Sunday, April 14, 2024

Resepi Rendang Udang Harimau Adik SA

Assalamualaikum...

Ada someone mintak SA share resepi rendang udang harimau yang adik SA buat masa raya hari tu...rasanya dh banyak kali SA share kat blog..tapi xpe la SA share lagi..SA x ingat plak siapa yang mintak resepi hari tu...

Rare kan orang masak rendang udang...sebenarnya suami adik SA si Lissa tu x makan ayam dan daging...sebab tu la masak rendang udang ni...sebelum-sebelum ni pernah masak rendang kerang...tapi kerang sekarang kan kena stop makan sebab beracun kan...tu yang x beli kerang...

Jom la tengok resepi...




RESEPI RENDANG UDANG HARIMAU

Bahan- bahan

600 ml pati santan

1 kg udang size besar

1 keping asam gelugur

3 sudu besar kerisik

2 helai daun kunyit

4 helai daun limau purut

Sedikit garam dan gula



Bahan-bahan dikisar:

15 tangkai cili kering

10 tangkai cili padi

3 batang serai

5 biji buah keras ( tak letak)

2 cm halia

2 cm lengkuas

1 cm kunyit hidup

10 biji bawang merah ( bawang kecil)

5 ulas bawang putih



Cara-cara

Jerang santan bersama bahan-bahan kisar hingga mendidih dan pekat.

Masukkan asam gelugur. Kacau hingga kuah betul2 pekat

Masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula. 

Kemudian masukkan udang, Masak sehingga udang bertukar warna dalam 10-15 minit. Jangan terlampau lama takut udang overcooked dan x sedap..kalau rajin goreng dulu udabg separa masak pun boleh..

Kacau lagi supaya udang mesra dengan kuah rendang..

Tutup api...

Dah siap

Selamat mencuba!!!


11 comments:

  1. Menarik juga rendang udang gini. Biasa goreng, MSCA atau sambal je.

    ReplyDelete
  2. Senang je ye, boleh buat nanti 👍
    Tq SA.

    ReplyDelete
  3. nak cuba buat juga la teringin tengok gambar tu

    ReplyDelete
  4. nampak sedap pulak...boleh try nie...

    ReplyDelete
  5. Wah...jarang jumpa rendang udang ni..boleh cuba ni

    ReplyDelete
  6. Peminat udang hadir. Nanti-nanti boleh cuba. Terima kasih share. Jarang jumpa orang tak makan daging dan ayam ni. Biasanya kalau tak makan ayam, dia makan daging. Begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. tgh puasa ni tgk rendang udang harimau sedapnya..jrg sgt jmpa menu rendang udang

    ReplyDelete
  8. mcm sedap je tgk.. x pernah lagi buat ni

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaaa.udg ni fav my family la

    ReplyDelete
  10. senang sangat ...terfikir juga. nak letak udang awal ke akhir. letak last2 rupanya

    ReplyDelete
  11. kerisik dan buah keras itu apa ya kak sa :D?

    halaaah, liat fotonya, langsung terlapar pula hahahaha. udang memang fav saya nih.. paling suka udang dibanding segala macam jenis seafood

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah