Showing posts with label Suriaamanda. Show all posts
Showing posts with label Suriaamanda. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Model Baru KFC KLIA2

Si Kembar Jemput Acu Di KLIA 2

Rabu lepas si kembar kesayangan aku ni ikut Ibu dan Ayah pi jemput Acu kat KLIA 2, Acu cuti beberapa hari memandangkan Penang cuti katanya...kebetulan plak kazen kami punya wedding jugak Ahad nanti..lepas wedding tu kena gerak balik hantar Acu ke KLIA 2.

Seronok betul diorang dapat berjalan....bukan selalu keluar sebab Ibu Ayah sibuk kerja kan....sure bosan duk umah nenek diorang....



Kakak Adeliya nak duduk depan je kan...sian Adik kat belakang...



Baru Nampak Aressa...ermmm...sebenarnya mama x perasan mana satu kakak mana satu adik ni..


Diorang ni memang suka makan KFC, kalau Nampak je KFC mesti pakat2 berbisik antara diorang ngan kakak Dania...selalu mama la yang kena...sesekali boleh eh...selalu x dapek de...muak kot makan ayam...hehehe....



Mama > Aku

Ibu > mak diorang


Thursday, May 7, 2015

Tudung Bawal Aidijuma Rebutan Ramai

Berita Baik Untuk Peminat Tudung Hot!!!

Senyap2 je aku jual tudung...banyak kawan opis yg  rembat ni...so ada 3 helai lagi yang hotdan blom berpunya...agak2 ada x antara readers Suriaamanda nak beli ni?
Aku nak habis kan 3 helai ni je lagi...sapa cepat dia dapat ye...Tudung Aidijuma ni tengah HOT kan.....

Sapa nak vogue the vass pakai tudung hot yg sentiasa habih stok bleh la bli kat aku....tak yah nak beratur time Aidijuma buat sale....





RM 18 postage RM6 Semenanjung




RM18 postage RM6 Semenanjung




RM18 Postage RM 6 Semenanjung




Tinggal 3 ni je...


So korang kalau berminat boleh la email aku


atau lagi cepat boleh wassap terus

0123319641




Kasut Kerja Baru Sembonia

Aku memang giler kasut...so far aku suka jenis wedges yang xde la tinggi sangat...disebabkan sandal aku yang ari tuh jahanam...maka terpaksa beli kasut kerja baru..itupun beli masa Isetan member sales...

So far ok la kasut ni...dah seminggu lebih aku pakai dan sangat comfort... sesuai utk pi kerja dan jugak pi mana2 event yg korporat...dah jarang dah aku guna kasut tinggi 5 inci ke 6 inci   aku bkn muda lagi ..dah rasa sakit tulang belakang kalau paksa guna jugak...


Gambaran dari tepi


Gambaran dari atas


Kaki kiri

Kaki kanan


So far kasut ni xde plak mkn kaki aku..x melecet pun...itu yang aku suka....

Aku mmemang mengaku aku agak cerewet bila tiba bab kasut...
Aku agak memilih sbb aku x beli kasut tiap2 bulan..aku akan pakai sampai lunyai baru aku beli lain...dulu aku suka kumpul kasut...la ni dh x minat dah...

Korang mcm mana?


Friday, May 1, 2015

Ubat Darah Tinggi....Perlu Ke?


Tidakkkkkkkkk......

Aku x nak makan ubat darah tinggi sebab aku tak nak kena consume ubat ni seumur hidup...mak aku pesakit darah tinggi...berpuluh tahun hidup bergantung pada ubat tu aje...kesian dia...banyak effect makan ubat darah tinggi ni...antaranya mata dia dah kurang jelas dan telinga pun dah kurang dengar..masalah aku hanya ada hypertension...itupun kalau masa nak datang bulan ataupun stress kat office..So rasanya perlukah aku ambil ubat ni?separuh orang cakap x perlu...separuh kata boleh ambil untuk beberapa sampai boleh turun semula tekanan darah tinggi...x tau mana satu yang betul...eloknya x payah ambil dulu dan cuba kontrol...sebab once ambil ubat ni selamanya akan consume...

Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  • Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  • Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  • Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  • Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa
  • Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan

Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

  1. Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  2. Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar
  3. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  4. Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  5. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.


Suriaamanda dalam dilema...pendapat anda mengenai kebuntuan ini sangat dihargai....

Wednesday, April 1, 2015

Dove Sessi Pemanjaan Diri - Makeover & Shooting...

Sebenarnya ada cerita di sebalik makeover ni...bukan la cerita x baik..bukan jugak cerita yang gempak..tp pada aku satu kenangan yang x boleh lupa la....aku ni nak sangat jumpa si cantik manis SAFURARA sebelum ni...kenal dalam blog je dah lama..berbalas2 komen..rupanya dia memang ada masa kat event Dove ni...aku boleh berbalas senyuman dengan dia...mcm tu jugak dia...tp boleh dia tak tegur aku...dah la aku ni x cam orang sebab aku rabun....aduhai Rara oii kalau x dah boleh selfie sambil laga2 pipi...aku nyer turn x lama lepas tu dalam pukul 2.3opm... 


mula2 kena la cuci rambut guna shampoo Dove Hairfall Rescue


cuci2...best wooo...dimanjakan macam ni...nak pi Saloon selalu takde la kan


dah shampoo, dah cuci rambut...pas tu keringkan...


Rambut tebal macam aku memang kena keringkan lama skit....


then blow set...kepuk2 bagi volume kesukaan aku tuh...ntah bila nak buat permanent


Rambut dah buat so kita makeover muka plak...kasik mekap...cantik x rambut aku tuh


Mekap yang asal sila buang ye...hahahaha..dah bersih muka baru tepek segala mak nenek mekap yang aku x boleh nak amik gambar....sebelah muka tadahkan untuk mekap...jari2 diorang buat manicure at the same time...


aku ni takde la selalu sgt buat manicure ke pedicure ke...sesekali ok la..


Ni la rupanya jejari runcingku apabila di makeover..tu yang putih tu sebenarnya plaster putih utk hiasan kuku...siap letak pewarna kuku yang jenis tansparent tu...ni aku terpaksa cari nail remover solution untuk buang balik...x leh nak solat weh sebab semua aku di letak perwarna yang ada chemical...


Tadaaaa...dah siap mekap...suka sangat ngan new look aku ni.....dah siap ni aku kena la lepak dulu sebab ada sesi interview testimonial...


masa ni tengah tunggu turn untuk interview...

Amik....
masa ni aku memang x terfikir aku akan ditemuduga depan kamera bagak2..siap macam shooting iklan...aduhai...aku gugup plak memula...pas tu aku dah cool dan dah amik mood berbual dulu ngan organizer...terus buat rakaman...huiii...rasa macm eh nak abihkan cepat la ...bukan apa 2-3 kali take kena stop sebab ada gangguan bunyi...then aku dah ok...lepas dah shoot video tuh terus aku di mintak untuk pose ala2 wanita corporate...lerr....sessi aku amik masa 1 jam...lama giler....tp aku sangat2 puas hati...pengalaman baru untuk aku...

Special thanks buat Dove Malaysia atas makeover ini....dapat token dan dapat jugak product...x lupa voucher makan RM50....wahhhh....berbaloi2....aku berharap sangat pihak Dove berpuas hati....

"Sebelum ni saya menggunakan product lain selain Dove Hairfall Rescue namun tidak dapat selesaikan masalah saya...apabila dapat sample Dove Hairfall Rescue saya amat tertarik dengan wangian shampoo dan terus mencuba sehingga sekarang...nampaknya Dove Hairfall Rescue benar2 menyelamatkan dan menyelesaikan masalah keguguran rambut saya...saya pasti memilih Dove"

itu ayat last aku dan lepas tu terus shoot photo....penat weh...

baru aku rasa perasaan sebenar bila shooting iklan yang selama ni aku tgok kat tv je....no wonder model2 iklan tu sgt2 perfect...memang diorang shoot sampai betul2 perfect....tabik Spring kat diorang...

DOVE HAIRFALL RESCUE.....TERBAIK!!!!!

Dove Sessi Pemanjaan Diri di La'Mode Coiffure Mid Valley

Sabtu lepas dapat jemputan dari Dove Malaysia untuk sessi Pemanjaan Diri Bersama Dove. Kebetulan memang diorang sedang mempromosikan product Dove Hairfall Rescue...seronok x terkata dapat memanjakan diri lagi..kami di beri makeover rambut dan wajah serta manicure dan pedicure...giler kot kalau reject jemputan macam ni....terasa bagaikan puteri kot..
Dengan warna tema yang ditetapkan iaitu Putih dan Biru...gigih aku yang baru baik demam pergi jugak....

Jom tengok gambar.....


Salon La'Mode Coiffure Mid Valley..


ehem...aku sempat bergambar kat depan ni...baju ikut tema kan?hehehe....adik2 blogger cakap aku dah kurus giler....ahaks...


suasana kat dalam Salon


Registration kaunter...memang suka tgok hiasan dalaman salon ni...putih bersih dan ada biru skit...


ruang pameran untuk barangan Dove


cantiknya rambut diorang....Selamat Datang....


ini la product Dove Hairfall Rescue....


sememangnya aku selesa dengan priduct Dove ni....



aih...nama aku dah jadi terbalik sebab guna kamera depan handphone...lantak di situ


muka aku sebelum di tatarias dan dimake over rambut..

Sebenarnya aku takjangka ada aktiviti tambahan selain dari makeover dan sesi pemanjaan diri ni...rupa2nya ada shoot iklan testimonials....ok la..mmg xde la nak terdetik di firkiran yang ada shooting interview depan kamera godang...ada photo shoot jugak kat dalam tu....alamak...aku dah lama tinggalkan bidang ni....oh ok...xper...cool kena cool....mua2 agak gugup tapi bila dah dapat mood terus aku jadi ok....itu aku up kat entry satu lagi...memang penat...memang letih tapi sangat2 berbaloi....

jumpa di entry setelah di make over...

Tuesday, February 3, 2015

Menu Thaipusam Suriaamanda

Sabtu Ahad yang agak pack schedule aku...dengan macam2 aktiviti..dengan food review yang agak menghampakan...dengan make over rambut di Ridzokumura Salon, ...adehhh....memang penuh schedule sampai Ahad...so balik Seremban dan sambung cuti adalah sesuatu perkara yang tidak mungkin aku lepaskan....Thaipusam hari ni....merajinkan diri awal pagi pi Zemart beli bahan2 basah....masak dari kul 10am sampai kul 12pm..si comel Qhaira tido so senang keja...sambil2 masak sambil2 kemas...

Tadaaaaaa....ini la hasilnya......


Sambal Udang Harimau....


Ikan Kerisi goreng Halia


Kerang Masak Lemak Cili Api ( Lauk Isnin)


Dah...dah...menjejeh air liur...amik tisu cepat...ini entry xde nak bagi korang terliur de...hahahaha...boleh x mention macam tu...ini just nak share je...nanti aku rajin skit aku up resepi...pas tu nak tunaikan impian si Halim Bloggers tu sumbangkan resepi kat blog baru dia...ahaks...

Sapa nak resepi angkat tangan!!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah