatan yang tak pernah putus. Moga rumahtangga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT hingga ke jannah. 

Amin Ya Rabbal Alamin...


Segmen Refresh Bloglist September 2026

 Assalamualaikum wrt..


Wah...blogger Nieza pun buat Segmen ni...macam biasa jom..la kita support..mana tau ada rezeki bleh ada dalam bloglist blog ni kan...terpilih ke tak terpilih ke janji kita support segmen kawan blogger kita untuk memeriahkan lagi penyertaan...

Untuk yang nak join sila tekan banner ye...


Syarat-syarat simple je...


1. Follow blog ni untuk yang belum follow.

2. Buat 1 entry tentang segmen ni..

3 Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...

4. Letak link post korang dekat komen entry ni...

Selesai...



WW~ Selamat Hari Lahir Acu!!

Assalamualaikum wrt...



 Selamat Hari Lahir buat adik bongsu, Nur Shafikah Mohd Zain! 
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan di bawah rahmat Allah SWT sentiasa.
Ya Allah, berkatilah usianya, kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga segala urusannya sentiasa dipermudahkan dan dimurahkan rezeki yang berlipat ganda


Tuesday, September 1, 2026

Menu Lunch Di Hari Kebangsaan

Assalamualaikum wrt...

Kepenatan betul la semalam...tapi tetaplah masak  macam biasa..jadi la sehari je dapat gantung periuk dan kuali..itupun dh heaven sangat dh...semalam awal SA masak...masak lauk dulu la..pukul 12.50pm baru sedar nasi x masak lagi..konon nak lunch awal la kan..xde maknanya laaa....tunggu la nasi masak..bukan lama pun kan...

Apa SA masak semalam...kan SA terjebak beli pes Asam Pedas Zaidah tu...si Ammi ngan Cie ka tu punya entry buat sis teracun..hahaha...ikutkan masa Cie share kat blog dia tu SA dh order dh...dah sampai pesnya tapi x update2 sebab x leh masuk gambar kan..sudahnya Ammi dh share dulu baru ni la SA nak share...

Ni ha pes Asam Pedas nyaa.....x yah tambah pape katanya..tumis je pes tu kejap pas tu masuk segala apa yg nak masuk..tapi korang kenal SA kan...x denya nak mengikut arahan...tetaplah akan derhaka..SA tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar dan halba..then baru masukkan pes..x masam plak pes tu..SA tambah air asam jawa..baru la jadi..1 pek pes tu SA rasa untuk single use aje..ater oghang perak kata mana cukup yeoppp...ikannya seekor besor...lupa plak nak cakap SA buat asam pedas ikan siakap....


3 pek pes asam pedas SA guna 2 pek...



Tadaaa....cantik x kejadiannya...bubuh bendi banyak2..surrrr....


Sayur campur, tambah cendawan Tiram Raja tu..habiskan aje terus...


Ikan sardin goreng garing


Sambal belacan special SA..letak hirisan kulit limau kasturi


 Telur masih yg dapat dari kenduri Amer & Ema

Alhamdulillah...sedap makan semalam...nak plak cuaca panas..PZ kupas betik letak plak dalam fridge kejap...SA makan aje..lantak la malas nak fikir..pandai2 la orang Naluri Apps tu fikir..tengah cuti memang kelaut dalam la result SA nanti..eh malas fikir..lantak situ...

Ada banyak lagi citer SA nak share...kisah trip Melaka tu x habis lagi..ada 2 episode...episode lepak kat Pantai Pengkalan Balak dan SA belanja adik2 makan sempenan Anniversary SA dan suami...banyak entry hari ni kan...2 entry yang awal tu SA dh scheduled siap-siap...hahaha....

Jumpa lagi next entry...


Pemenang Top Komentator August 2026 Blog Suriaamanda

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah sampai dah masa untuk SA umumkan pemenang Top Komentator blog SA untuk bulan August 2026. Kita dah jumpa pemenang baru...

Sebelum tu SA nak maklumkan macam biasa, SA memang akan memilih pemenang yang berlainan setiap bulan supaya SA berlaku adil dan konsep yang SA jalankan selama ni adalah semua merasa dan no repeated winner.

Recap Pemenang

January : Mama Zharfan
February : Ezna Khalili
March : Cik Cuppucino Latte
April : Roziah @ Cie
May: Shaizhar
June : Nie3a
July : Adnil Linda
August : ??

Untuk August 2026 ni SA masih menggunakan khidmat Wheel Of Names dan kali ni SA memilih :-






Pemenangnya Syaz Rahim

Tahniah Syaz...

Terima kasih juga buat top komentators yang lain kerana support SA sepanjang masa...
 
Kepada pemenang sila emailkan detail anda kepada Suriaamanda@yahoo.com
Tajuk email : Pemenang Top Komentator August 2026..

Dengan pengumuman tersebut SA buka kembali contest Top Komentator ini dan mencari pemenang baru untuk September 2026..komen tidak tertakluk untuk entry-entry baru sahaja ye...korang boleh komen di entry-entry lama sepanjang SA blogging...

All the best uolls dan jangan lupa join GA 3rd Anniversary SA...


Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

Assalamualaikum wrt...

Pejam celik, harini 1 September 2026, genap 3 tahun SA dan suami melayari alam rumah tangga bersama. Rasa kejap sangat masa berjalan. Macam baru semalam je rasa berkawan, harini dah 3 tahun berkongsi hidup, berkongsi cerita, dan semestinya berkongsi melawak sesama sendiri!

​Sepanjang 3 tahun ni, banyak manis, ada jugak pahit rempah ratusnya, tapi itulah yang makin mengeratkan hubungan kami. Rasa bersyukur sangat dengan aturan Allah SWT.

Sempena hari istimewa ni, SA rasa tak lengkap kalau tak raikan bersama pembaca setia blog SA. Korang yang selalu singgah, tinggalkan komen, dan bagi sokongan kat blog ni dah macam keluarga sendiri. Jadi, SA & suami buat Giveaway Ringkas sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-3 khas untuk korang!




Syarat - syarat giveaway dah ada dalam banner tu..SA mencari 2 orang pemenang untuk giveaway ni...

Giveaway bermula : 1 September 2026 

​Tarikh Tutup: 15 September 2026, 11:59 Malam

Pengumuman Pemenang : 17 September 2026

Pemilihan Pemenang : SA akan pilih melalui Wheel Of Names

​Terima kasih atas segala doa dan sokongan korang selama ini. Doakan hubungan SA dan suami kekal bahagia, dipelihara kasih sayang, dan dirahmati Allah hingga ke jannah, ya?

​Selamat mencuba dan good luck semua! 

Lots Of Love
Suria Amanda

Happy 3rd Wedding Anniversary Hubby!!


 
Assalamualaikum wrt..

Hari ini merupakan hari kami berdua...1 September 2023 kami diijabkabulkan dan hari ini genap 3 tahun usia perkahwinan kami...terima kasih kerana sentiasa sabar dengan saya...Satu tahun lagi mencipta kenangan indah bersama..

Selamat ulang tahun perkahwinan buat suami tercinta. Terima kasih kerana sentiasa menjadi pelindung, pendengar yang setia, dan penenang hati saya. Semoga cinta kita sentiasa mekar hingga ke Syurga.

Amin Ya Rabbal Alamin...

Love always...
HaidyAmanda

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah