Thursday, October 1, 2026

Ahad Kami Ke Sogo Dan Ombak KLCC

Assalamualaikum wrt...

Ahad kan hujan sepanjang hari sampai tengahari..certain- certain tempat tu bersambung hujan sampai ke petang..matahari pun x keluar dan gloomy aje..baju yang di ampaian jangan cakap la..memang la lembap dan x kering langsung...gerak dari Seremban ke KL jalan memang smooth aje..ramai yang x keluar sebab hujan kot...

SA sedikit stress sebenarnya so suami ajak  shopping baju dan seluar kerja..stress punya pasal untuk 2 orang punya baju kerja, terbang RM700...hahahaha...niat asal nak jalan- jalan KL je..masuk Sogo memang mendapat la..kami sampai time Sogo baru nak buka dan orang pun x ramai lagi..parking banyak...seronok jalan- jalan xde orang...bebas memilih...Selesai di Sogo dan 'terbang' RM700 untuk pakaian kerja kami berdua, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya Ombak KLCC. alang-alang dah sampai KL, tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke tempat menarik kan? Hari tu nampak Mama Zharfan update kat blog beliau so SA pun teruja nak pi explore...



Ingat nak parking mana2 area sini dan amik gambar..tp Dania xde..next time la..


Ada event rupanya kat depan tu..



Lepak Foodcourt Sogo jap


Yang besar SA punya, yg kecik suami punyaaa....


Masa kami sampai di kawasan KLCC, suasana masih tenang dan tidak begitu sesak. Pengalaman di Ombak KLCC sangat menenangkan. Rekabentuk serta pencahayaan di situ betul-betul bagi aura berbeza. Daripada rasa stress dan penat minggu kerja, terus rasa relak sebaik sahaja berjalan-jalan di sini.


Hi Ombak!!!!!


Menariknya design dia...


Hi KLCC...tumpang lalu ye...


Tak banyak kedai beroperasi lagi, orang pun x berapa ramai..di lantai bawah sekali ada Urban Marketplace


Selfie dulu yuk!!!


Memandangkan x banyak outlet buka dan masih under renovasi, makanya kami mencari grocer di tingkat bawah sekali...Nama grocer yang terletak di dalam mall Ombak KLCC ialah Urban Marketplace.

Urban Marketplace ini terletak di tingkat Concourse (Lot C-06 & C-07) dan terkenal sebagai pasar raya layan diri pertama di Malaysia yang menawarkan sistem cashback melalui aplikasi mereka. Di sini, korang boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian, barangan basah segar, serta sudut makanan antarabangsa seperti dari Jepun dan Korea..Self service sampailah part bayaran pun...tapi ada je kaunter untuk bayar cash...Kat dalam Urban Marketplace ni la SA jumpa pokok yang SA beli tu..ada banyak sangat pilihan..rambang mata jugak dibuatnya...nanti nak beli lagiiiiii......ecececehhhh....





Ni sama macam fittonia SA dulu yang dah mati...


Ni yang SA beli


Patut amik ni sekali


Ni pun cantik ye

Lepas ralit dengan pokok bunga, SA masuk plak bahagian grocer dia...perghhhh...bestnyaaa..memamg tempat healing SA la...apa SA beli? eh..SA x beli apa- apa kat sini..harga OK je standard..ada la yang sedikit mahal tapi ada banyakkkk yang murah- murah jugak especially salad dan buah buah segar..SA amik la gambar sikit untuk tatapan korang ye...



Rock melon?


Buah- buah yang dah siap dipotong


Ikutkan nak amik Shine Muscat ni untuk PZ tapi fikir balik..anggur high sugar..oh no..x leh...kita cari buah lain..PZ ada kencing manis


Mini plum..


Cantik kan packaging Ahmad Tea ni..sesuai untuk dijadikan hadiah


Bahagian ni fav suami, bahagian keju 


Bahagian daging segar ni Fav SA


Ni pun sama


Bahagian wagyu


Bahagian seafood


Bahagian ikan- ikan




Oriental Kopi yang sentiasa penuh di mana- mana pun...kat NuSentral pun sama penuh...xde chance lagi SA nak lepak Oriental Kopi...kena tunggu diorang bukak kat wing baru Aeon Seremban 2 nampaknya


Suka betul tengok rekabentuk kat dalam ni, moden dan sangat estetik



Pencahayaan semula jadi dari bumbung kaca ni buat suasana rasa makin lapang dan tenang


Banyak lagi lot kedai yang masih under renovation... tak sabar nak tengok bila semua dah buka nanti



Pusing-pusing sekejap ambil angin sebelum bergerak balik ke Seremban







Kami tak spend masa terlalu lama, tapi cukuplah untuk recharge balik tenaga dan fikiran sebelum bermulanya minggu baru. Sempat juga tangkap beberapa keping gambar buat kenang-kenangan.

Memang berbaloi keluar sekejap walaupun cuaca dari pagi agak redup dan hujan. Bila balik rumah, rasa stress yang bersarang tadi bertukar jadi puas hati.

Bye-bye Ombak... nanti kita datang lagi explore awak ye!

Terus balik Seremban ke tu???

Eh x laaaa....ada singgah satu lagi tempat walau dalam hujan renyai- renyai...stay tune!!!


8 comments:

  1. lama tk ke sogo...hah entry kita pi ombak klcc aritu pn masih dlm draf ..oriental kopi tk pernh tk rmi org

    ReplyDelete
  2. Wah kena ajak kak jal Dan kak nong ni pi ombak sebab pokok bunga dia cantik. Mini plum tu sedap. Ingatkan epal kecil sebab tak baca stickers sekali dah makan sedap

    ReplyDelete
  3. wahhhh SA dh sampai kat Ombak!!! ari tu pun kami beli some fruits kat urban marketplace tu. best lah kat situ..ada vibe grocer kat obersi (uk/europe)... bestnya SA shopping bj keje!! MZ biasanya beli online ajer...almari dh terlalu penuh niiiii

    ReplyDelete
  4. Tu diaaa, baju kerja dah 700 terbang. Bestnya jalan² kat Ombak.

    ReplyDelete
  5. Tak aci ni.Org seromban dh smp ombak.Sy bolom lagi...hahaha..Pdhal dekat je dgn ofis.Tp sbb malas nk jalan.Tggu bln 12 time comic fiesta nnt la kalau rajin nk brjalan kesana. Smoga dgn shopping dkt sogo tu hati sis ok semula =D

    ReplyDelete
  6. Beautiful photos. ❤️ Thank you so much for sharing your journey. I love Ahmad teas. My favourite is Earl Grey.

    ReplyDelete
  7. Wah dah sampai dah Kak SA kat Ombak ye...
    Kalau saya tu kat buah-buah tu je dah kejung saya tak bergerak kat situ ye hahaha...best betulll

    ReplyDelete
  8. oh kat sinilah dia jumpa Amanda Jr tu ye

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah