Showing posts with label Foodpanda. Show all posts
Showing posts with label Foodpanda. Show all posts

Wednesday, August 11, 2021

Akibat Mood Down Dan Malas Masak Terpaksa Beli Lauk Lagi...

Assalamualaikum...

Hi korang..

Nampaknya minggu ni bukan main lagi malas masaknya...untuk dinner malam ni tadi SA beli lagi lauk kat kedai tomyam berdekatan melalui Foodpanda..ntah apa la yang merasuk...ni mesti sebab dah muak makan masakan sendiri..2-3 hari ni memang SA rasa down sangat- sangat...minggu ni pun SA mintak WFH sebab SA ada sedikit batuk lepas dari kebah demam hari tu...memang dah tertakluk dalam SOP yang sekiranya tak sihat seperti demam, batuk dan selsema tidak dibenarkan masuk office.

So hari ni SA beli lauk sedikit mahal...takpe la..yang penting x penat dan x  perlu masak kat dapur..tekak ni sesekali nak makan masakan yang orang lain masak kan...esok nak kena la keluar pergi Zemart untuk beli barang dapur. SA dah kuat skit rasanya nak keluar..barang dapur pun dah banyak habis dh..

Jom tengok apa yang SA beli tadi...



Ikan Siakap 3 Rasa RM45, besar ikannya dan sedap...


Kailan Ikan Masin RM7


Sambal belacan dapat free, cili tu petik kat depan rumah je...buat ulam...

SA x tau la bila mood down SA  ni nak ok...dan SA pun tak tau apa yang melanda SA sebenarnya sampai SA teruk macam ni...sejak Isnin masa arwah Siti Sarah meninggal sampai hari ni...betul memang ramai yang terkesan tapi life must go on kan...SA elakkan scroll semua media sosial..sebab tu SA jarang bertandang ke rumah- rumah korang semua...harap- harap lepas ni SA will be ok semula dan boleh come out dengan banyak entry seperti selalu....idea pun kelaut dalam dah ni...apa nak jadi x tau la...

Wednesday, August 4, 2021

Hari Kedua Di Office Order Foodpanda

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA kerja macam biasa...alaaa...korang pun tau kan...hari ni sedikit busy...tapi masih boleh kawal lagi la...seawal pagi SA sampai..beli breakfast dan terus buat kerja...tepat pukul 12 SA terus order makanan...kali ni guna foodpanda..sebab ada less kan...scroll punya scroll lama nak buat keputusan..malas fikir panjang terus order jer A&W Mid Valley. 

SA order Hula- Hula Mighty Combo Beef. Untuk combo ni SA dapat beef burger, ayam seketul dan air A&W dalam bottle..total RM 24.90 tolak voucher Pandabox SO SA hanya bayar RM19.96...discount la 4 hengget...ok la tu...ikutkan perut kenyang lagi sebab SA dah makan nasi goreng masa breakfast...tapi x nak makan burger sejuk so SA makan dulu la burger...sambil makan sambil buat kerja...lama- lama semua habis...muahahahaha....patut la debab....balas dendam kot hari tu takde selera makan lepas vaksin...


Masa menunggu FoodPanda sampai


Yeay dah sampai..siap ada pesanan tu ha...best la A&W


French Fries


Ayam Goreng Spicy Aroma ke apa ntah..dan beef burger limited edition....


Sos ni yang buat dia limited edition kot sebab rasa masam- masam skit...macam sos peri- peri nandos...

 

Now dah kenyang...SA solat zohor dulu sebelum sambung kerja kat project station level 7. Kejap lagi dah kena ekon..memang berat la mata ni...nak cari mancis jap la..nak tongkat mata ni...kang x boleh buat kerja plak sebab mengantuk...muahahahaha

Monday, June 8, 2020

Penghantaran Tanpa Sentuhan Oleh Foodpanda Semasa MCO Merupakan Pergerakan Yang Hebat

Penghantaran Tanpa Sentuhan Merupakan Inisiatif FoodPanda Bagi Memutuskan Rantaian Covid-19 Di Negara Kita


Hi korang



Sepanjang MCO berlangsung di negara kita selama lebih kurang 3 bulan. Pelbagai inisiatif dilakukan oleh platform Food Delivery iaitu platform penghantaran makanan melalui talian yang terdapat di setiap pelusuk Negara kita. Platform ini sangat- sangat membantu rakyat Malaysia dalam memudahkan urusan seharian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan

Selain memudahkan dan meringankan beban kita semua ianya juga sangat membantu golongan yang berniaga yang memerlukan perkhidmatan penghantaran segera bagi memenuhi keperluan penduduk Malaysia di pelbagai tempat di seluruh negara yang mempunyai liputan perkhidmatan penghantaran melalui talian ini. Dengan platform atas talian ini amat membantu para peniaga yang terjejas terus dengan pandemik Covid-19. 

Antara platform perkhidmatan penghantaran melalui talian yang paling popular adalah FoodPanda. FoodPanda merupakan sebuah platform pasaran penghantaran makanan mudah alih dari Jerman yang beribu pusat di Berlin, Jerman. Kini FoodPanda melebarkan sayapnya apabila ianya terdapat di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon mudah alih juga dari laman sesawang. Perkhidmatan FoodPanda kini mendapat tempat dan menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya pada musim MCO ini. Perkhidmatan ini mendapat pilihan paling popular dan ditempah setiap hari oleh rakyat di seluruh Malaysia.

FoodPanda memproses dan menghantar pesanan terus ke restoran yang menjadi rakan kongsi, yang kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh digunakan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih yang sangat mudah serta mesra pelanggan.


Baru- baru ini sepanjang MCO atau Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia akibat Covid-19, dan atas permintaan platform penghantaran makanan. FoodPanda melancarkan inisiatif "Penghantaran Tanpa Sentuhan"bagi mengurangkan risiko dan kurangkan interaksi antara individu.

Inisiatif ini mendapat sambutan hebat oleh rakyat Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan penghantaran dalam talian ini sepanjang tempoh MCO walau terpaksa mematuhi SOP ketika mendapatkan perkhidmatan Penghantaran Tanpa Sentuh oleh FoodPanda. Amalan atau norma baru perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia bagi memeutuskan rantaian virus Covid -19. Sememangnya pandemik Covid- 19 ini merupakan situasi yang sangat sulit di seluruh dunia terutamanya di Negara kita.



Menurut FoodPanda, langkah-langkah baru diperkenalkan untuk keselamatan yang lebih tinggi dan untuk memastikan pelanggan merasa lebih selesa ketika menggunakan perkhidmatan mereka.Semasa proses pesanan pelanggan harus memberitahu wakil penghantar makanan atau riders bahawa mereka memilih untuk Penghantaran Tanpa Sentuhan. Apabila makanan tiba, pesanan makananan tersebut akan ditempatkan di tempat khas yang ditentukan di rumah atau pejabat dan sudah pasti pelanggan akan diberitahu bahawa makanan atau pesanan mereka telah tiba. Ini penting agar objektif dan inisiatif Penghantaran Tanpa Sentuhan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Jarak minimum 1 meter antara wakil penghantar makanan atau rider dan pelanggan akan dijaga, seperti kebiasaan pelanggan juga perlu membuat pengesahan bahawa makanan mereka telah dihantar. Untuk mengurangkan interaksi atau sentuhan, pelanggan juga diminta untuk memilih pembayaran dalam talian. Ini sangat memudahkan untuk kedua- dua pihak.

Selain memastikan keselamatan pelanggan, pihak pengurusan FoodPanda turut menitik beratkan keselamatan wakil penghantar makanan atau rider mereka. Foodpanda juga menyediakan pembersih tangan dan topeng secara percuma di pusat wakil penghantar makanan mereka. SOP yang telah ditetapkan perlu diikut oleh setiap wakil penghantar makanan

Platform penghantaran makanan dalam talian juga telah menyampaikan nasihat dan notis pemberitahuan terbaru kepada rakan restoran mereka dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai amalan kesihatan dan keselamatan yang wajib diamalkan. FoodPanda mengatakan bahawa mereka sangat komited dalam menyokong wakil penghantar makanan, rakan restoran dan pelanggan yang dihargai ketika mereka melalui masa-masa sukar bersama sebagai satu komuniti  dan tidak mengira bangsa atau agama.

Selain itu, menariknya platform FoodPanda ini sangat- sangat membantu anak- anak muda atau mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid -19 dimana banyak peluang pekerjaan dibuka untuk mereka menjadi salah seorang wakil penghantar makanan FoodPanda. Platform ini membantu mereka yang terjejas pendapatan menjana pendapatan demi mengubah kehidupan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Wakil penghantar makanan yang telah sah bekerja dengan FoodPanda perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Mereka juga boleh memilih samada bekerja sepenuh masa atau separuh masa. Malah ramai juga wakil penghantar makanan FoodPanda yang memilih untuk bekerja separuh masa dan membuat 2 pekerjaan sehari dengan memilih platform ni untuk menambah pendapatan. Semoga platform FoodPanda ini menjadi platform untuk mereka khususnya anak- anak muda yang ingin membina kerjaya.


Friday, September 27, 2019

Mee Kolok Dayang Sarawak Corner FoodPanda 1st Time..

Hi korang...

Hari ni kan...SA yang pemalas ni tak bawak bekal..biasa la hari Jumaat kan...lepas tu sibuk nak berjimba tapi tak dapat..hahahaa...SA order thru Food Panda je la...tekak teringin nak makan Mee Kolok...sebabnya SA duk mendelete gambar2 lama kat PC..terjumpa plak gambar masa pi Sarawak dulu..then cari la kat dalam Food Panda...Eh..eh...ada la Dayang Sarawak Corner.....makanyaaaaa.....rancak la jari jemariku memainkan peranan (ayat novel sangat)..hari ni je ye...jangan plak dah tersampuk Food Panda jadi hari2 plak nak order..itu macam kalu bertambah naik belanja makan ko hari2...

Sebenarnya SA hari ni first time guna foodpanda, sebelum- sebelum ni lebih prefer Grabfood. Tapi kat Grabfood x banyak pilihan macam Foodpanda. Bosan plak asyik order dari tempat yang sama je kan..sebab tu SA cuba Foodpanda ni..lagipun ada sesetengah tempah free delivery tau...




Mee kolok ayam...dia guna ayam yang minced tu je..alahai...potong laaaa......


Tuang sup dan kicap cili tu sikit je..untuk bagi rasa kan....


Jemput makan semua...

So...rasa mee kolok dia sedap tak?

Boleh la...SA bagi 2.5 bintang out of 5. SA nyer expectation tinggi skit kat mee kolok ni...SA x makan daging so takde la order mee kolok daging. Kalau kat Sarawak memang mee kolok dihidang dengan daging kan. Kalau ada pilihan ayam pun dia bagi ayam yang dah dicarik2 bahagian dada atau seketul2 ayam..yang ni failed sebab daging ayam hancur...macam minced meat utk spaghetti bolognaise tu, mee dia dah betul dah mee kolok sama macam kat Sarawak. Soup pun ok jugak just boleh rasa ajinomoto...haaaa...bila food blogger dah berkata- kata...lama dah x buat kerja review makanan ni...bukan takde jemputan..SA kerja kan...betul2 pi pun masa Ramadhan review tempohari je..tahun depan la kot start semula...

So...next time bleh order kat kedai lain plak..make sure yang takde delivery fee...hahaha...SA kedekut..order yang ni free delivery...bayar cash je..


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah