Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan. Show all posts

Thursday, March 6, 2025

Resepi Ikan Masak Pindang Kedah

Assalamualaikum...

Tengah relaks-relaks sambi scroll mencari menu nak masak berbuka untuk puasa hari ni..SA ternampak resepi ni...ikan kembung pun banyak dalam fridge...rasa nak buat tapi bahan plak xde...kita copy dulu la resepi ni..weekend boleh buat kot...

Menurut yang empunya resepi, ini resepi orang Kedah...betul ke? Ramai orang Kedah kat sini kan...




Jom tengok resepi...masak pindang ni senang aje buat kan...
 

RESEPI PINDANG IKAN KEDAH


BAHAN KISAR halus

1 biji bawang besar

6 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih


Sediakan 

Cili mesin 2 sudu besar

Serai 2 batang diketuk

Lengkuas dihiris nipis 2 keping

Daun kesom 2 tangkai@ bunga kantan

Atau boleh dicampur kedua duanya

Asam keping 4


Garam 1/2 sudu kecil

Gula 2 sudu kecil

Ajinomoto  sikit

1 cubit garam

Air 5 gelas

Belacan sikit


Ikan kembung 5 ekor disiang dan kelar satu hiris sahaja( saya kelar dibahagian tepi supaya ikan nampak cantik)


Cara:

Masukkan semua bahan dalam periuk KECUALI IKAN .

Masukkan air

Didihkan lama.biarkan  20 minit supaya semua pati bahan bahan keluar dan sebati.guna api sederhana sahaja.


Masukkan ikan

Jika nak masukkan kacang bendi@ nenas@ tomato masukkan sekali.

Jika sayur dah sedikit layu…maka dah masak…boleh angkat dan dihidangkan.


credit resepi dan gambar : Owner resepi



Tuesday, December 10, 2024

Masak Apa Sedap?

Assalamualaikum...

Jom tolong SA yang sedang kebuntuan ni...siapa suka makan ikan patin?
Selalunya korang masak apa ikan patin ni?



Ahad hari tu beli ikan patin kan...buntu ni x tau nak masak apa...hahaha...selain masak tempoyak, boleh buat masak apa erk?Macam bosan plak masak tempoyak...

Meh bantu SA skit...petang kang balik kerja nak masak...kalau boleh menu yang simple- simple la..yang renyah- renyah SA x cukup masa kang...

Apa kata survey?


Wednesday, August 28, 2024

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA terajin skit buat entry awal pagi..lepas tu buat plak entry yang ni...hahaha...bukan la takde kerja..tak banyak kerja sebenarnya...Isnin SA buat asam pedas tu sebenarnya SA cuti emergency..Dania plak cuti peristiwa dan suami mencutikan diri dia sendiri...orang dah tender and nak pindah kerja kat KL kan...habiskan la cuti apa yang ada...settlekan semua urusan yang tertangguh...

Eh jom la tengok menu dan resepi asam pedas untuk lunch Isnin hari tu...




Ikan Pari memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas. Cuma pastikan basuh ikan pari bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya. Alhamdulillah SA dapat ikan pari yang segar dan tidak berbau hancing..kecewa kalau beli ikan pari tapi sampai di rumah ikan pari berbau hancing..ada jenis- jenis ikan pari berbau ye kalau korang nak tau..

Asam Pedas Ikan Pari  sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera.SA goreng ikan gelama masam aje masa ni...ikutkan nak buat telur dadar tapi dah banyak sangat pulak lauk..so ikan masin gelama masam goreng aje dah la...


Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan asam pedas:
  • 1 ekor ikan pari, potong kecil 
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu kecil halba
  • 1 batang serai
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Kacang bendi
  • tomato
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
Cara Masak :
  • Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  • Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
  • Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
  • Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan bendi, tomato, bunga kantan dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
SK komen semalam kalau nak lagi sedap letak lada hitam..okey nanti next SA cuba ye...

Lepas tu SA tambah sayur kangkung goreng, Dania goreng keropok ikan dan SA up ikan gelama masam goreng...




 
Alhamdulillah suami suka, PZ pun suka..Dania pun siap bawak bekal pi Kolej...SA memang masak banyak..and frozen kan untuk bekal...Now dah tau dah macam mana nak masak asam pedas yang sedap...kuah kena pekat x boleh ceroi ye...

Lepas ni boleh la buat lagi...tunggu semua balik berkumpul dulu...teringin nak buat asam pedas daging tetel..tapi macam x yakin plak...


Thursday, June 27, 2024

Resepi Kari Ikan Kembung Campur Bendi

Assalamualaikum...

SA tak  tahan laa tengok ikan kembung gemuk lemak manis ni...terus teringat nak buat kari...menu last week  ni...lagi perangat lagi sedap kan..cicah cekodok, cicah roti pun best..bukan selalu ada ikan kembong gemuk- gemuk ni kat pasar..beli sekilo RM22 ye..

Lately ni SA suka masak ikan berbanding daging, hari tu dapat daaging korban pun x masak lagi..nth bila nak masak tu..kena habiskan daging korban tu x leh tinggal...tapi x tau la nak buat masak apa nanti...

Ni resepi SA copy dari FB ye...last week masak tak sempat amik gambar...lepas tu terbayang- bayang ikan kembung gemok sedap betul, berlemak2 juicy daging dia..habis ye sekali masak je..leka duk meratah, dengan kepala- kepala ikan settled makan 3 beranak...nasib ada save resepi dan gambar kat notes..SA follow sebiji- sebiji resepi ni..memang sedap dan menjadi..kuah yang balance simpan dan panaskan cicah roti, cekodok ngan lempeng..sodappppp....



Kredit Resepi dan gambar dari pemilik FB page My Resepi

Petua nak kari sedap..

~Tumis bawang jangan sampai terhangit kang rasa kuah pahit

~Pastikan rempah pecah minyak..biar api perlahan.. 


Bahan- Bahan

  1. 3 biji bawang kecil
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 sudu kecil halba campor
  4. 3 bungkus kecil rempah babas
  5. Daun kari 3 pelepah
  6. Air asam jawa
  7. Tomato
  8. Kacang bendi
  9. Santan
  10. Garam
  11. Gula
  12. Perasa


Cara2

Tumis bawang2 tadi dengan halba campur sampai kekuningan...masukkan daun kari...kemudian masukkan rempah yg dibancuh dengan air...kemudian masukkan air asam jawa...kacau2..biar smpai pecah minyak..jaga api jangan terlalu kuat...bila dah pecah minyak baru masukkan santan...jangan terlalu cair..biar pekat sedikit dan mendidih baru masukkan ikan..tomato dan bendi...dan jangan lupa garam..gula dan sedikit perasa...


Wednesday, May 8, 2024

Resepi Sambal Ikan Bawal Hitam

Assalamualaikum...

Selalu Ikan bawal ni popular di goreng garing dan di makan cicah cili kicap ataupun masak kicap kan? Kali ni SA jumpa versi sambal plak...which is jarang sekali SA buat...ni boleh la buat kalau dah xde idea nak masak apa kan...boleh jugak buat idea nak bawak bekal pi kerja . Cuma SA blom rajin sejak x sihat ni nak bawak bekal pi kerja...selera makan dah ke laut dalam...cuma banyak makan roti dan buah- buah je dulu nak bagi tekak ni rasa ok semula...

Panjang plak ngomel..meh la kita tengok resepi




RESEPI IKAN BAWAL SAMBAL

Menu untuk Ramadhan pertama😊

6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

½ biji tomato(dibelah 4)

2 helai Daun limau purut

1 sudu besar gula melaka

1 sudu besar gula putih

1 sudu kecil rata garam

1 sudu kecil serbuk perasa

2 sudu besar perahan asam jawa


BAHAN KISAR(cili kisar)

10 batang cili kering

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 sudu kecil belacan kiub


CARA MEMASAK

1)basuh ikan sehingga bersih,lumurkan garam dan kunyit .panaskan api dan goreng ikan sehingga masak

2)panaskan minyak,Tumis bahan Yang telah dikisar sehingga pecah minyak(api sederhana)

3)masukkan perahan asam jawa Dan daun limau purut.masak sehingga sambal agak kering Dan kemerahan

4)masukkan garam,gula, Dan serbuk perasa..gaulkan rata Dan masak sehingga warna merah gelap...

5) kemudian,masukkan bawang merah dan tomato..Dan akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng serta gaul rata

6)siap dihidang


Kredit resepi : FB Resepi Sedap


Tuesday, April 23, 2024

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Favourite En Suami

Assalamualaikum...

Asam pedas merupakan makanan fav kebanyakkan orang ramai...masakan asam pedas ni sangat terkenal dia Johor dan Melaka..Asam Pedas juga merupakan makanan kegemaran suami SA. Tak kisah la ikan apa...tapi selalunya SA suka buat guna ikan pari atau ikan kembung yang gemuk- gemuk tu. Pernah juga buat guna ikan keli dan ikan siakap..pun sedapa gak...cuma kalau guna ikan pari selalu kena scam ngan ikan pari tu...sebabnya dapat rasa yang dh x fresh dan ada bau hancing...pernah buang seperiuk sebab x boleh makan ikannya. Ada bau hancing yang melampau...

SA masih x boleh bezakan Asam Pedas Johor dan Melaka...bahan semua sama aje..x tau apa yang membezakan asam pedas dari 2 negeri ni...ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Tapi SA dah pandai la masak asam pedas...kalau suami mintak dah boleh la masak...

Jom tengok resepi yang SA guna dan SA rujuk dari FB....kredit gambar dan resepi kepada pemilik resepi ye...



RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

  1. Ikan boleh guna apa sahaja ikut citarasa
  2. Bunga kantan
  3. Bendi
  4. Daun kesum
  5. Tomato - belah
  6. 7-8 sudu makan pes cili - lebihkan jika suka pedas
  7. Air asam jawa @ pes asam jawa
  8. Garam, gula dan perasa secukupnya


Bahan kisar :

  1. 1-2 biji bawang besar - nak kuah pekat boleh guna lebih
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 1 inci belacan
  4. 1 hiris halia
  5. 1 hiris lengkuas
  6. Serai - dititik


1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar dan serai yg telah dititik. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

3. Tambahkan air asam jawa dgn secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yg diingini.

4. Bila kuah mula mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.

5. Masukkan hirisan tomato serta perasakan dgn garam, gula, secukup rasa.


Kredit Resipi & foto : Haslinda Hashim


Sunday, February 11, 2024

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong Style SA

Assalamualaikum..

Hi korang..

Akhirnya SA buat keputusan masak asam pedas je ikan mayong tadi..

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong yang mudah dan sangat menyelerakan. Ikan Mayong memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas. Cuma pastikan basuh ikan mayong bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya.

Hidangan ini sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera..

Siap dah lauk Asam Pedas SA..cuma isi ikan mayng ni sedikit pejal..maybe jenis yang keras tu..tapi x pe la..sedap aje...


Resepi Asam Pedas Ikan Mayong

Bahan-bahan 

  1. Beberapa keping bahagian ikan mayong, potong kecil
  2. Minyak untuk menumis
  3. 2 sudu kecil halba ( SA x letak)
  4. 1 batang serai
  5. 3-4 helai daun limau purut
  6. 1 mangkuk cili kisar ( SA kurangkan)
  7. sedikit air asam jawa
  8. Air secukupnya
  9. Kacang bendi
  10. tomato
  11. daun kesum
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. Bahan-bahan kisar halus:
  14. 2 ketul kunyit hidup
  15. 2 inci halia
  16. 5 ulas bawang putih
  17. 6 biji bawang merah
  18. sedikit belacan

CARA-CARA:

  1. Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. 
  4. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
  5. Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
  6. Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
  7. Masukkan bendi, tomato dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kredit resepi Asam Pedas Che Nom..


Monday, February 5, 2024

Resipi Ikan Goreng Berlada Ini Memang Rangup Kruk Krak!

Assalamalaikum...

Hi korang...

SA balik kerja letak bag terus masak...SA masak ikan kembung goreng berlada..2 ketul SA simpan untuk bekal esok..untuk sarapan esok SA dh siapkan bahan nak buat mee goreng..pagi esok pukul 4.30am SA bangun la goreng...penat betul hari ni...

SA sediakan resepi jugak..kalau buat ikan goreng berlada ni SA suka goreng ikan garing-garing..baru sedap makan..

Jom tengok resepi...



RESEPI IKAN GORENG BERLADA

Bahan-bahan:

  1. Ikan Kembung
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam
  4. 5 biji cili besar
  5. 10 biji cili padi
  6. 3 sudu besar bawang kisar
  7. 2 sudu besar gula
  8. 4 sudu kecil garam
  9. Sedikit air belacan (jika suka)
  10. Hirisan bawang besar


Cara memasak:

1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng ikan sehingga garing.

2. Kisar 5 biji cili besar dan 10 biji cili padi. Kisar kasar jika malas tumbuk guna lesung. Ketepikan seketika.

3. Kemudian, tumis 3 sudu besar bawang kisar sampai bau wangi.

4. Masukkan cili kisar kasar tadi, kacau rata. Apabila dah pecah minyak, masukkan 2 sudu besar gula dam 4 sudu kecil garam.

5. Kalau nak lagi sedap, masukkan air belacan sikit. Baunya memang sedap. Kalau jenis tak tahan belacan, tak perlu letak.

6. Jika dah nampak warna berlada itu cantik berseri-seri, masukkan ikan dan bawang besar hiris. Kacau sehingga sambal rata pada ikan. 


Selamat mencuba!


Saturday, March 25, 2023

Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

Assalamualaikum...

Baru puasa ke 3 SA dah takde idea nak masak apa untuk berbuka...jalan- jalan kat FB tadi ternampak rezepi ni plak..selalu buat ikan bakar kosong aje kan...why not cuba buat ikan bakar cara ni plak...aduhai..tengok gambar ikan bakar ni time- time ni...menduga iman betul la...tapi takpe...masih berpuasa kan...SA inga nak buat guna ikan bawal emas la...teringin plak ikan bawal emas...

Jom kita tengok resepi...rasanya tak susah pun sebab bahan- bahan senang cari...





Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan:

* Ikan bawal

* Daun pisang

* 1 inci lengkuas

* 1 inci halia

* 2 batang serai

* 3-4 ulas bawang putih

* Serbuk kunyit

* 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah

* 2 senduk cili kering kisar

* Lada hitam – optional

* Belacan – optional


Cara-cara:

1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.

3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.

4. Letakkan ikan di atas daun pisang.

5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.

6. Panaskan kuali leper atau non-stick.

7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.

8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.


Kredit: Mohd Faisel Ab Halim


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah