Showing posts with label Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Covid-19. Show all posts

Friday, August 12, 2022

Post Covid

 Assalammualaikum...

Hi korang..

Hari ni merupakan hari ke 5 SA kuarantin di rumah...SA dah boleh turun bawah cuma SA kekalkan SOP. SA x turun lama la...SA pergi ambil air nak minum, top up air bawak naik atas dan naik atas semula..itupun SA tetap pakai face mask.. Then sembur setiap laluan SA dengan sanitizer gun...



Apa yang SA dapat rasakan sekarang adalah...sistem pertahanan badan SA agak lemah...naik tangga mengah...turun tangga mengah, jalan laju skit mengah dan SA rasa pusing....cepat2 naik dan lepak atas jer baring...

Jahat sungguh covid ni ye...SA xde selera makan tau....makan sesuap dua je...lepas tu kenyang....badan pun susut dah sikit...betul la kata kawan- kawan yang pernah kena...memang penat, memang rasa x selesa bila badan kita dah x aktif macam dulu...SA x pasti plak macam mana la perasaan mereka- mereka yang kena 2-3 kali malah ada yang dah kena 5 kali...mesti mental blocked kan...sebab SA dah rasa impact dia macam mana. Seumur hidup tak pernah kena demam yang teruk sampai suhu 40 darjah celcius...kalau demam biasa tu memang dah kena hantar spital. SA memang x nak pi spital kerajaan ...kat sini kes covid dia hantar HTJ...sebab tu la SA gigih turunkan suhu hari selasa tu....Hari rabu baru suhu normal semula....

SA rasa dah sihat, tapi SA x kuat....

Isnin SA dah mula kerja dah...x tau la macam mana nak hadap...dengan batuk semula ni.....penat nak fikir...


Thursday, August 11, 2022

WW~ Alhamdulillah Dah Negative...

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari ke 4 SA di landa Covid 19..masih berbaki 3 hari lagi untuk SA kuarantin ..ikutkan bila dh negative SA dh boleh abaikan kuarantin, dh boleh tamatkan..sebab dh clear kan..tapi SA masih ada symptoms iaitu Batuk dan sakit-sakit sendi....x boleh tahan uiii sakit nya ..batuk tu x kisah la sangat sebab SA baru je pulih dari batuk...2 bulan batuk pas tu kena batuk lagi....yg sangat x tahan sakit sendi dan demam panas...ikutkan suhu dah 40°c dah masa mula kena tu...tapi rasa badan sejuk ..gigil2 dan gigi berlaga ngan gigi...gigih x pi hospital terus malam tu jugak 3 kali mandi bagi suhu turun..turun la sikit sampai 38°c


Selasa memang x bermaya...SA duk basahkan tuala and letak kat kepala...basah2 tilam..letak kejap je x sampai 5 minit tuala kering...bayangkan panas dia macam mana..

Masa ni la emosi x stabil sebab semua buat sendiri...kalau korang nak tau..Mak Abah pun demam panas...tapi diorang negative..dania memang negative la ..korang bayang la macam mana SA kat bilik atas ni menangis sorang2 risau kat Mak Pah dan Pak Zain..diorang demam tapi SA x dapat nak jaga diorang ...mental x kuat weyh ..time ni sape call memang kena ngan SA...

Tapi Pak Zain masakkan jugak makanan untuk SA dalam pada x larat tu..letak kat tangga lepas tu ketuk pintu....sedih sangat masa ni...x bermaksud nak menyusahkan tapi sebab x nak berjangkit kan...

Walau dh negative SA masih kena teruskan kuarantin sebab SA masih ada symptoms..hari2 jawab soalan kat MySejahtera....stress tau jawab soalan...jadi panik bila oksigen drop bawah 95...tabya adik..adik cakap jangan focus sangat as long as takde masalah pernafasan...cuma SA x cakap la SA panik dan diserang anxiety...

Now dh negative rasa lega...yang x lega sakit2 sendi dan batuk ni..takpe 3 hari lagi...lepas ni Sabtu SA nak mop bilik ni and sanitize...harap masa tu dh kuat dh ...

Doakan SA ye kawan2...dah sihat sepenuhnya SA singgah rumah korang macam biasa...


Tuesday, August 9, 2022

SA dah x Virgin Covid Dah...Positive Covid 19

Assalamualaikum 

Semalam ma SA  training SA demam start petang, SA ingat hanya demam sebab geraham bongsu sakit...rupanya tak bila SA tiba2 sakit tekak dan batuk..seram sejuk dan badan bahang betul...

Balik kerja Pak Zain x jemput macam biasa, Pak Zain suruh amik grab sebab dia demam jugak...sampai je rumah SA letak bag and terus mandi...sementara tu buat RTK test...sementara nak tunggu result SA mandi...ya allah seksanya nak mandi dengan keadaan seram sejuk dan pening kepala...

Check self test result sekali tengok....denggg!!!! Positive...SA suruh Dania buatkan test kat Pak Zain dan Mak Pah...nasib negative...



SA dh x virgin Covid 19 lagi....


Bermula la episode kuarantin kendiri SA kat rumah...panas badan melampau..SA makan ubat dan tido je ni

Kerja office masih kena buat...sebab kuarantin kat rumah so bekerja dari rumah...training hari ke 2 SA x join...sendi2 semua sakit...

Sekarang  SA monitor oksigen je...

Nak makan xde selera...Pak Zain demam kena masak gak..dia buatkan SA bihun singapore...aiseyyy..bau memang buka selera...tapi bila rasa...Pak Zain oiiii garam mana...hahahaha...

SA kena tunggu Dania balik la nampaknya..xde selera SA nak makan...

So far SA x alami simptom xde rasa or bau...setakat hari ni masih boleh bau dan rasa..x tahan batuk ni aje...hari ni dah 3 kali SA mandi nak bg panas turun...tido pun guna tuala basah letak kat dahi...

Syukur sekarang dah kurang panas...


Monday, February 14, 2022

Alhamdulillah Negative!!!!

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pagi ni SA buat Self Test lagi...guna test kit yang kerajaan bagi tu...semalam SA test guna test kit yang SA beli sendiri...panic punya pasal sampai lupa amik gambar...teringat lepas 1/2 jam buang...so hari ni memang dah standby nak buat sebelum mandi tadi...

Risau punya pasal test lagi sekali...lena tak lena je SA tido malam tadi....



 

Syukur alhamdulillah...

Masih negative lagi keputusan....

Boleh SA tarik nafas lega.....memang SA bukan close contact tapi sebelum- sebelum tu SA memang sentiasa berurusan dengan kawan sekerja yang positive tu. Lepas tu boss dia pun positive dan SA pun berurusan dengan boss dia jugak...every day dan paling lama duduk dalam bilik tu ada gak la 2-3 hari minggu sebelum dia disahkan positive.

Korang...case makin tinggi...jaga diri ok...tingkatkan SOP....SA doakan kita semua terhindar dari Covid-19 durjana ni.....

Wednesday, December 1, 2021

Update Terkini Tentang Variant Baru Omicron Yang Menakutkan Semua

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA x tau la sejauh mana kebenaran berita ni tapi memang bemar la sebab kat berita malam tadi dan berita- berita online pun banyak up pasal variant terbaru ni. Kat grup- grup whatsaap pun dah ramai yang share...katanya Variant Omicron ni dikesan di South Africa baru- baru ini mencetuskan kebimbangan baharu tentang wabak itu, kejatuhan pasaran saham yang besar, dan pengesanan sekatan perjalanan antarabangsa baharu untuk menghentikan penyebaran.


Selepas WHO mengumumkan penemuan variant baru Omicron, semua Indeks dunia menjadi merah. Bahkan harga minyak dunia juga jatuh. Dunia menunjukkan tindak balas yang negatif terhadap berita ini.

Apa itu Omicron??

WHO telah menamakan semua variant berdasarkan huruf Greek lama iaitu Beta, Alpha Gamma dan sebagainya. Omicron pula adalah huruf ke-15 dalam senarai. Hal ini kerana Omicron adalah variant covid-19 yang ke-15 ditemui.

Omicron sangat bahawa kerana ia adalah perkahwinan antara variant Beta dan Delta. Mempunyai 8x ganda kekuatan.

Mula dijumpai di Hubei China dua tahun yang lalu, dan hanya disahkan variant yang berbahawa pada beberapa hari yang lalu.

Kini beberapa negara Eropah mengesahkan kes omicron dan telah membatalkan semua penerbangan ke luar. Negara-negara lain juga mengambil tindakan sama dengan membatalkan penerbangan ke negara yang mempunyai kes.

Malaysia telah mengeluarkan senarai negara yang mempunyai kes dan membatalkan penerbangan.

WHO menyatakan kebimbangan kerana kekuatan variant ini mampu untuk menembusi benteng semua vaksin. Pfizer dan Moderna pula berjanji akan mengeluarkan data kajian secepat mungkin mengenai variant ini

Dunia dalam fasa sangat getir kerana setelah dua tahun berkurung dan kini dalam fasa endemik muncul pula variant yang mampu membawa kita back to zero di fasa awal covid. 

Jika pengeluar vaksin mengesahkan Omicron kebal vaksin. Kita akan menyaksikan kejatuhan ekonomi yang lebih buruk.

Banyakkan berdoa supaya variant ini tidak akan membawa keburukan yang besar kerana kita baru saja ingin bebas setelah dua tahun berkurung. Sebarkan kepada yang tersayang supaya lindungi diri dengan mengambil booster.

Minggu depan dijangka lebih banyak negara akan mengumumkan penutupan sempadan dan pasaran saham akan terus jatuh jika tiada positif catalysts


Thursday, August 12, 2021

Kit Perubatan Covid Diperlukan Di Rumah

Assalamualaikum..

Hi korang..

Allahu...allah..allah...nak pecah dada SA pagi ni dapat tau anak buah si Opick positive covid 19. SA x taua nak kata apa..baru nak rasa tenang bila adik ipar dah semakin sihat..SA x risaukan sangat adik ipar sebab dia dah complete 2 dos vaksin. SA hanya risaukan anak- anak diorang. ternyata apa yang SA risaukan berlaku juga...cuma adik sedikit struggle nak check anak kecik dia Tiara untuk test guna test kit tu...ye la kecik lagi kan tak tau apa- apa bila suruh ludah ke apa...terus je SA kena panic attack lagi sekali...puas SA cuba buat seperti biasa..last- last slowly SA cakap kat Pak Zain. Tak boleh citer kat Mak, nanti mak tak tenteram macam sebelum ni and siap ajak pi rumah adik bongsu plak. Memang tak dapat la kan...

Kat bawah ni SA share info tentang Kit Perubatan Covid yang perlu ada di setiap rumah....saje share kat sini...at least kita semua dah buat persediaan..sekurang- kuranagnya bila berlaku kecemasan atau rasa tak sedap badan dan ada kelainan pada tubuh badan boleh la kita guna test kit ini untuk tindakan awal.


gambar dari google


Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah

1. Parasetamol.

2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur.

3. Vitamin C dan D3.

4. B kompleks.

5. Wap + kapsul untuk wap.

6. Oksimeter.

7. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja).

8. Latihan Bernafas.


Covid Tiga Peringkat

1. Covid hanya di hidung - masa pemulihan adalah setengah hari.  Menghirup wap yg ada cengkih, dn ambil vitamin C. 

Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik.


2.Covid di tekak - sakit tekak, masa pemulihan 1 hari

Berkumur air panas campur garam, air suam untuk diminum, makan Vitamin C dan Bcomplex. Jika suhu badan panas, ambil parasetamol


3. Covid pada paru-paru - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari. Makan vitamin C, BComplex, kumur air panas campur garam, oksimeter, parasetamol, silinder oksigen jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.


Tahap ketika hendak ke hospital

Pantau tahap oksigen.  Sekiranya 43 dan ke bawah (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen. 


Tetap sihat, Tetap Selamat!

Sila kongsikan kepada semua senarai keluarga dan kenalan anda. Anda tidak pernah tahu siapa yang anda akan bantu.


Nasihat dari hospital, pengasingan kita boleh lakukan di rumah.


Ubat yang diambil di hospital ketika pengasingan.

1. Vitamin C-1000.

2. Vitamin E (E).

3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.

4. Makan telur sesekali.

5. Berehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.

6. Minum 1.5 liter air setiap hari.

7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).

Itulah yang dilakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.


Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?  

1. Tekak gatal

2. Kerongkong kering

3. Batuk kering

4. Suhu tinggi.

5. Sesak nafas.

6. Kehilangan bau.


Lemon dengan air suam boleh menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru.


Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Sampaikannya kepada semua keluarga dan rakan anda.


#PerangMelawanCovid19

#KitaJagaKita

#KitaAmbilPeduli


Thursday, July 22, 2021

Al-Fatihah Muhammad Hazwan


Assalamualaikum...

SA simpan kat sini untuk kenangan. Semalam kami kehilangan kawan sekerja akibat covid 19. Alfatihah buat Muhammad Hazwan. Staff IT cawangan Prai. dulu Hazwan ni Malakoff HQ tapi beberapa tahun ni dia memilih untuk berpindah ke Prai. Seorang yang baik dan x pernah menolak apa je permintaan dari kami yg mengalami masalah bab IT. 

Arwah memang selalu SA paksa untuk habiskan kuih muih yang SA beli..asal nampak je areah lalu memang panggil.. "Wan....kondh makan lom..akak x kira ko dah makan ke x makan ke ko kena habiskan kuih akak ni..." kadang dia naik segan sebab SA nampak je dia memang akan jerit nama dia...SA suka kacau dia sebab dia comel...arwah pun x lokek dengan senyuman...baik sangat..

Kini Hazwan dah takde...sedih betul dengar berita pemergian dia semalam. Kami ralat sebab x tahu dia kritikal dalam ICU akibat Covid 19. Semoga Hazwan tenang di negeri abadi. Hazwan dh x sakit dah...semalam diadakan bacaan Yassin online untuk arwah...SA x dapat join sebab SA di Nilai uruskan Pak Zain ambil vaksin.

Al fatihah..salam takziah buat seluruh ahli keluarga Muhammad Hazwan..

Friday, June 11, 2021

Percuma Perlindungan Dari Komplikasi Atau Side Effect Vaksin Covid 19 Dari AIA

PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA - BERITA BAIK untuk pemegang polisi AIA ataupun bukan pemegang polisi AIA. Ye, bukan client AIA pun boleh dapatkan PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA tau !. Berikutan pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Nasional, AIA mempunyai rancangan perubatan bersama kerana AIA sangat yakin bahawa AIA akan melindungi rawatan perubatan mereka untuk mereka yang mengalami komplikasi atau kesan sampingan (side effect)yang memerlukan kemasukan ke hospital setelah mengambil vaksin COVID-19 




PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA

PERCUMA?! Ya! PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA untuk semua rakyat Malaysia!

Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun yang sedang bermastautin di Malaysia.

Bukan pelanggan AIA juga boleh mohon. Manakala, pelanggan AIA sedia ada WAJIB mohon ! Sebab kalau tak mohon, nanti tak dapat claim pula !


APAKAH PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA SECARA PERCUMA ITU?

AIA menawarkan perlindungan komplikasi atau side effect secara PERCUMA, seperti :-


1. Kematian disebabkan Covid19 Vaccination Complication = RM 20,000


2. Kemasukan wad disebabkan Komplikasi Vaksin - RM 100 sehari maksimum sehingga 14 hari.


3. Tempoh pendaftaran di link ini https://www.rsc.aia.net.my/rsc/86425  sehingga 14 June 2021 sahaja


MACAMANA NAK DAFTAR Perlindungan Komplikasi Vaksin (Side Effect) Covid19 PERCUMA dari AIA?


Nak dapatkan secara PERCUMA PERLINDUNGAN DARI KOMPLIKASI ATAU SIDE EFFECT VAKSIN COVID19 DARI AIA mudah sahaja, korang mestilah mematuhi syarat di bawah ini :-


1. Tekan link ini https://www.rsc.aia.net.my/rsc/86425 


2. Klik INTERESTED dan isi butiran yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, email dan seterusnya tekan SUBMIT


3.Anda akan menerima email pengesahan dalam tempoh 14 hari bekerja.


4. Selepas itu, anda boleh mula memuat turun aplikasi MyAIA untuk melihat manfaat yg anda perolehi selepas pendaftaran anda disahkan.


5. Tempoh perlindungan adalah sehingga RM 3 Juta dana selesai atau pun akan berakhir pada 31 Disember 2021


6. Jom cepat2 daftar sebelum terlambat! FREE je!!! Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga tau!


Keterangan lanjut boleh hubungi :


Linda

Wasap : https://www.wasap.my/+60126460421/vaksinfree

Website : urbanconsultancy.blogspot.com


Sunday, May 23, 2021

Dilanda Panic Attack Setiap Kali Terima Berita Covid-19

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pernah kena panic attacked? Pernah kena Anxiety...macam mana rasa kena tu? SA sedang alami panic attacked dan sekaligus anxiety..sebab tu SA senyap 2-3 hari ni...kalau tak entry sampai 2-3 kan utk sehari...allahu...semua gara-gara paranoid dengan covid 19. Paranoid apabila kawan-kawan opis ramai yang positive Covid 19. Bila dapat berita je rasa mencucuk-cucuk dada ni sakit...tetiba jantung laju...tetiba nak demam...tetiba la batuk x henti2 padahal takde pun semua tu...rasa gigilmdan cemas secara tiba-tiba...puas SA bertenang....memang ambil.masa untuk cool kan mental dan perasaan...susah....memang susah...kat tv citer covid, kat FB .kat blog..semuanya lah...dh jadi satu penyakit plak walau bukan kita sendiri yang kena...paranoid SA sampai x nak keluar depan rumah pun...x tau la kenapa...


Ada satu ketika tiba-tiba SA menangis tersedu -sedu...tanpa sebab musabab...tapi terbayang dan terlintas mereka-mereka yg rapat dengan SA dalam pusat kuarantin di Maeps, di hospital sungai buloh..dan ada yang family members meninggal sekelip mata...allahu....penat dengan semua ni...ye betul SA jaga SOP, jaga diri...ikut semua...tapi SA x mampu nak elak dari rasa panic attacked bila dapat berita pasal covid 19 melanda kawan-kawan SA...terus rasa virus ni makin dekat dengan diri sendiri..nak.plak Varian baru yang tidak menunjukkan sebarang simptom...itu yang berlaku pada kawan-kawan SA....takde apa simptom, x keluar rumah, pergi kerja balik kerja...sedih betul...kesian kat semua..walau SA tak rasa macam mana sakitnya...tapi sedikit sebanyak tetap rasa gelisah...

SA mohon pada kawan- kawan semua untuk sama- sama doakan agar kawan- kawan SA yang positive Covid 19 ni kembali sihat seperti biasa....

Jumpa lagi next entry.....


Friday, May 21, 2021

Kes Covid 19 Mendadak Naik...

Assalamualaikum..

Hi korang...

Macam mana hari ni? sihat? SA sangat- sangat sihat cuma paranoid melanda diri SA..SA takut dengan lonjakan angka kes baru Covid 19  di Malaysia dan negara kita masihh belum putuskan untuk lockdown. sedih betul la..angka kes makin naik, kawan- kawan SA dah ada yang jadi mangsa, dah kena kuarantin kat Maeps dan banyak tempat lagi..angka kematian pun bertambah setiap hari..tapi masih tiada solution..hari ni SA pergi kerja rasa seram sebab keadaan sekeliling senyap sunyi, kosong takde kenderaan sangat, takde orang dan rasa macam dalam negara yang disernag zombie dalam citer Walking Dead tu...

Jom tengok laporan jumlah kes untuk 2 hari ni...jumlah yang boleh buat kita semua panik, anxiety dan sebagaainya. Ini yang berlaku pada SA lately ni...



Kes pada hari Rabu

 

Jumlah kes pada hari Khamis..

Tak tau la kalau masih tiada solution lagi...Rakyat Malaysia ni dah penat nak hadap benda- benda ni semua...kalau semua bersatu hati ikut segala arahan pasti kita akan menang...tapi ada je yang degil kat luar sana tu...entah la...kang kalau SA cakap banyak SA kena kecam...so better SA senyap je. Jaga diri sendiri dana keluarga...betul ada kala kita rindu kehidupan kita yang dulu..tapi kalau kita sendiri takde inisiatif semua tu tetap tak akan berubah. Sampai bila nak salah kan orang dan salahkan pihak yang banyak membantu...pada SA semua dah besar, semua boleh fikir mana elok mana tak elok. tapi masing- masing ego...semua ikut kehendak hati. Ada sebab kenapa SOP ni semua diwujudkan...takde sape nak suka- suka kontrol kita semua. Tapi sebab Covid-19 ni real peeps...its real...ada jer kawan- kawan blogger yang sedang bertarung nyawa.. Blogger Darling Pya sekarang sedang bergantung harapan pada machine hayat...sedih sebab  dia antara blogger yang rapat dengan SA... 

Please la kawan- kawan semua...jom sama- sama kita putuskan rantaian Covid-19 ni..varian baru ni sangat ganas...sekejap aje kena dan hasilnya....allahu tak sanggup nak cakap. Jom kita sama- sama jaga diri kita..jom doa agar kerajaan istiharkan lockdown. 

Jumpa lagi next entry..


Wednesday, June 3, 2020

Covid 19 Test Under Perkeso

Hi korang...

Hari ni SA dan kawan- kawan opis menjalani ujian saringan Covid 19 under Perkeso. Ekceli nak amik ujian saringan ni kena daftar di website Perkeso. So lepas register dan dapat pengesahan boleh la buat ujian saringan dimana hari ni di buat di office SA. Segala macam perasaan ada sebelum buat. Takut tu tak payah la cakap..memang dari pagi rasa macam ada rama- rama dalam perut..pergi toilet berapa kali dah kan...takut punya pasal...SA memang sejenis penakut kalau melibatkan benda- bend amacam ni...tapi nak buat cane kan..dah register dan sebolehnya kita nak jugak buat test supaya tenang je hidup ni. Nak plak SA memang travel hari- hari Seremban KL- KL Seremban kan...


Dalam debaran ni


Frontliner dah tunggu dah


Swab item SA....

So sakit tak?

Of course la sakit...masuk kat hidung tu memang rasa perit betul..yang masuk kat trkak tu sampai rasa nak termuntah..merah2 hidung ngan airmata mengalir x yah cakap la...sampai sekarang SA rasa tak selesa..dari tak rasa selsema terus rasa selsema dan asyik bersin je...tekak plak ok...

Kalau diberi peluang sekali lagi untuk SA buat saringan Covid 19 ni..memang tak la nak buat..hahaha...sakit..tapi kawan- kawan yang dapat frontliner sorang lagi tu cakap elok lembut je dia buat...yang SA dapat tu tegas skit...nasib SA la....

Kalau korang pencarum Perkeso boleh la daftar buat ujian saringan ni...better buat la..selalunya under company kan...so kami tak payah bayar apa- apa. Dah tentu guna duit kita kan...ye la kita dan mencarum setiap bulan sepanjang kita kerja..korang boleh rujuk pihak HR korang...

So SA dah buat dah...tunggu result 48 jam...so nanti bleh check result kat website yang kita register hari tu...
 


Wednesday, May 6, 2020

Jangan Degil.....

Hi korang...

Hari ni SA nak sentuh sikit tentang mematuhi arahan PKP....Jangan degil… kita perlu beri kerjasama baik dengan pihak kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ni. Vaksin masih belum ada kan...SA berharap sangat..janganlah ada yang degil..masih ramai yang tidak endah especially selepas pihak kerajaan melonggarkan syarat PKP. Stay calm dan terus bekerjasama untuk terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini agar tidak lagi wujud kluster baru seterusnya dapat memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.

Rakyat Malaysia perlu mengambil sikap tanggungjawab dan set mentaliti kelas pertama dalam tindakan bagi mematuhi arahan. Tidak adil untuk kami semua yang berdisiplin. Kami rela lupakan apa yang menjadi kebiasaan tapi mereka yang degil ni...seolah- olah takde hati dan perasaan kan...




Sekiranya masih ramai yang berdegil, bagaimana kita dapat membantu kerajaan dalam menangani permasalahan iniKegagalan kita patuh arahan PKP effectnya akan memperlihatkan peningkatan kes, keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan. 

Kami yang terpaksa bekerja ini mempertaruhkan nyawa kami. Dengan keluarga di rumah yang juga bakal terdedah dengan virus yang "mungkin"kami bawa. Segala SOP yang ditetapkan kerajaan kami ikuti. Memang leceh tapi untuk kebaikan kita semua. Perjalanan  untuk ke office SA terpaksa tempuh banyak sekatan untuk pemeriksaan suhu. Sehari total laluan yang SA lalui 6 laluan. Kagum dengan petugas frontliner yang bertungkus lumus bertugas. Tugas kita hanya perlu bekerjasama dan patuhi arahan...insyaallah kita menang...

Kawan- kawan semua...jangan lupa pastikan ada face mask dan hand sanitizer. Guna selalu...cuci tangan dengan kerap..

Semoga kita semua selamat menempuhi dugaan.....

Berhati- hati semua...perjuangan kita belum berakhir...

Tuesday, March 24, 2020

Conversation Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Hi korang...

Hari ni genap Perintah Kawalan Pergerakkan hari yang ke 7. Seminggu dah uolls...sepanjang seminggu ni macam- macam dah kita hadapi kan...ada yang stress, ada yang dah sakit- sakit baadan dan ada yang dah otak tepu. Jangan adanyang dah start talk to the wall or tergelak sorang- sorang ye. Stay strong korang..tolong kuat untuk kita mengekang virus Covid-19 ni. 

Sepanjang kuarantin di rumah ni...kami adik beradik dah seminggu tak jumpa kecuali adik SA yang no 4 tu yg duduk kat rumah SA sementara waktu. Adik beradik yang lain memang tak jumpa la. Sebab tu conversation between us more to Whatsaap, Video Call dan Voice Note. Kalau Video Call nampak la muka masing- masing kan..


Video call anak buah


Voice Note

Bosan?

Ikutkan memang la bosan...ikutkan rasaa nak keluar rumah je...matahari tak kena ni...kalau keluar pun setakat pagar depan rumah je...tak bergaul ngan orang...pas tu masuk balik..huii kalau la PM or Kerajaan extend lagi terus perintah berkurung, memang mati kering la SA...Bila tengok update Covid-19 yang pesakit makin bertambah terus jadi anxiety Disorder plak..haih..cuak...masa ni la terfikir dan terbayang macam- macam kan..Semoga kita semua terus dilindungi oleh Allah SWT. Buat semua keluarga mangsa yang meninggal akibat Covid-19 ni, semoga semua tabah hadapi dugaan. Kita tak nak semua ni berlaku dan sememangnya ketentuan allah. Betapa SA dapat rasa kesedihan kalian yang tidak dapat menguruskan jenazah arwah untuk kali terakhir. Hanya allah yang tahu kesedihannya kan. Semoga anda semua terus kuat. 

Buat kawan- kawan semua...Stay cool, Stay Calm and Stay At Home.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah