Assalamualaikum
Hi Korang...
Alhamdulillah...hari ni dah 17 Ramadhan. Berbaki 13 hari lagi kita umat Islam bakal memperolehi kemenangan kan...Hari ni juga merupakan sambuatan Nuzul Al- Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Terdapat 8 buah negeri yang menjadikan Nuzul al-Quran ini sebagai hari kelepasan am bagi negeri masing-masing untuk tahun 2021 / 1442H.
Negeri yang cuti bersempena Nuzul al-Quran ini ialah:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
- Kelantan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Selangor
- Terengganu