Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Tuesday, September 20, 2022

Donut Big Apple Pemberian Bos Yang Pencen

Assalamualaikum...

Pagi selasa yang manis- manis...hahaha...xde la pagi ni makan donut ni...last week la ni Khamis lepas..masa yang treat farewell tu..En Raziff yang pencen tu bagi donut big apple ni kat every department...SA x makan pun tapi amik la 2 ketul bawak balik bagi Dania...department SA bukan ramai pun..Big Boss memang x makan manis2..so dia awal- awal dah tolak dah..bagi yang muda- muda je makan manis- manis katanya...

Alhamdulillah rezeki kan...En Rizal yang habis contract plak bagi SA choc tiramisu Beryls...x sempat SA nak amik gambar...



 

SA sangat menjaga sugar intake...tapi sesekali makan gak la...dah umur 44 ni memang kena jaga semua...dah la jarang bersenam kan..sejak kena covid hari tu..stamina dah tak kuat...buat jugak la brisk walk...itu je yang mampu satu round...jalan leha- leha je...berpeluh tapi x sempat basah baju...hehehe....

Tuesday, June 15, 2021

Shout Out Pemenang 1st Giveaway Sempena Birthday SA..

Assalamualaikum..

Hi Korang



Entry ni khas nak buat shoutout kepada pemenang hadiah utama 1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June

Aada 2 orang lagi yang belum bagi alamat. Kepada yang dah bagi tu terima kasih ye..hadiah nanti SA 

akan poskan bila dah boleh keluar. Boleh je keluar tapi area rumah SA ni jauh dari bandar dan lebih dari 

10km radius yang dah ditetapkan.

So hadiah agak lambat sikit nanti ye....

SA nak seru SALATULZARIDA dan LIA RAZALI..cepat bagi alamat ye..SA nak siapkan balut hadiah dah...nanti senang terus pos aje...


Monday, September 23, 2019

Allah Tarik Segala Nikmat Sekelip Mata Je...Ingat La...

Hi korang...

Hari ni SA sedikit moody selepas terbaca tulisan yg SA gelarkan dia keyboard warriors  sebab sewenang-wenangnya menghina dan merendah-rendahkan orang dan memberi alasan hanya untuk menasihati mengikut ajaran Islam. SA tak marah diannak berdakwah or menegur seseorang kalau betul caranya. Kenapa perlu nak buka aib orang di media sosial?...SA rasa marah sebab ianya adalah sikap yang BIADAP sangat sebab Islam tidak ajar umatnya cakap besar, menghina atau merendah-rendahkan orang lain..kalau nak sebut pasal dosa sipolan atau aibnya fikir dulu apakah tindakan kita tu betul? Sebelum menegur fikir relevan ke tidak dengan  diri kita sendiri. Dah cukup baik ke diri kita terus nak menegur orang? Tak kisah la teguran cara berpakaian atau keperibadian orang tu sendiri. Sesuai ke tegur secara terang-terangan aib orang di media sosial? Kalau dah rasa diri tu hebat sangat kenapa masih menggunakan platform media sosial yang yang banyak buruk dari baiknya kalau benar nak berdakwah? Dah betul ke cara cita berpakaian sampai nak menegur. SA tengok sendiri dia pun banyak kurangnya dan tak sempurna. Tak perlu nak buka aib orang di media sosial walau x sebutkan nama orangnya. Ramai orang terasa kot termasuk SA...Tak perlu dipersoal amalan orang lain..cukup perhatikan dulu amalan diri sendiri sebelum berani menegur secara terang-terangan...Tak fikir ke perasaan orang tu, tak rasa ke betapa sakitnya hati orang tu..


Ingat....kita semua x sempurna...takde yang yang  perfect.. Kalau betul cara kita, amalan kita di dunia, gunakan untuk diri kita dan keluarga kita. Doakan aje orang tu menemui jalan mudah untuk berubah..tak perlu ada niat nak menegur dan hebahkan di media sosial...aib orang x perlu dicanang...kalau nak focus bab ajaran Islam atau islamic way, buat perubahan pada diri sendiri dulu..buang semua sosial media yang lagha ni..focus untuk berubah...then baru berdakwah..bukan buat secara terang-terangan nak menegur aib orang di media sosial. Apa hukumnya membuka aib orang macam tu? Islam ni mudah aje..tak perlu jadikan ianya terlalu complicated. Ulama-ulama buat macam-macam majlis ilmu mengagungkan agama kita. Indahnya Islam dan berjaya meyakinkan orang bukan islam sampai menganut agama indah ini. Tapi sebaliknya kita sendiri seolah-olah menampakkan yang betapa buruknya agama kita. Macam mana? macam yang SA cakap ni la..membuka aib orang di media sosial. Cakap buruk pasal orang lain, mengumpat,bermusuh...kita sibuk tentang aib orang tapi orang bukan islam bertepuk dan bersorak tengok kita berbalah..



Ingat...kita semua dah matang, ada keluarga dan ada anak kita sendiri..jangan disebabkan 1 jari kita menuding pada orang, 4 jari lagi menuding pada diri kita sendiri..SA x pandai bab agama ni..tetapi masih belajar..SA x akan sentuh bab aib orang..itu yang SA elakkan sebab SA tau SA x sempurna mana dan SA ada anak untuk diberi perhatian. SA x nak apa2 berlaku pergi pada anak SA sendiri. Sebab tu SA berhati2 dalam memberikan  sebarang komen atau teguran. Orang zaman sekarang bila allah berikan sedikit kejayaan terus lupa asal usul..terus bertindak melulu seolah-olah dia maksum disisi agama. Allah tarik nikmat sekelip mata je..Jangan dibuka aib orang...

Monday, January 30, 2017

Sardin Ayam Brand Mackerel Pilihan SA

Hi korang...mesti korang tengah seronok berjalan sana sini kan..syoknyaa cuti lama pi berjalan sana sini..aku hari ni dh balik KL semula..tak berjalan kemana pun..
Tak tau nak cerita apa meh la citer pasal sardin Ayam Brand Ikan Mackerel all time fav aku ni..la ni mahal giler ok sardin Ayam Brand..dulu merasa la satu tin RM5- RM6....sekarang mana nak dapat, paling murah pun RM8.20..kenapa aku pilih jenama Ayam Brand..jenama lain kan banyak..erm..dh aku membesar dengan jenama ayam brand..cuba gak jenama lain tapi macam x kena plak ngan tekak..


All time fav aku ikan makerel..ada orang x suka sebab ikan dia keras..ermm aku x tau la citarasa org x sama kan..setakat ni ok je aku makan..lembut je ikannya..kena pandai cara masak kot...

Style aku tumbuk cili banyak2, bawang putih, bawang merah dan hiris bawang besar..bahan tumbuk tadi tumis sampai agak garing..masukkan bawang besar...lagi pedas lagi bagus..perahkan sebiji limau kasturi utk bagi hilang hanyir dan sambal sardin jadi sedap


Alaaa gegar plak gambar sambal sardin aku ni...ni la cara aku masak selama ni..kena buat pedas2 baru syok makan..pas tu gandingkan dengan telur dadar...cukup la 2 lauk tu boleh buat jahanam diet semua orang..kawan2 opis pun selalu mintak aku bawak sambal sardin sebulan tu ada la dalam 2-3 kali...Mungkin korang pun ada cara korang sendiri kan..jom la share cara korang masak sardin dan korang suka sardin jenama apa...share kat komen eh?

Friday, January 6, 2017

Dah Tak Ngidam dah.....

Hi korang...
Setiap Jumaat akan ada jual-jualan di MIDA macam Flea Market macam tu..macam2 la benda yang peniaga kat situ jual..last week teringin nak makan laksa..tp akak jual laksa tu tak meniaga plak..kecewa pas tu pi la beli mee kari kat adik foodtruck kat tepi tu...ok la so-so je mee karinya....
Tapi hari ni malas nak turun sebab meeting lama tadi..makanya kirim kat kawan je beli laksa..tapi takde la letakkan harapan yang tinggi..sekali ada ko.......yeayyyyy......ok dh tak mengidam dh...dh dapat dah Laksa.....


Ikutkan xde la sedap mana tp tetap sedap kat tekak aku..
RM5.00 sebekas...


The best Talam Keladi in town i've ever had

Talam Keladi tu plak ada colleague yang belanja sarapan pagi...siap ada nasi lemak..jahanam diet budak2 ni termasuk aku..kalau x makan rugi kan...
Orang tua-tua cakap musuh jgn di cari..rezeki jangan di tolak...
Hehehehe...


Wednesday, August 19, 2015

Jangan Sesekali Lupa Pada Ibu Bapa Kita...

BACA NI RUGI TAK BACA


SEORANG PEMUDA DUDUK DI HADAPAN LAPTOPNYA. LOGIN FACEBOOK.

BENDA PERTAMA SEKALI DIA CHECK ADALAH INBOX.

HARI INI DIA TERLIHAT SESUATU YANG DIA TERLEPAS PANDANG SELAMA INI.

BAHAGIAN ‘OTHER’ DI INBOXNYA

ADA SATU, DUA MESEJ.

MESEJ PERTAMA, SPAM.

MESEJ KEDUA DIBUKANYA.

MESEJ 3 BULAN YANG LEPAS TARIKHNYA.

DITATAP ISINYA,

“SALAM.

INI KALI PERTAMA ABAH CUBA GUNA FACEBOOK.

ABAH CUBA TAMBAH KAMU
SEBAGAI KAWAN TAPI TAK DAPAT.

ABAH PUN TAK FAHAM SANGAT BENDA NI.

ABAH CUBA HANTAR MESEJ INI KEPADA KAMU.

MAAF, ABAH TAK BIASA SANGAT MENAIP. INI PUN KAWAN ABAH YANG AJARKAN.

INGAT TAK BILA PERTAMA KALI KAMU ADA HENFON?

MASA TU KAMU TINGKATAN 4. ABAH KESIAN SEMUA ANAK-ANAK SEKARANG ADA HENFON.

JADI, ABAH HADIAHKAN PADA KAMU SATU. DENGAN HARAPAN, KAMU AKAN CALL ABAH.

KALAU KAMU ADA NAK KONGSI MASALAH TENTANG ASRAMA ATAU SEKOLAH ATAU APA-APA SAJA.

TAPI, KAMU HANYA CALL ABAH SEMINGGU SEKALI. TANYA TENTANG DUIT MAKAN DAN BELANJA.

ABAH TERFIKIR JUGA, TOPUP RM10 TAPI CALL ABAH TAK SAMPAI 5 MINIT.
BOLEH HABIS KE PREPAID TU?

MASA KAMU KECIL DULU, ABAH INGAT LAGI BILA KAMU DAH BOLEH BERCAKAP.

KAMU ASYIK PANGGIL,

‘ABAH, ABAH, ABAH’.

ABAH SERONOK SEKALI ANAK LELAKI ABAH PANGGIL ABAH.

PANGGIL MAMA.

ABAH SERONOK DAPAT
BERCAKAP DENGAN KAMU WALAUPUN KAMU MUNGKIN TIDAK INGAT
DAN TAK FAHAM APA ABAH CAKAPKAN DI UMUR KAMU 4, 5 TAHUN.

TAPI, PERCAYALAH.
ABAH DAN MAMA CAKAP DENGAN KAMU BANYAK SANGAT.

KAMULAH PENGHIBUR KAMI DI SAAT KAMI BERDUKA.

WALAUPUN HANYA DENGAN KELETAH
GELAK TAWA SI KECIL.

BILA KAMU SEKOLAH RENDAH. ABAH INGAT LAGI KAMU SELALU BERCAKAP
DENGAN ABAH KETIKA MEMBONCENG MOTOR DENGAN ABAH.

SETIAP PERGI DAN
BALIK SEKOLAH. MACAM-MACAM KAMU CERITAKAN PADA ABAH.

TENTANG CIKGU, SEKOLAH, KAWAN-KAWAN.

ABAH JADI MAKIN BERSEMANGAT BEKERJA
KERAS CARI DUIT UNTUK BIAYA KAMU KE SEKOLAH. SEBAB KAMU SERONOK
SEKALI. GEMBIRA.

AYAH MANA TIDAK GEMBIRA ANAK SUKA KE SEKOLAH BELAJAR.

BILA KAMU SEKOLAH MENENGAH. KAMU ADA KAWAN-KAWAN BARU.

KAMU BALIK DARI SEKOLAH, KAMU MASUK BILIK. KAMU KELUAR BILA MASA MAKAN.
KAMU KELUAR DENGAN KAWAN-KAWAN.

KAMU MULAI JARANG BERCAKAP DENGAN ABAH.

KAMU PANDAI.

AKHIRNYA MASUK ASRAMA. DI ASRAMA, JARAK
ANTARA KITA MAKIN JAUH.

KAMU CARI KAMI BILA PERLU.

KAMU BIARKAN KAMI
BILA TAK PERLU.

ABAH TAHU, NALURI REMAJA. ABAH PUN PERNAH MUDA.

AKHIRNYA, ABAH
DAPAT TAHU KAMU ADA KEKASIH. KETIKA DI UNIVERSITI,

SIKAP KAMU SAMA
SAHAJA KETIKA DI SEKOLAH MENENGAH.

JARANG HUBUNGI KAMI.

BILA BALIK CUTI, KAMU DENGAN HENFON KAMU. KAMU DENGAN LAPTOP KAMU. KAMU
DENGAN INTERNET KAMU. KAMU DENGAN DUNIA KAMU.

ABAH TERTANYA-
TANYA JUGA SENDIRI.

ADAKAH KAWAN ISTIMEWA ITU LEBIH PENTING DARI ABAH DAN MAMA?

ADAKAH ABAH DAN MAMA CUMA DIPERLUKAN BILA KAMU NAK NIKAH SAHAJA SEBAGAI PEMBERI RESTU?

ADAKAH KAMI IBARAT TABUNG PADA KAMU SAHAJA?

HAKIKATNYA, KAMU JARANG BERBICARA DENGAN ABAH LAGI.

ADA PUN BOLEH
DIBILANG DENGAN JARI.

BERJUMPA TAPI TAK BERKATA-KATA


TANYA SEPATAH, JAWAB SEPATAH. DILETER, KAMU TARIK MUKA. DIMARAH, KAMU TAK BALIK CUTI.

MALAM NI, ABAH SEBENARNYA RINDU SANGAT PADA KAMU.

BUKAN MAHU BERLETER, MENGUNGKIT ATAU MEMBANGKIT.

CUMA ABAH DAH TERLALU TUA.

ABAH DAH DI HUJUNG 60 AN. KUDRAT ABAH TIDAK SEKUAT DULU LAGI.

ABAH TAK MINTA BANYAK…

KADANG-KADANG, ABAH CUMA MAHU KAMU BERADA DI SISI ABAH.

BERBICARA TENTANG HIDUP KAMU. LUAHKAN APA YANG TERPENDAM DALAM HATI KAMU MENANGIS PADA ABAH. MENGADU PADA ABAH. BERCERITA PADA ABAH
SEPERTI KAMU KECIL-KECIL DULU.

APAPUN. MAAFKAN ABAH ATAS SURAT ABAH INI.

JAGALAH SEMBAHYANG. JAGALAH HATI. JAGALAH IMAN.

MUNGKIN KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN ABAH.

NAMUN, JANGAN PULA KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN TUHAN.

USAH LETAKKAN CINTA DI HATI PADA SESEORANG MELEBIHI CINTA KEPADA TUHAN.

MUNGKIN KAMU TERABAIKAN ABAH.

NAMUN JANGAN KAMU MENGABAIKAN TUHAN.

MAAFKAN ABAH ATAS SEGALANYA.”

PEMUDA MENITISKAN AIR MATA.

DALAM HATI PERIT TIDAK TERKIRA.

MANA TIDAKNYA. TULISAN AYAHANDANYA ITU DIBACA SETELAH 3 BULAN BELIAU PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA.

DI SAAT TIDAK MUNGKIN LAGI MAMPU MEMELUK
TUBUH TUA AYAHNYA.

~~~HARGAI ORANG TUA KITA SELAMA DIA MASIH HIDUP...

KADANG KALA KITA
TERLALU SIBUK DENGAN KERJA...

SAMPAIKAN KITA LUPA AKAN DIA YANG
MEMBESARKAN KITA...

MEMBERI PENDIDIKAN UTK KITA BEKERJA..

MENGAJAR KITA BERJALAN UTK BEKERJA..

JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA


Saturday, August 1, 2015

Badan Kecik Makan Banyak Tapi Tak Gemuk..

Dilema Makan Banyak Tapi Tak Gemuk

Hi korang...mesti anda antara orang2 terdekat ngan korang yang jenis macam ni kan...cuba macam aku ni ha..asal makan lebih skit lemak tu bagai berlumba2 berkumpul...serius stress...

He..he..he...
Memang ada...paling dekat housemate ( lambai2 tangan kat Kimi)..badan kecik tapi makan banyak..kalau aku amik nasi sikit dia marah giler...tapi memang tak leh ikut la..maunya naik berat badan aku nanti...bukan senang nak turunkan berat badan...
Tapi la ni aku dah kurang selera nak makan...maybe sebab tak sihat kot...nak makan yang sup2 je...aku notice seluar makin longgar..bukan makin ketat..size seluar masih 26-27..erm...dah kenapa plak...sibuk buat persiapan adik aku kawen ke erk?

Friday, July 24, 2015

Saujana Mata Memandang, Indahnya Ciptaan Allah S.W.T

Indahnya Pemandangan Kampung Halaman Menggamit Ketenangan

Pulang ke kampung halaman sebaik sahaja selesai sembahyang raya hari tu memang sesuatu yang paling di tunggu dengan penuh keterujaan..kiri kanan boleh nampak suasana raya di perkampungan..sepanjang jalan ke Kuala Pilah di hidangkan dengan pemandangan yang segar dan saujana mata memandang..sejuk tenang jer..sesuai untuk semua yang cintakan keindahan apatah lagi melihat sawah bendang menghijau...macam karpet terbentang mengindahkan alam..cukup lengkap ciptaan allah...seolah menggamit kepulangan anak2 dari perantauan...


indah kan...tak perlu nak pi bercuti jauh2 bila kat kampung sendiri pun cantik pemandangan mcm ni


tanah2 orng kampung yang di pajak kepada orang luar..dari terbiar tak di kerjakan menjadi hutan belukar..win win situation..

Petang Isnin Ke Nilai 3

Sebelum balik ke Kepong sebab esoknya nak kerja..pergi Nilai 3 kejap mencari persiapan perkahwinan adik..barang2 nak buat gubahan hantaran..bawak dak tecik Qhaira sekali...amboi dik buas nau eh...x nak plak mama dukung tu..last2 kakak kena dukung


cubaan amik gambar ngan replika Olaf ni...pesal dia takut plak..


nanak..nanak..katanya..padahal itu la katun kegemaran dia...

precious time with family...tp sekejapan cuma...mama kembali ke medan perjuangan..berjuang mencari rezeki..itulah pengorbanan hakiki diri ini...

Semoga berjumpa lagi weekend ini kamu..kamu...dan kamu semua yang disayangi...tak beraya sakan pun takpe asalkan tanggungjawab sebagai pekerja, mama dan kakak terlaksana nanti...

Raya Kan Sebulan?

Saturday, July 11, 2015

Kampung Mana Plak Nak Kena Bom Ni....

Hi korang..

ni la hasil kerja adik sepupu aku kat kampung...tiap kali raya memang dia duk buat meriam buluh..kasik gegar satu kampung...budak2 kecik sure takut punya la...tp sayangnya aku raya kat Seremban...maybe lepas sembahyang raya baru balik kampung kot...tgok pada kesihatan mak aku macam mana...tak dapat nak berkumpul ramai2 masa raya...mak tak sihat kan...takut mak x selesa...


confirm bergegar rumah ni kalau meletup...

siap di catnya meriam buluh ni....

Sebenarnya dia nak pancing kitorang balik kampung la ni kan.....
Takpe la kitorang balik lepas semayang raya..mak kitorang x sihat la..x leh lasak2 sangat..so kena jaga dia betul2 la..kang dia dah dapat balik kampun tak reti duduk diam kan...tak per la korang berperang la dulu...tak nak plak gugur jantung aku kang...

Tapi bestnya tahun ni orang Kedah balik kampung..penuh la rumah mak lang nanti...orang Langkawi je x tau balik ke tak...kami orang Seremban x jauh mana pun...dokek yo...

Sapa balik kampung jauh2 angkat tangan......

Sunday, July 5, 2015

Props Hari Raya KLCC Menarik..

Suasana Hari Raya Kian Terasa

Dah menjadi kelaziman shopping complex di KL malah di seluruh Malaysia mencipta kelainan dalam props hiasan setiap perayaan termasuklah Aidilfitri yang akan tiba nanti..teringat aku masa jadi PR di Seremban dulu...sebulan atau 2 bulan sebelum puasa memang dah kena comeout dengan idea dan theme untuk setiap perayaan....bertungkus lumus la kami mencari idea dan di terjemahkan oleh artis VMD kami...so kebetulan semalam aku pi Maxis KLCC nak tengok apa masalah broadband aku kan....lalu kat area concourse tu nampak props ni...sangat cantik ..menggamit memori anak kampung pulang ke Desa berhari Raya kan....


props diorang ni memang menarik perhatian pengunjung tempatan dan luar negara...


menarik kan...suasana berhari raya di Kampung/ Desa...kreatif artist2 VMD diorang..

itu belum tgok Berjaya Times Square, Mid Valley, The Curve, One Utama, Pavilion...haaa Isnin nanti aku ada berbuka ngan Fish& Co..leh la tgok props kat Pavilion plak....aku suka je tgok hisan ni semua pas tu pilih mana satu yang cantik...kalau kat Seremban yang win mesti la Terminal One satu ketika dulu...la ni dah xde dah....mana yang ada je sebab group kami semua dah xde kerja kat situ..masuk pun dah xde dah kat Terminal One tu...malas nak masuk imbas kenangan zaman kegemilangan kami dulu...tp kalau pergi pun orang masih kenal je aku ni..aku je tak kenal orang...ahaks....

Konsep Perayaan Menjadi Tarikan Pelancong

Setuju tak kalau aku kata pihak pengurusan shopping mall menegetengahkan konsep macam ni bagus sebenarnya...at least dapat menarik pelancong asing memepelajari budaya kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan perayaan kan....yang penting semua warisan kita ni x lapuk dek panas..x lekang dek arus kemodenan...sesuatu yang perlu kita banggakan untuk ditinggalkan pada anak2 kita nanti...harap mereka tetap pertahankan....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah