Sunday, April 30, 2017

Perkongsian Dari Blogger Tua Katanya..

Hi korang...
SA memetik sedikit perkongsian dari rakan blogger iaitu Hadihaizil Din di Facebook..perkongsian yang betul- betul positif..dan SA kongsikan di sini untuk dikongsi bersama dengan semua follower SA..sesuatu yang baik elok di kongsi kan..boleh tambah pengetahuan..

Jom baca...

Perkara negatif ni, kita tak perlu sebarkan atau tulis pun, memang dia akan hadir dan melekat tanpa kita pinta.

Ini antara perkara yang menyebabkan ianya tidak perlu digembar-gemburkan, kononnya tak nak jadi positif sepanjang masa.

Perkara ini dikongsikan salah seorang guru saya, sekiranya kita tidak menjaga persekitaran.

Semasa kita berjalan melintas kawasan yang penuh dengan aura negatif, ianya tetap akan memberi kesan kepada badan kita.

Begitulah mudahnya untuk perkara negatif menyerap dalam tubuh.

10 perkara positif boleh hilang disebabkan satu yang negatif ini.

Jika anda memang super duper positif, alhamdulillah.

Cuma sebagai manusia biasa, kita ini penuh dengan kelemahan.

Carilah yang baik-baik, lakukan yang baik-baik, katakan yang baik-baik, insyaALLAH kita akan tergolong dalam yang baik-baik juga.

Walaupun ada yang akan mengambil kesempatan, itulah lumrah kehidupan. Yang baik tetap mendapat faedahnya.

Kita perlu syukuri setiap kejadian, walaupun kejadian itu nampak seakan tak elok di mata kasar kita, pasti dan pasti ada hikmah disebaliknya.


Eizil,
blogger tua berkongsi pengalaman,

9 comments:

  1. Beautiful info....terima kasih Amanda :)

    ReplyDelete
  2. Benar kata2 ni kak. Untuk menjadi positif kita kena bergaul dengan orang2 yg positif, ucapkan kata2 yg positif InsyaAllah semua akn menjadi positif dan baik2 belaka.

    ReplyDelete
  3. betul tu SA. kalau besikap positif ni rasa best je

    ReplyDelete
  4. Setuju tu. Kena sentiasa positif

    ReplyDelete
  5. Negative-negative go away...hello Positive !

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah