Showing posts with label Birthday Mak. Show all posts
Showing posts with label Birthday Mak. Show all posts

Tuesday, January 9, 2024

Birthday Celebration Mak Pah 31 December Lepas

Assalamualaikum..

Ahad 31 December lepas kami buat simple celebration birthday Mak Pah yang ke 67 tahun...haaa..nampak Mak Ph macam dah banyak betul umur dia sebab uzur kan..umur dia 67 tahun..memandangkan dia lahir 28hb December makanya birthday dia lambat la..kira umur untuk 2023 baru 67 tahun...untuk tahun 2024 ni umur dia 68 tahun...Mak Pah dan adik no 4 SA share bulan kelahiran..

Adik SA suggest buat mee kari so malam sebelum tu kami siap- siap terus la bahan, senang tak terkejar- kejar esoknya. Pukul 6.30am SA dan suami pergi pasar besar cari kerang...mee kari kalau takde kerang x sedap kan...mahal betul harga kerang sekarang...kecik- kecik tu RM16 sekilo dan kasar sikit RM24 sekilo..stress je...dulu- dulu kerang ni takde harga pun..sejak bila dia jadi popular ntah..terus harga dia bukan main mencanak naik..padahal berat dek kulit je tu...

Jom la tengok gambar, gambar lintang pukang walau SA dah beulkan tetap dia nak lari jugak...x paham daku apa masalah...




Nugget untuk anak- anak


garnish untuk mee kari 


Kuah mee kari...bukan main banyak accessory ha


Of course la guna mee kuning, sape nak bihun pergi celur sendiri


Ni ni version x pedas dan xde kerang..mak pah x leh makan kerang




Pak Zain suap Mak Pah...bukan time ni je...hari- hari pagi petang siang malam Mak Pah makan bersuap



Adik no 4 si tukang masak dengan si Tiya


Tiya dengan Mak Yang...haih...penuh gambar dia je


Entiti yang selalu bz setiap kali ada sambutan birthday..ada 3 orang..salah seorang si Tiya ni la..dia la yang berdandan cantik macam birthday dia...birthday orang lain tetap birthday dia..


Haaa nampak...entiti ke 2 si Opick...pas tu sentap..tiup kek je takde hadiah..


Aydan bagi angpau kat Uwan






Teruja nak tiup lilin...3 entiti lengkap di setiap majlis sambutan birthday



Semangkuk Mee Kari




Ragam dua orang ni buat semua geram...ada je akal dia


Tiya wakit bagi hadiah dari mamalong,uncle dan kakak Nia


Peace dari Aydan


Terselit 1 ni je gambar SA dan suami...


Kek macam biasa SA yang sponsor


Opick Wakil ibu bagi hadiah...at the same time sentap, xde hadiah untuk dia


Tiya tolong Uwan potong kek..tangan Uwan x kuat dah


Pakcik ni pun sama je ni...dia pun dapat hadiah gak...


Terbalik gambar ni...patut kat bawah..ni bag kecik yang ada dalam handbag besar bawah tu ha..


Hadiah dari SA, Suami dan Dania...handbag..


Acu bagi baju..

Alhamdulillah...

Yang penting semua seronok walau ada yang sentap xde hadiah untuk diorang. Kena ajar dan didik..tidak semua birthday orang diorang pun dapat hadiah kan...hahahaha...si bujang Opick tu la sikit- sikit merajuk sekarang ni...geram jer...satu hal la nak kena pujuk...x leh tersalah cakap sedikit...

Mak Pah happy...semua pun happy...dapat hadiah x kan x happy kan...walau x cukup corumn..tapi majlis meriah...kena buat masa makan tengahari sebab petang Acu satu Family nak gerak ke JB...


Thursday, December 28, 2023

Barakallah Fii Umrik Mak Pah...

Assalamualaikum...

Barakallah Fii Umrik Mak Pah yang ke 67 tahun hari ini 28 Disember 2023



Selamat Hari Lahir Mak! Moga selamat sejahtera Mak di dunia akhirat, dimurahkan rezki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya…
Terima kasih Mak atas segala penat lelah dan pengorbanan Mak, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak-anak Mak.
Sungguh, tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mak. Setitis peluh, sehela nafas mak, setitis darah mak ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas.. moga berbahagialah Mak sentiasa dan moga Allah merahmati Mak selama-lamanya hingga ke syurga…
Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil… Aamiin ya Rabb.
Kami sayang Mak! Ya Allah, peliharalah fitrah kasih sayang ini…. 
Aamiin

Selamat Hari Lahir Mak...


Tuesday, December 28, 2021

Selamat Hari Lahir Mak Pah Yang Ke 65 Tahun

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni genap usia Mak Pah 65 tahun...Pagi tadi ingat nak wish kat Mak Pah masa SA keluar pi kerja, tak sampai hati plak nak kejutkan dia awal- awal...so tadi SA dah call dia and dah wish dia macam biasa. Lepas tu ada la tanya sarapan apa abah belanja hari ni...dia gelak kuat lepas tu dia cakap hari ni abah belanja Nasi Lemak ngan kuih - kuih je...

Insyaallah balik nanti SA belikan kek nasib baik bakers cottage dekat je ngan rumah. Lepas tu SA ada order satay, nanti dak Lissa pi collect je...dan dah suruh Pak Zain siapkan bahan nak buat mee goreng daging special dia. Adik- adik lain x tau la bleh balik ke tak..




Selamat Hari Lahir Mak! Ucapan yang teristimewa ini ditujukan khas buat ibu ku yang tersayang, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

Sesungguhnya di hari yang istimewa ini, ingin sekali Along katakan pada mak bahawa, Mak lah segalanya bagi along dan adik- adik dan kerana Mak juga dapat kami melihat dunia pada hari ini, Allahu.

Selamat hari lahir Mak, terima kasih kerana telah mengandungkan kami anak mak, melahirkan, membesarkan, mendidik dan membesarkan kami semua, sememangnya tidak terbalas segala penat lelah dan jasa mu.

Kasih sayang yang Mak berikan tidak ternilai dengan wang ringgit malah setiap peluh keringat yang menitis, setiap nafas yang kau hela dan setitik darah yang mengalir ketika melahirkan kami, sungguh tak dapat dibalas.

Hanya doa untuk mu Mak yang dikasihi agar Mak sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah serta diberkati hidup mu di dunia dan akhirat dan segala budimu hanya Allah yang boleh membalasnya..

Selamat Hari Lahir Mak Yang Ke 65 Tahun....


Friday, January 3, 2020

Sambutan Birthday Mak Yang Ke 63 Tahun

Hi korang...

Cerita Sabtu lepas. Sambutan birthday Mak SA yang ke 63 tahun, memang setiap 28hb December kami akan buat sambutan birthday Mak. Tahun lepas jatuh pada hari Sabtu. So kami pun macam biasa berkumpul. Cuma 2 keluarga yang tak dapat join..takpe la next time boleh join..majlis dimeriahkan dengan kehadiran Mak Teh SA dari Kedah, Makcik dan Pak Su sekeluarga. Alhamdulillah majlis simple je tapi meriah..Yang penting Mak happy dikelilingi adik beradik dia walau tak semua berkumpul kan. Seronok betul dia sebab Mak Teh siap tido kat rumah. Memang dia orang borak je la..

Jom tengok gambar...


Kek Hari Lahir Mak, Butterscotch Caramel tempah kat kawan adik


Satay fav mak...SA x rasa pun  hahaha


Cucur udang of cos SA yang buat


Kuah mee hailam...mee nyer kat bekas satu lagi..mak request mee hailam kali ni


Cantik kembang cucur udang SA..cuma x jadi bulat macam selalu sebab x guna senduk bulat


Kek Sebelum letak lilin


Adik beradik Mak kecuali baju merah...


SA join sekaki bergambar..



Video cucu2 nyanyi..




Si Kembar bagi kad yang diorang buat sendiri



Leka la Uwan depa baca satu persatu


Berebut- rebut nak tengok


Gegar plak gambar ni...Taufik bagi hadiah untuk Uwan


Jenu Uwannya buka hadiah


Aidan tu shibuk aje laaa...


Wah..Uwan dapat baju kurung..


Aidan nak tunjuk peace


Bukan Uwan je dapat hadiah...Atuk pun dapat..tapi warna lain...x sedondon ngan baju..erm takpe la...

Sesekali berkumpul kan...seronok la...

Selamat hari lahir Mak, semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. Takde apa yang kami semua mintak hanya Mak terus sihat, kuat dan sentiasa bahagia disamping semua yang tersayang..insyaallah ada rezeki murah kita pergi bercuti sekejap..


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah