Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Friday, October 30, 2015

Permulaan Monsun Timur Laut


Belum habis masalah jerebu timbul plak Monsun Timur Laut kan...alahai...tak habis lagi satu dugaan akan timbul dugaan yang baru...bukan aku nak menidakkan ketentuan yang bakal melanda tapi macam terfikir..kalau monsun timur laut ni melanda..masalah akan tiba di Pantai Timur...takut banjir besar macam awal tahun ari tu terjadi lagi...masih ramai lagi mangsa yang belum mendapat bantuan kan...nanti tiba lagi musibah...

Hari ni aku datang kerja te ngok langit dah cerah..dah nampak awan-awan dan the best part dah nampak sinar matahari..pagi tadi la...petang ni sure hujan punya...

Syukur alhamdulillah...terima kasih allah kerna memberi peluang melihat keindahan alam ini lagi...semoga jerebu terus pergi...pergi tinggalkan kita semua...

Wednesday, October 21, 2015

Jerebu di KL Sentral Semalam

Makin teruk jerebu semalam..hari ni pun macam takde yang berubah..masih keadaan yang sama..kabur...kalau dari level 11 ni pemandangan KL cantik je selama ni...boleh nampak Menara KL...la ni semalam dan hari ni...hilang dari pandangan...kawan-kawan ramai yang dah jatuh sakit...aku pun dah selsema dan demam semalam..hari ni gigih pi keja jugak sebab malas nak duk umah...masih terasa demam lagi walau tak kuat pun....nak makan ubat malas....malas nak manja2 sangat...

Sedih la tengok keadaan negara kita akibat kesilapn manusia kan...yang menanggung kita semua...dengarnya sampai Januari jangkaan jerebu ni...mana taknya...angin pun x rasa..bahang je....rindunya udara yang segar....ya allah...permudahkanlah....


Kabur kan...yang kabur tu sebenarnya kawasan perumahan elit....hilang terus


area ni yang aku kata leh nampak Menara KL tu...pun ghaib


ni area SSM

Hari ni keadaan masih sama...aku malas nak amik gambar hari ni....malas sangat...nak mengerjakan claim bos2 ni semua....

Tapi aku toleh jugak kiri dan kanan..kejap2 tengok...memang tak berubah pun keadaan...sama je...

Korang..jangan lupa guna mask...aku nyer stok pun dah kurang dah ni...nak beli dah sold out...

Tapi aku perasan mask yang cantik2 tu...comel je dengan pelbagai corak dan warna...nak beli tak reti kat mana...ada je kawan2 jual cuma aku xde masa nak explore....sesuai di gunakan walau tak jerebu...kalau batuk ke selsema ke boleh je pakai supaya kuman tak berterbangan kan....

anti la aku terjah mana-mana FB or IG....

Monday, October 19, 2015

Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Kualiti udara kembali merosot akibat jerebu merentas sempadan


Semangat anak aku nak pi sekolah sebab nak exam minggu ni kan...tapi malam tadi announcement dah putuskan sekolah bercuti..takpe la...masih ada masa untuk ulangkaji kan. Cuma tiada aktiviti luar...Seremban semalam teruk sangat..kami anak beranak memang bertapa dalam rumah je...menakutkan la cuaca sekarang..baru bernagan cuaca will be ok sebab sebelum ni memang dah ok dah memandangkan hujan pun dah start turun kan...ya allah moga dikau lindungi kami dan anak-anak kami dari sebarang kecelakaan....

Jom tengok gambar yang sempat aku snap pagi ni dari opis...





KUALA LUMPUR: Kualiti udara hari ini terus mencatatkan kemerosotan apabila pencerapan Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 6 pagi tadi mendapati sejumlah 17 kawasan catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).

IPU tidak sihat turut dicatat di Bukit Rambai Melaka (145), Nilai dan Port Dickson (143), Putrajaya (135), Pelabuhan Klang (134), Shah Alam (129), Petaling Jaya (122) dan Cheras Kuala Lumpur (117).

Di Johor beberapa kawasan turut mencapai IPU tidak sihat, iaitu di Larkin Lama (105), Muar (127) dan Pasir Gudang (102).

24 kawasan lain berada di kawasan sederhana manakala 9 kawasan lain pula merekodkan IPU di bawah 50.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).



Tuesday, September 15, 2015

Sekolah Diarahkan TUTUP Akibat Jerebu

IPU TIDAK SIHAT SEKOLAH TUTUP

Subuh pagi tadi bangun tido nampak hanphone pinjam ni berkelip-kelip sebab ada banyak message wassap kot..terus check dan nampak beberapa kawa opis dan adik bongsu share mengatakan sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup pada hari ini...pas tu tutup handphone pergi mandi dan bersiap sedia nak ke opis kan..tak terfikir pasal anak sendiri nak pi sekolah...tiba-tiba capai balik handphone call Dania..


Respon dari Dania...

" Kenapa tak bagi tau kakak awal-awal mama...kakak dah siap dah...dah nak kejutkan atuk suruh hantar pergi sekolah dah pun...kalau tau kakak tido lagi"

hehehehehe...kesian Dania...dah siap rupanya...terus atuk cakap...pergi la tukar baju ni kakak..sekolah cuti ni...untung la atuk sebab tak payah hantar kakak pergi sekolah...mama ko ntah apa2...macam mana nak kawen macam ni kalau benda simple pun tak boleh inform awal-awal...

Laaaaa...mama plak yang kena...hurm...sabau je la...


Mood Suriaamanda - Swing sebab sakit kepala...jerebu...go away!!!!!

Monday, March 10, 2014

Brainless Woman Ever & Pray for MH370

source from FB 

Assalammualaikum....

Di saat2 kita semua rakyat Malaysia tengah bersedih dengan misteri kehilangan MH370, bermacam2 spekulasi timbul kan...tapi yang paling menyakitkan hati aku hingga terbuka hati untuk update tentang bencana ni adalah twitter dari the most brainless woman in the world kat atas tu....maybe ada antara korang semua dah baca kat FB or Twitter sendiri...masyaallah..memang x menjaga sensitiviti kaum keluarga mangsa yang terlibat la...suka2 hati ko jer cakap semua yang ke Beijing untuk buat maksiat...ko plak yang tau diorang semua mati...ko dah kenapa perempuan...family or sanak sedara ko x terlibat boleh la ko cakap macam tu...pelik betul la orang macam ni...macam xde hati perut..macam takde perasaan...pas tu sewenang2 nak salah kan kerajaan or menyalahkan menteri2 yang terlibat..lembik la..xde kemajuan la...ko buta ke..pekak?ko x tengok berita eh...semua pihak tengah berusaha keras mencari...semua bantuan dari pihak luar pun dah tiba dah...cuma petunjuk belum jumpa...patutnya semua bagi semangat..bukan semua menjadi pakar penerbangan...hebahkan pelbagai spekulasi...sedih la...dalam dunia ni wujud orang2 macam ni...dia plak tau airmata orang palsu ke x..politikkan keadaan..x kisah la ko sokong pihak mana..tp benda2 macam ni jangan dipolitikkan boleh x..ko tak rasa dan x berada di tempat ahli2 keluarga mangsa.....hormat sikit perasaan orang....x payah la nak sebarkan berita x sahih mengelirukan orang ramai dan ahli keluarga mangsa....sedangkan aku yang takde ikatan ni boleh berjurai2 airmata tengok rintihan keluarga dan anak2 diorang...diorang boleh plak letak status yang bukan2...sangat tiada perikemanusiaan....

Satu jer aku nak cakap kat suehanajaafar ni....you are pathetic girl!!dah fitnah tapi sebut nama allah...guna akal la dik...kesian dengan ko ni dik...aku ingat aku la manusia yang benci ngan Zed Zaidi...ni tambah lagi sekor mangkuk SUEHANAJAAFAR....elok ko duduk atas sejadah doa apa yang patut or buat solat hajat....ish..naik darah aku dengan2 orang xde hati perut ni...semoga allah melindungi semua penumpang2 MH370..amin......

Lets pray for MH370.....ya allah ya tuhanku....andai semua penumpang MH370 di dalam lautan maka timbulkanlah...andai di atas langit turunkan lah mereka..dan andai di darat..kami mohon petunjuk mu ya allah....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah