Wednesday, July 15, 2026

Kopi Saigon Sikamat Seremban Dah Buka!

Assalamualaikum wrt..

Kopi Saigon cawangan Sikamat Seremban ni dah officially buka minggu lepas...masa baru buka tu mak oiiii ramai betul orang...SA pi ni masa lepas beli kitchen kabinet untuk dapur..balik dari beli tu kami berdua singgah sini...terletak on the way nak ke rumah area megaway Sikamat tu...Ammi tau la ni sebab dekat gak ngan rumah dia...Fiza pun...dekat gak ngan rumah dia...

Kopi Saigon merupakan jenama kopi Vietnam terbesar di Malaysia yang terkenal dengan penggunaan biji kopi Robusta yang diimport khas dan kaedah bancuhan tradisional menggunakan phin filter. Jenama ini popular dalam kalangan generasi urban kerana rasanya yang pekat, tulen, dan harganya yang berpatutan

SA mula jatuh cinta dengan Kopi Saigon ni masa kat Kuantan...first time la SA layan Kopi Saigon masa tu dengan suami....masa baru- baru buka tu SA tengok penuh sepanjang masa..bagus ni...tapi ramai pakcik2 yang usia 50an ke atas yang lepak situ especially kaum cina...maybe sebab taman belakang tu kebanyakkan orang cina kot...sebab tu ramai uncle cina lepak kat luar kedai tu petang-petang layan coffee...masa SA minum kat situ,  ramai gak yang take away coffee dan cake...



abaikan SA yang macam makcik2 tu ha...malas nak melawa










Dania dah x minum coffee so amik original Chocolate dan Kopi Saigon untuk SA dan suami...


Ada slice cake gak tapi malas makan cake



menghayati betul


Sedap x?

Sama tak macam kopi saigon di cawangan lain?

Ok jujur cakap kureng skit..ada lain skit rasanya...masa minum KS yang kat Senawang sama x berubah rasanya..yang kat Paroi pun KS tu sama aje barista brew...yang kat Sikamat ni ada rasa lain skit..x tau apa yang kurang atau apa yang terlebih...x sama KS nya...sampai sekarang SA x tau apa benda yang kurang apa yang lebih...

Kena pi beli lagi sekali dan rasa semula kot..sebab staff pun baru dan masa SA sampai tu masih under training lagi...hope next kalau beli rasanya x berubah la ye...kalau masih sama terpaksa la pi cawangan Paroi atau Senawang...
 


6 comments:

  1. fav kopi waled juga ni...sedap je tengok orang lain minum kopi,saya teringin juga nak rasa tapi bila try 1sedut terus sakit kepala

    ReplyDelete
  2. Ohh kat situ. Tak perasan pulak dah buka. Rasanya belum pernah cuba lagi Kopi Saigon. Ooo ada makanan juga ye. Menarik juga ni kalau nak mengopi dan makan kek kat situ.

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya lepak di sini SA. Saya perbah sekali minum kopi Saigon.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi try Kopi Saigon ni, boleh la nanti try sesekali.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah minum kopi ini sebab bukan pencinta kopi

    ReplyDelete
  6. Kopi saigon ni kita kureng sket... myb kopi
    Yg ako amek tu jenis yg pekat n pahit kot hehe....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah