Showing posts with label Petua Masakan. Show all posts
Showing posts with label Petua Masakan. Show all posts

Wednesday, August 16, 2023

Petua Elak Nasi Kerap Basi...

Assalamualaikum...

Lama dah SA x share petua kan? tengah scroll FB tadi terjumpa petua ni...rasanya masalah ni memang kita sebagai ibu selalu hadapi kan...especially bila tukar jenama beras...rupanya ada sebab dan ada petua untuk elakkan nasi kerap basi. Kalau kat kampung- kampung diorang punya predict selalunya ke arah perkara yang mistik kan..wallahualam..ada betul dan ada jugak salahnya..x kan semua nak dikaitkan dengan sihir kan..percaya boleh cuma tak boleh taksub sangat..

So SA share ye kat sini untuk panduan kita bersama..mana tau dengan gunakan petua ni boleh elakkan dari masalah nasi kerap basi. Ye la..beras bukan murah ye tak?satu kerugian bila kerap plak nasi basi...


Nasi asyik basi? 

Dah kerap nasi jadi basi?

Nasi jadi basi berkali kali maka periuk pun penuh bakteria.

Bila dah 2 atau 3 kali basi pasti nasi akan kerap basi.

Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.

Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cept basi.


Petuanya:

Cuci periuk dengan sabun bagi bersih.pastu masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping atau lebih banyak lebih bagus.tambah sedikit ja air supaya air garam dan asam dapat bersatu

Kisarkan periuk dengan tangan selama  3-4 minit .pastu biarkan selama 15 minit.

Ulangi 3-4 kali.

Buat dekat tudung periuk sekali-sama.

Pastu cuci  dengan sabun.

Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Pastu didihkan selama 15 minit dengan air bersih.

Pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula   2-3 kali.

Masalah akan berulang.


( Untuk lebih lumayan hasilnya : sila  direbus dengan 4 cawan air sehingga tinggal 1 cawan air sahaja-semua kuman akan mati.)

2. Untuk cucian beras yg terakhir jangan dicuci dengan tangan.cukup anda mengocak ngocak air dalam periuk dengan teknik menggongcang tangan.sebab air  bila terkena tangan atau kulit ia mudah basi. Lakukan 2-3 kali teknik ini.

Selepas dah dituang airnya masukkan air baru tanpa terkena kulit atau tangan mengikut sukatan paras air untuk beras masing masing.

Lumayan hasilnya sampai petang esok pun masih boleh makan nasi tersebut.

3. Masak orang kaya-guna air tapisan biopure atau air mineral atau air masak sejuk….conform tak akan basi .


Kalau ada nasi lebih dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat.masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu...bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau...

Cara stim:

Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas.tekan cook’. Buka dah panas...nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan.

Lagi satu caranya jika anda ada microwafe:

Masukkan kedalam mangkuk tahan panas ..basahkan 2-3 helai tishu, perah air perlahan lahan...buka semula tishu tadi dan letak/tudung diatas nasi tadi...tekanlah cook selama 5-10 minit.

Anda akan dapatk Nasi tadi jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.

( teknik ini juga boleh diguna pada microwave)

Cara panaskan :

Tambah air panas/minum sikit tapi sebelum tu masa awal awal nak buka tudung periuk tu..buka perlahan lahan supaya wap ditudung periuk tu tidak menitis masuk semula kedalam periuk setelah semalaman bertudung sebab wap inilah yang akan membuatkan/mempercepatkan nasi jadi basi. ELAKKAN WAP YANG ADA DITUDUNG PERIUK TU JATUH SEMULA KEDALAM PERIUK.


Semoga bermanfaat buat semua...

Kredit : Group Resepi Kuih Muih FB


Friday, April 16, 2021

Petua Lembutkan Daging Lembu Cara Pak Zain

Hi Korang...

Assalamualaikum....

Hari ni SA nak share tentang petua melembutkan daging lembu untuk apa je jenis masakan. Adakala kita mak- mak ni susah nak lembutkan daging lembu kan dan selalu ambil masa yang lama untuk masak kan...sebenarnya ada je beberapa petua untuk melembutkan daging...tapi SA selalunya guna petua yang satu ni..memang abah tak bagi share ngan sesapa...tapi hari tu cakap..elok share..ilmu yang baik bagus untuk di kongsi..dapat pahala...pahala memudahkan urusan mak- mak yang nak masak...abah plak dapat petua ni dari orang yang jadi tukang masak lauk orang kahwin...semua suka makan daging lembu kan...tapi hadapi masalah bila nak masak...keras kejung la..liat la kan?


Gambar dari google.com


Cara dan petuanya adalah...gunakan akar pandan dan masukkan alam rebusan daging atau boleh jer masukkan terus dalam masakan korang kalau malas nak rebus daging dulu kan....macam mana nak tau..ambil akar yang dlaam tanah tu ke...hehe...tak ye puan- puan semua...pokok pandan akan ada SULUR yang keluar dari pangkal rumpun pokok...kat area celah- celah batang atau daun yang matang tu...mungkin korang yang tanam pokok pandan akan perasan ada akar yang keluar kat celah- celah rumpun...jangan plak korang pi cabut pokok pandan tu semata nak amik akar...SA cuba google macam tak banyak plak gambar orang share...


gambar dari google..

nampak macam akar yang terjuntai tu? haaa itulah sulur tau akar pandan yang abah SA maksudkan


Selalunya memang SA guna akar/ sulur pandan ni la...memang akan togel la sulur tu selalu sangat ambil kan..kadang balik kampung ambil jugak sulur pandan ni buat stok...korang potong je...bersihkan lepas tu boleh simpan kat dalam fridge bahagian freezer..boleh guna bila nak masak daging la especially. Kalau buat sup tulang pun letak jer sulur pandan ni dan masak jer macam biasa...insyaallah..akan lembut daging dan lerai dari tulangnya....jimat masa dan tak perlu nak rebus lama....

Haaa...SA dah share dah petua nak lembutkan daging..bukan tertakluk daging lembu jer tau...nak masak daging kambing ke..kerbau atau ayam pencen sekalipun boleh jer guna petua ni...bertahun dah kami sekeluarga guna petua ni...memang cepat empuk daging yang direbus atau untuk dimasak..selalunya SAa tak perlu rebus dulu daging...terus masak dan masukkan aje sulur pandan tu...dah masak lauk...jangan la dimakan plak sulur tu...boleh ketepikan atau buang je...yang nak dimakan daging kan?

Semoga perkongsian SA ni dapat membantu korang yang mengalami masalah ketika nak masak daging...

Selamat mencuba ye...



Sunday, September 3, 2017

Petua Lembutkan Daging Versi Suriaamanda

Petua Turun Temurun Lembutkan Daging Lembu

Gambar dari google

Hi korang...
Banyak dapat daging korban? Murah rezeki dapat..SA dapat rasa je masa kat kampung..area taman SA ni takde plak pigak surau buat ibadah korban..tapi takpe la...tak perlu dijadikan hal kan..dapat merasa masa kat kampung pun dah ok dah..
Hari ni SA nak share dengan korang petua lembutkan daging lembu...ye la..bila tiba ibadah korban..daging yang kita dapat tu bukan bahagian2 tertentu yang lembut kan..semua bercampur-campur kan..so bila nak buat sup..kena la rebus lama..untuk itu SA nak share 2 petua yang biasa SA amalkan ketika memasak daging yang agak liat...

Petua tersebut adalah:-

  1. Rebus daging dengan air kelapa, tak kira kelapa muda atau kelapa tua...dua2 boleh..rebus dalam masa yang lama..jika kering airnya tambah dengan air biasa.
  2. Masukkan sudu besi 2-3 batang dalam rebusan sup..masak dengan lama sampai sup sudah siap masak..insyaallah lembut daging...
SA terbaca viral di sebuah grup masakan..ada yang bagi idea letakkan gula hacks dalam masakan...aduhai...agak-agak lah nak share idea macam tu...kesian orang yang percaya..itu aniaya orang namanya tu kan....korang follower blog SA jangan share yang bukan-bukan tau...kesian sebab zaman serba serbi viral ni semua mudah percaya kan..

Selamat mencuba ye petua dari SA tu... 

Wednesday, December 2, 2015

Petua Bergambar Petua Menyedapkan Makanan













Sumber Facebook

Sharing is caring....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah