Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, July 17, 2025

Penawar Bagi Hati – Tazkirah oleh Ustazah Asma’ Harun

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah...diberi kesempatan sekali lagi untuk menonton dan mendengar tazkirah bulanan anjuran MMC Corporation Berhad. Mother company kami..sebelum ni tazkirah dari Saudara Shamsul Debat. Kali ini dengan tajuk Penawar Bagi Hati disampaikan oleh Ustazah Asma Harun.

Tazkirah secara online untuk group company di bawah MMC dan secara fizikal untuk semua staff -staff di MMC...SA dah register 2 minggu lepas so SA masuk la secara online...Tazkirah ini juga berlangsung secara live di FB, IG dan Tik Tok...


Dalam kesibukan dunia yang tak pernah berhenti, kita semua pernah rasa letih, kosong, dan tak tenang. Hati terasa berat, seolah-olah ada beban yang sukar dijelaskan. Itulah antara tanda-tanda hati kita sedang ‘sakit’. Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang mendengar tazkirah yang sangat menyentuh jiwa oleh Ustazah Asma' Harun bertajuk Penawar Bagi Hati.

Tazkirah ini benar-benar memberi nafas baru buat diri SA dan SA ingin kongsikan beberapa intipati penting yang mungkin boleh jadi pengubat buat hati-hati yang sedang lelah.

1. Hati Itu Milik Allah

Ustazah Asma’ mengingatkan bahawa hati ini bukan milik kita, tetapi milik Allah. Sebab itulah kita perlu sentiasa memohon kepada-Nya agar Dia pelihara hati kita daripada penyakit yang merosakkan  seperti riak, hasad, dendam dan lalai daripada mengingati-Nya.

Doa yang sering diajarkan oleh Rasulullah SAW:

 "Ya Muqallibal Qulub, thabbit qalbi ‘ala deenik."

(Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.)

2. Penawar Hati yang Paling Utama: Al-Quran

Menurut Ustazah, tiada penawar yang lebih mujarab untuk hati melainkan Al-Quran. Bacaan, tadabbur dan penghayatan terhadap ayat-ayat Allah mampu menenangkan jiwa, menyembuhkan luka batin, dan mengembalikan kekuatan.

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Al-Isra’: 82)

Jangan hanya jadikan Al-Quran sebagai hiasan di rak, tetapi dekatkan diri dengannya setiap hari – walau hanya satu ayat.

3. Dekatkan Diri dengan Solat dan Istighfar

Hati yang gelisah itu mungkin terlalu banyak noda dan dosa. Sebab itu, kata Ustazah, solat dan istighfar adalah antara amalan yang sangat berkuasa dalam menyucikan hati.

Cuba biasakan beristighfar setiap kali hati rasa serabut. InsyaAllah, kita akan rasa ringan sedikit demi sedikit.

4. Hati Perlu Dijaga Seperti Taman

Analogi yang sangat indah daripada Ustazah – hati seperti taman. Jika tak dijaga, akan tumbuh semak dan duri. Tapi jika dijaga dengan zikir, doa dan amalan soleh, maka ia akan subur dengan bunga-bunga ketenangan.

Jadi, jangan biarkan hati kita terbiar. Sirami ia dengan zikrullah, dan basahkan lidah dengan menyebut nama Allah.

Kesimpulan

Tazkirah ini memberi SA kesedaran bahawa kebahagiaan sebenar bukan datang daripada dunia, tapi dari ketenangan hati yang bersandar kepada Allah.

Jika korang sedang merasa hilang arah, tertekan atau kecewa ingatlah, penawarnya ada dalam Islam. Kembali kepada Allah, dan mohonlah agar 

Dia sembuhkan hati yang sedang sakit.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi penenang juga buat kalian yang membaca. 

Jom sama-sama rawat hati, agar hidup kita lebih damai dan diberkati.


Friday, January 27, 2017

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?

Mari kita baca jawapannya...

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*


*Satu*
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

*Dua*
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

*Tiga*
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

*Empat*
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

*Lima*
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

*Enam*
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Friday, May 22, 2015

Perkongsian Jumaat

Tazkirah dan pedoman Jumaat

Baca la..sedih

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?


Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...


Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?


Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
 Semakin
hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Perkongsian dari whatsaap


Saturday, May 18, 2013

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat..


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..Jangan lupa untuk share

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di
 dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-
Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..Jangan lupa untuk share

Friday, April 5, 2013

Tazkirah Jumaat..



Salam Jumaat u olls....selamat pagi...semoga hari ini menjanjikan yang lebih baik dari semalam...aku baru start kerja hari ni...xde apa yang menarik kecuali suara dah jadi suara Ella...semput aku nak bercakap..sampai2 jer terus batuk x henti2..sore throat masih ada lagi...susah nak menelan...ni dah x tau nak makan apa dah...beli bubur Mcd tapi still x leh nak menelan...
Doakan terbaik untuk aku...jumpa lagi nanti if ada kesempatan...kat rumah Seremban 2 hari aku hanya dilanda sore throat...sampai kat opis..terus batuk....huwaaaaaaaaaa....x suka batuk.....

Friday, March 29, 2013

Tazkirah Jumaat..


SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA..

AMIN.....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah