Showing posts with label Realiti TV. Show all posts
Showing posts with label Realiti TV. Show all posts

Monday, December 5, 2016

Azharina Azahar Juara Gegar Vaganza 3


Hi korang...
Aku tak tengok GV3 Final malam semalam..kesian aku kan..ye la umah sewa takde astro..apatah lagi chanel lain yg hidup segan mati x mau...so kena la google pagi ni tgok sapa yang menang...

Juara : Azharina Azahar
Naib Juara : Siti Sarah
Ketiga : Zarul Umbrella

Tahniah buat yang menang...yg tidak bernasib baik takpe la...mungkin beh cuba lagi di GV akan datang..eh...bleh ke masuk balik...memandai je aku ni...hahaha...

Monday, October 17, 2016

Gegar Vaganza 3 | Memang Menggegarkan Dunia Seni Negara

12 Penyanyi Hebat Mempertaruhkan Nasib Dalam GV3

Telah pun berlangsung Gegar Vaganza 3 malam tadi dengan barisan artis yang mempunyai kekuatan vokal dan mempunyai peminat tersendiri. Semua 12 peserta untuk tahun ini sangat- sangat berpotensi dan sukar untuk memilih siapakah yang bakal menjadi juara musim ke 3. Walau masih awal pertandingan tetapi saingan sangat kuat.Mereka antara penyanyi hebat yang pernah mendapat tempat di hati peminat. Lagu- lagu popular mereka masih meniti di bibir semua di saat ini dan sentiasa menjadi pilihan halwa telinga. Gegar Vaganza mengimbau kembali kenangan dengan lagu- lagu yang cukup berhantu...

gambar dar google

Peserta Gegar Vaganza 2016

12 penyanyi tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza 3 untuk menyerlahkan kehandalan masing-masing. Siapakah yang layak bergelar JUARA Gegar Vaganza musim ini?

1. Ameng Spring
2. Intan Sarafina
3. G-Mie Screen
4. Azharina Azhar
5. Razis Ismail
6. Elly Mazlein
7. Rem
8. Sarah Raisuddin
9. Shidi Data
10. Zur Eda
11. Zarul Umbrella
12. Nora Ariffin

Siapakah pilihan korang?

Aku pilih #sitisarah #ellymazlein dan #zarul....hish tamak betul...ikutkan hati nak pilih semua..tapi tak boleh la macam tu kan...aku pertaruhkan 3 penyanyi tersebut untuk terus bertakhta di dalam Gegar Vaganza 3 2016 ini...kita nantikan prestasi mereka...

Monday, May 23, 2016

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia

Hi korang,

Dah tamat dah realiti tv Clever Girl Malaysia ni malam tadi kan...tahniah buat peserta Clever Girl dari Kelantan yang dipilih sebagai Juara. Fatin Nuraisya juara Clever Girl Malaysia yang pertama.



Shah Alam: Peserta berasal dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi selepas menewaskan tiga peserta lain untuk memenangi program realiti 'game show' Clever Girl Malaysia (CGM) malam ini.

Fatin berjaya memikat hati juri untuk mengatasi Lam Wai Chuin (Jane dari Perak), Mary Jospehine Muhammad Houston (Mary,Pahang) dan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor).

Ariana pula terpilih sebagai naib juara membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Final CGM yang siarkan secara langsung melalui TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Jane meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.
Dua finalis yang mencatat markah rendah bertarung di pusingan kedua dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.

CGM yang dihoskan Alif Satar dan disiarkan secara langsung melalui TV3, adalah program menampilkan 14 peserta dari 14 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap.

Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).

jom skodeng biodata Fatin Nuraisya

Biodata Fatin

Nama penuh: Fatin Nuraisya Bt. Mohd Hanipha
Umur: 28 Tahun
Asal: Kelantan
Pekerjaan: Peguam
kredit: Harian Metro
kredit: Instagram Fatin Nuraisya

Thursday, April 21, 2016

Wak Mustar Juara Kilauan Emas Otai

KERANA OTAI MASIH BERBISA

Hi korang...

Aku memang sering ketinggallan dengan rancangan Kilauan Emas Otai ni..selalu dapat tengok yang ulang tayang je...tak sangka plak dah akhir semalam...Tahniah buat wak Mustar yang telah memenangi wang tunai RM150 000, banyak tu...bukan senang punya kerja kan...persembahan kena konsisten..ye tak?apapun rezeki Wak Mustar la nampaknya...



KUALA LUMPUR: Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, yang lebih popular dengan panggilan Mustar dinobatkan juara Kilauan Emas Otai (KEO) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Mustar dari Kuala Langat, Selangor, membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000 mengenepikan tiga peserta lain iaitu Ahmad Fuad Zaharullail, 48, (naib juara); Idris Mohd Shabidin, 54, (ketiga) dan Mohammad Nasiruddin, 45, (keempat). Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi. Sementara Silahudin Ali, 55, atau Silah turut diumumkan menerima Anugerah Khas Juri yang menerima wang tunai RM10,000. Semua peserta diadili juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS dan Erra Fazira selain juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Fauziah Ahmad Daud. Juri profesional mewakili 50 peratus pemarkahan dan 50 peratus daripada undian SMS. Pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) mula disiarkan stesen TV itu sejak 9 Mac lalu selama tujuh minggu.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Tuesday, March 8, 2016

Tahniah Juara Mentor Milenia 2016 TV3

JUARA MENTOR MILENIA 2016 

Sebuah rancangan realiti Mentor yang di beri jenama baru dengan format baru untuk tahun telah melabuhkan tirainya semalam . Senarai pemenang Mentor Milenia 2016 pun sudah di umumkan . Persembahan juga sudah di pertontonkan semoga selepas tamat program ini, mereka mampu menyambung legasi yang mereka ciptakan ini.

Walaupun sasaran aku tak kena..Wani yang aku rasa sangat konsisten di kalahkan oleh Fareez..takpe la..zaman sekarang semua keputusan rancangan realiti tv hanya di hujung jari kan...makanya kena la terima kekalahan peserta yang menjadi target...

Apapun tahniah buat ketiga- tiga finalist Mentor Milenia kali ini..



Keputusan Rasmi Juara Mentor Milenia 2016 TV3

Juara: Fareez (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
Naib Juara: Qodi (Wang Tunai RM50,000 + Trofi)
Tempat Ketiga: Wanie (Wang Tunai RM20,000 + Trofi)

Semoga kehadiran mereka bertiga bakal menyerikan lagi industri seni tanah air kita...

Tuesday, October 20, 2015

Lima sebab menarik kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015

Lima sebab menarik kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015
Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton. - Gambar Astro GEMPAK

Minggu pertama Mimbar Pencetus Ummah telah pun berlangsung pada malam Khamis lalu dengan menyaksikan 12 orang peserta tampil mempersembahkan dakwah mereka kepada penonton.
Bagi anda yang telah menonton, pastinya anda akan sedar tentang kelainan dan keunikan yang ditampilkan oleh pihak produksi Pencetus Ummah untuk musim ketiga ini.
Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton.
Di bawah ini, Astro Gempak telah menyenaraikan lima sebab menarik kenapa anda perlu menontonPencetus Ummah 2015 yang akan berlangsung untuk minggu seterusnya.
1) Hadirnya Kak Ogy atau Fauziah Dato` Ahmad Daud Sebagai Guru Persembahan
Bagi anda yang pernah menonton program realiti Akademi Fantasia, pastinya anda akan ingat betapa garang dan lantangnya Fauziah Dato` Ahmad Daud atau Kak Ogy sebagai pengkritik.
Saban minggu ada sahaja yang tak kena pada persembahan pelajar yang sering dijadikan `point` oleh Kak Ogy untuk `menghentam` pelajar-pelajar tersebut.
Justeru untuk Pencetus Ummah 2015 ini, Kak Ogy telah ditampilkan sebagai Guru Persembahan di mana tugasnya adalah untuk mendidik 12 orang pendakwah muda ini untuk beraksi dengan mantap di atas pentas.
Bagaimanakah gaya penyampaian dan elemen apakah yang akan disuntik oleh Kak Ogy untuk anak-anak didiknya kali ini? Berjayakah Kak Ogy menampilkan seorang pendakwah yang mampu memberi impak di atas pentas?
Itulah yang kita perlu tonton dalam Pencetus Ummah 2015.
2) Penampilan Pelawak Shamsul Ghau Ghau Sebagai Hos.
Lama kita tidak lihat aksi pelawak kita ini di atas pentas. Pernah menganggotai kumpulan lawak yang amat popular satu ketika dahulu, abang Shamsul kita ini bagaimana pun kini sudah berhijrah dan bergelar Haji.
Untuk Pencetus Ummah 2015, pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin ini telah digandingkan dengan Ustaz Zulkefli Hamat sebagai hos.
Memang agak kontra penampilan mereka, Ustaz Zulkefli seperti mana yang kita ketahui agak lebih ortodoks dan rileks.
Manakala abang Shamsul pula lebih kecoh atau kepoh dan menyuntik elemen-elemen lucu dalam gaya pengacaraaannya.
Minggu pertama Pencetus Ummah 2015 Khamis lalu telah menyaksikan mereka digandingkan buat julung kalinya.
Mungkin keserasian mereka akan bertambah apabila masuk ke minggu-minggu seterusnya.
3) Datuk Ustaz Kazim Elias Sebagai Mudir/Pengetua
Pendakwah tersohor negara, Datuk Ustaz Kazim Elias telah diperkenalkan sebagai Mudir ataupun Pengetua untuk Pencetus Ummah 2015.
Bagi anda pengikut setia program Kalau Dah Jodoh…, pastinya tahu betapa bersahajanya Ustaz Kazim Elias tampil memberikan ceramah.
Untuk itu, tanggungjawab berat untuk memantau kelas-kelas yang dijalankan serta perkembangan setiap peserta dari minggu ke minggu telah diberikan kepada Ustaz Kazim.
Sejauh manakah peserta-peserta ini akan menggunakan manfaat sebagai anak didik Ustaz Kazim dalam membantu mereka menjadi pendakwah yang hebat?
Jawapannya dapat kita ketahui dalam Mimbar Pencetus Ummah dari minggu ke minggu.
4) IM Ashraf, PU Hafiz dan PU Azman Dilantik Sebagai Mualim
Satu kejutan telah dilakukan di penghujung program Mimbar Pencetus Ummah 2015 yang pertama, Khamis lalu.
Juara Imam Muda musim pertama iaitu IM Ashraf, juara Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Hafiz dan juara Pencetus Ummah musim kedua iaitu PU Azman telah diperkenalkan sebagai Mualim.
Untuk format baru, setiap seorang dari mereka bertiga akan dipertanggungjawabkan mendidik 4 orang peserta Pencetus Ummah 2015 ini.
Boleh dikatakan mereka bertiga akan `bersaing` sesama sendiri untuk melahirkan pendakwah terbaik dari kalangan 12 orang peserta Pencetus Ummah 2015.
Sejauh manakah kehebatan `persaingan` tiga tokoh Mujahid ini?
Inilah yang kita ingin tonton dalam Pencetus Ummah 2015.
5) Variasi dan pelbagai `warna` dikalangan 12 Orang Peserta Pencetus Ummah 2015
Sebab terakhir kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015? Tentulah kerana peserta-pesertanya. Rasanya selepas Mimbar Pencetus Ummah yang pertama ditayangkan, anda penonton sudah pun mempunyai peserta favourite sendiri.
Kesemua 12 orang peserta ini datang dari pelbagai latar belakang unik.
PU Taha contohnya boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Inggeris, Hindi, Punjabi, Arab dan Rusia.
Bintang Youtube, Allen Castello pula yang dulu popular dengan lagu She’s Gone nyanyiannya, kini bakal berdepan cabaran baru apabila dikenali dengan PU Alen.
Oh ye kita juga ada Juara program Generasi Muaz iaitu rancangan seakan Pencetus Ummah yang bersiaran di Singapura iaitu PU Adek. Mampukah pengalamannya sebagai juara di Singapura memberi kelebihan untuk bersaing dalam Pencetus Ummah? Sama-sama kita nantikan.
Begitulah antara 5 sebab menarik untuk anda tonton Pencetus Ummah 2015.
Pencetus Ummah 2015 telah dibawakan oleh Prudential BSN Takaful selaku penaja utama rancangan.
Juara Pencetus Ummah 2015 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan meraih RM10,000 dan sebuah trofi setiap seorang


SUMBER

Monday, October 19, 2015

Gegar Vaganza 2 2015 Menampilkan Artis Hebat

Konsert Pertama Pertaruhkan Artis Berkualiti

Malam semalam telah berlangsung konsert pertama Gegar Vaganza, aku sempat tengok sekejap semalam...sampai Haiza nyanyi jer..pas tu tukar tengok Da'ie final...bagi aku kan..compare ngan tahun lepas punya Gegar Vaganza..tahun ni lagi mantap lagi ada kualiti..even Dato' Ramli MS pun cakap yang sama...

Dalam 12 orang finalist tu..aku sokong HAIZA dan Nizam Laksamana...hehehe...suka-suka je...bukan aku suka dangdut eh..aku suka Haiza nyer persembahan yang sangat Natural dan bersahaja...nampak professional sangat....

gegar-vaganza-2015

Senarai Rasmi 6 Peserta Lelaki Gegar Vaganza 2 Tahun 2015


lelaki

1. Nassier Wahab – Berumur 53 tahun dan terkenal pada era 1980 an

nasir

2. Ezad Lazim – Berumur 36 tahun dan merupakan Vokalis Kumpulan Exists pada era 90-an dan terkenal dengan lagu Jesnita dan Julia.

ezad

3. Amir Ukays – Umur 46 tahun dan merupakan Vokalis kumpulan Ukays pada tahun 1994. Terkenal dengan lagu berjudul Di Sini Menanti Di Sana Menunggu, Seksa, Kau Satu-Satunya, Bila Diri Disayangi dan Kembali Mencari.

amir ukays

4. Nizam Laksamana – Berumur 49 tahun dan terkenal sebagai vokalis kumpulan Laksamana pada era 80-an.

nizam

5. Zul Handy Black – Berumur 40 tahun dan terkenal dengan lagu rock kapak pada era 90an iaitu Kumpulan Handy Black.

zul

6. Acong Sweet Child – Berumur 41 tahun dan vokalis Kumpulan Sweet Child pada era 90an.
acong

Senarai Rasmi 6 Peserta Wanita Gegar Vaganza 2 Tahun 2015


perempuan

1. Sheeda – Berumur 50 tahun dan merupakan seorang penyanyi dangdut
sheeda

2. Haiza – Merupakan penyanyi otai dangdut

haiza

3. Siti Nordiana – Berumur 31 tahun dan popular lagu duet dengan arwah Achik Spin. Nordiana turut mesra dengan nama panggilan Nana. Lagu paling popular Achik dan Nana adalah Paling Comel.

nordiana

4. Ezlynn – Berumur 31 tahun dan terkenal dengan lagu “Hye Hye, Bye Bye”

ezlynn

5. Azian Mazwan – Berumur 38 tahun dan popular pada era 80an

azian

6. FarahDhiya – Berumur 30-an dan terkenal dengan lagu Bertatkta Di Hati yang selalu berkemundang di radio pada tahun 2013.

fara


Juri masih dikekal kan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Hashim


Sumber: Senarai Rasmi Biodata Peserta Gegar Vaganza 2015 Musim 2 | melvister.com 

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah