Assalamualaikum wrt....
Khamis lepas, sebelum balik rumah, SA dengan suami buat keputusan untuk singgah lepak jap kat area Bangi. Memandangkan perut pun dah mula berlagu irama keroncong, kami terus singgah ke Nasi Kandar Haji Basheer Bangi. Dah alang-alang sampai, kita dinner terus kat sini!
Layan mamak malam-malam ni memang tak pernah salah, kan? Suasana pun santai je untuk borak-borak dua orang sebelum balik menghadap rutin rumah.
Menu Kami Malam Tu:
Roti Telur & Kari Kambing (Menu SA): Malam tu SA tak nak makan nasi, jadi SA order roti telur. Tapi yang buat padu tu, SA layan cicah dengan kari kambing! Memang kombinasi yang mantap, pekat dan cukup rasa. Sedap betul kari kambing kat Nasi Kandar Haji Basheer Bangi ni..
Roti Naan Biasa & Ayam Tandoori (Menu Suami): Suami pula pilih roti naan biasa yang digandingkan dengan ayam tandoori.
Air Basahan Tekak: Untuk minuman pula, air winter melon (buah kundur) tengah popular kat Threads sekarang, jadi suami pun nak try order air kundur. SA pula macam biasa, setia dengan air cincau ais. Segar betul!
Air winter melon atau buah kundur tu tengah popular kat Thread...suami pilih air kundur dan SA amik air cincau...kat sini air bancuh macam teh O ke nescafe O ke rasa pelik..so kena amik air tin aje..
Kat mana kami makan ni?
v
v
v
v
v
Jujurnya Tentang Ayam Tandoori tu...
Roti naan dia okay, tapi kalau pasal ayam tandoori tu... jujurnya SA tak berapa gemar sangat. Tekstur dia okay, cuma rasa dia agak masam sedikit kat lidah SA. Selera masing-masing, kan? Suami SA relaks je habiskan, tapi bagi SA, kari kambing SA tu tetap juara malam tu! Haha.
Dapat lepak kejap macam ni pun dah cukup untuk recharge tenaga sebelum sambung urusan rumah.
Berapa harga kami makan kat sini? lupa plak SA nak tanya suami..sebab dia yang belanja..thanks suami....
Korang kalau pergi mamak, apa menu wajib yang korang akan order?
Cer kongsi sikit kat ruangan komen!
Happy blogging!














No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......