Showing posts with label Entry Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Entry Prihatin. Show all posts

Sunday, December 4, 2022

Sombong-Sombong Nak Bawak Ke Mana?

Assalamualaikum...

Kejadian yang berlaku tadi..

Pi beli santan kat Family Store Desa Rhu tadi, punya la ramai orang shopping...nak bayar pun beratur panjang, semua pakat penuh trolley...dh nak sampai kaunter depan SA ada la sepasang suami isteri umur dalam awal 50-an, barang dia penuh satu trolley..so SA dengan penuh hormat dan tatasusila mintak la kat pakcik tu nak bayar dulu memandangkan SA beli santan je sebungkus..


Gambar sumber Google 


Me : maaf pakcik...boleh x saya nak bayar dulu..saya beli santan je sebungkus ni...

Tak sempat pakcik tu jawab, makcik tu sampuk dan cakap kuat2

Makcik : eh..orang lain boleh je beratur tunggu giliran..beratur je la!! (Sambil pusingkan badan dia dan tarik laki dia)

Pakcik : Eh awak ni..adik tu mintak baik2 kot..

Me : eh xpe..saya tanya kalau boleh td..x boleh takpe ...(kakak dh merah muka dah)

Kakak India blkg kakak ckp : Banyak sombong!!! U ckp baik2 kan..

Me : Takpe kak...takpe...saya okey...

Kakak India : Tak baik itu macam la...x bagus...sombong2 mau bawak pigi mana..

Me : Takpe...hari ni hari saya...esok2 hari dia pulak..

Kakak India : Kesian adik..

SA senyum je...


Lama giler tunggu dia bayar, sambil cashier scan barang dia..sambil makcik tu pi cari barang lain nak tambah lagi, macam sengaja plak, laki dia dh jeling dan berubah muka nak jadi harimau dh ...orang dh mengeluh kat belakang..then sampai masa nak bayar...total barang dia RM400++, tak cukup duit lg RM7 lebih ..pakcik tu mintak kat dia duit...x bawak plak purse katanya...dh bertekak plak dia laki bini...SA hulur je RM10 kat cashier tu ..takpe saya tambah...


Terdiam x terkata dua laki bini tu...kakak

India tu bisik kat SA...


Kakak India : apesal u tolong...kalau saya..saya x tolong..

SA : Takpe...kalau x tolong lagi lama kita nak tunggu..tuhan sudah balas sama dia..next time jangan sombong..tuhan balas cash..


Pakcik tu ucap terima kasih and sorry pasal td..SA senyum je...while makcik tu menonong keluar tolak trolley...


Betul cakap kakak india tu...sombong2 nak bawak ke mana kan?


Jadikan la tauladan...ada masa dan ketika kita perlu bertolak ansur....kan?


SA

4 Dec 2022


Thursday, January 20, 2022

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Assalamualaikum

Hi korang...

Ada yang dah dapat Pakej Penjagaan Covid-19 dari Kerajaan?

SA terkejut sebenarnya..mulanya dapat call dari no x kenal..mulanya malas nak jawab..tapi jawab jugak sebab lama dia ringing kan...pas tu dia kata dia courier services. Ada parcel untuk SA..then SA pun keluar la pi amik..check nama dan alamat betul...then amik je la...

Tak sabar nak buka...terus buka and tadaaaaa....eh....SA je ke yang dapat erk..x nampak plak kawan- kawan office yang lain update PPC ni....ah sudah....



Simpan sini la buat kenangan


So SA part of the #keluargaMalaysia la ni...


Barangan dalam pakej ni...thermometer, pulse ocimeter, face mask dan antigent test kit


Alhamdulillah...

Rezeki la kerajaan bagi...

Terima kasih kerjaan Malaysia...really appreciated.
 


Monday, November 27, 2017

Stroller Buat Adik Adam...

Blogger, Followers dan Readers Blog Suriaamanda

SA menyeru anda semua yang prihatin..jom kita hulurkan bantuan untuk Adik Adam yang perlukan sebuah stroller..kalau boleh bantu perniagaan ibu beliau yang membuat jualan sambal kacang ikan bilis pun dah memadai...details ada di bawah entry ini ye...SA dah share di Instagram dan jugak Facebook...Mana tau kita semua dapat ringan kan beban Puan Noor Haniza Sidek yang sedang berusaha untuk anak syurga ini..


Assalamualaikum sahabat...

Saya nak mintak tolong jika sahabat fb sudi beli sambal kacang ikan bilis saya..
Saya perlukan sedikit dana utk saya beli stroller utk anak saya adam..

Harga stroller ni rm3600

Tak beli pun tak apa.. Tolong share utk kawan2 yang lain dapat menolong saya..

Sambal kacang ikan bilis..

👉1kg Rm25 +  Pos Rm11
👉1/2kg Rm13+ Pos Rm8

Pm/whssap 0149123844

#Terimakasihsuditolonganaksyurgasaya
#adam

Jasa baik anda semua amat SA hargai...

Tuesday, September 12, 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.


Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah