Assalamualaikum wrt...
Tengahari semalam amsa SA tengah masak kat dapur..dengar orang bagi salam...orang masjid rupanya..dia bagi kupon sekeping...kupon untuk ambil daging korban...orang tu pesan suruh datang selepas solat Zohor kat Masjid...
So lepas Zohor suami pergi la masjid...sayangnya semua daging dah habis...pihak masjid suruh pergi ke Masjid Desarhu...suami pergi ke Masjid yang disebutkan pula...sama jugak dah selesai semua..tinggal khemah aje...takde la rezeki kami..tapi SA dah cakap awal- awal..kalau takde takpe anggap takde rezeki..elok di dahulukan kepada mereka yang lebih memerlukan....
Tapi......
Allah tetap nak bagi rezeki..walau tiada rezeki di dua- dua masjid walau dah dapat kupon...kami dapat juga bahagian kami dari orang perseorangan..family arwah ustaz kawan baik PZ tu call suruh datang rumah ambil daging bahagian PZ...ikutkan PZ x nak dan suruh bagi pada orang lain..takpe kata PZ...tapi diorang suruh ambil sebab dah niat...so PZ pergi la ambil dengan Dania...
Alhamdulillah...weekend nanti SA masak lah...baru aje makan daging kan...rasa muak plak...





Alhamdulillah..kalau dah rezeki😍
ReplyDeleteAlhamdulillah.... ada juga rezeki walaupun bukan dari Masjid..
ReplyDeleteKalau dah rezeki tak ke mana kan?
ReplyDeleteDah tertulis rezekinya tu, alhamdulillah
ReplyDeleteKalau tempat wak ni, daging qurban mereka hantar ke rumah2
ReplyDeleteAlhamdulillah, itu lah rezeki, apabila Allah berikan ..Syukur alhamdulillah..
ReplyDeletekalau dah namanya rezeki kita, tak pernah salah alamat
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tu sis. =)
ReplyDeleteKupon terlebih dari daging la tu nampaknya. Kalau dah rezeki tak ke mana. Cie pun dapat kakak bagi dari kampung. Taman Cie takde acara korban.
ReplyDeleteIni katanya rezeki tidak pernah salah alamat kan
ReplyDeletealhamdulillah rezeki
ReplyDeletealhamdulilah memang dah rezeki kan kak... dana pn tak dapat dari surau kt rumah atau masjid. Takpelah dana ada buat korban kat kampung nanti balik kampung dapat la sikit kak ipar dah simpan.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki yang dah tertulis
ReplyDeletealhamdulillah, nasib baik masih ada lagi.
ReplyDeletemasjid kat rumah saya ni hari sabtu baru nak buat korban
Memang masih rezeki kak SA 🤗🤗. Penasaran nanti nak dibuat apa dagingnya. Pasti sedap kalau kak SA yg masak 😍
ReplyDeleteAlhamduliah, rezeki SA sekeluarga, dapat juga daging korban.
ReplyDeleteKalau dah rezeki tetap la datang kat kita juga.
ReplyDelete