Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts

Friday, August 18, 2017

Negaraku Sehati Sejiwa Tema Hari Kebangsaan 2017

Hari Kebangsaan Malaysia


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Tema Hari Kebangsaan 2017 > Negaraku Sehati Sejiwa





Semangat patriotik sungguh SA kan...bukan main lagi...apapun sebagai rakyat Malaysia dan tentu- tentu SA sayangkan tanah tempat tumpah darahku...eh...pernah ke tumpah darah..hahaha...tak leh blah statement kan...apapun SA bangga dilahirkan dan dibesarkan malah bermastautin di Malaysia....walau banyak dugaan..banyak liku- liku kehidupan...dan macam- macam lagi la..tetap tidak mematahkan semangat cintakan negara..Negaraku Sehati Sejiwa menunjukkan betapa pentingnya rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama saling hormat menghormati,bersatu padu untuk masa depan yang lebih gilang gemilang. Sentiasa bermuafakat demi kemakmuran negara.
Apakah peranan dan sumbangan kita semua kepada negara. Kita semua sebenarnya ada sumbangan dalam bidang tertentu untuk negara.Termasuk SA juga...Namun jika dilihat dari skop yang lebih besar, sebenarnya kita semua ada peranan dan sumbangan masing-masing kepada negara. Orang nampak macam biasa kan..tapi setiap dari kita ada sumbangan besar walau tidak disedari contohnya dari segi pekerjaan kita..jauhi sikap negatif dan ambil segala yang positif.

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke- 59

Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.....Tahun ni genap 59 tahun kita Merdeka dengan bertemakan SehatiSejiwa. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang menyambut Hari Merdeka walau hanya menyaksikan perarakan Kemerdekaan di TV. Semangat Merdeka tetap ada....

Merdeka...

 Merdeka...

 Merdeka...

sumber google

Bagi menyuntik Jiwa Kemerdekaan, tema rasmi "Sehati Sejiwa"telah dipilih dan memberi bermaksud bersatu hati dalam perpaduan serta mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik serta membentuk jati diri rakyat dalam meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini
selain itu ianya lebih kepada menzahirkan semangat nasionalisme, kecintaan dan kebersamaan rakyat dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 59 Malaysia!!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah