Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Lombok Aku Datang Part 6- Pantai Kuta Lombok

Aku Jatuh Cinta....

Heppp....jatuh cinta kat keindahan pantai Kuta Lombok ni laa....kalau jatuh cinta yang melibatkan perasaan memang aku sedang dilamun cinta...eh...hehehehe...Kuta ni ada dua eh korang so jangan keliru..satu kat Lombok dan Satu lagi kat Bali....knowing aku yang memang cintakan keindahan pantai..memang sangat- sangat teruja la dengan pantai yang cantik dan pasir yang lain dari yang lain...di gigi pantai pasirnya berbentuk bulat2 halus...indahnya cipataan allah s.w.t..

Jom la tengok gambar..korang sure tertunggu- tunggu kan...


cantik ombak mebadai pantai..tapi masa ni air baru nak pasang....


ini aku ambil guna hp...so macam kurang jelas sikit sebab masa ni panas terik...dan focus aku agak terganggu


masa ni ombak dah besar dan mengganas skit...diorang semua naik bukit kat tepi tu dan bergambar dari atas bukit..aku sorang2 pergi pantai ni...kemudian baru panjat bukit..banyak terlepas la..rupanya dari atas bukit tu lagi cantik pemandangan...


air laut membiru dan ombak memutih bergulung-gulung


halus pasirnya....


sempat aku ukir nama blog kat sini tanda aku dah sampai Kuta Lombok


aku panjat jugak bukit kecik ni...tapi setengah jalan je sebab aku dah lelah...hehehe..stamina tak cukup...ini yang mampu aku rakam guna kamera


cantik kan...korang cuba bayangkan kalau air laut mengelilingi Pantai Kuta ni....mesti lagi cantik


kat bawah tu ada gerai-gerai kecik dan ada peniaga jual minuman....as usual jangn berjanji apa-apa sebab mereka akan kembali menagih janji..kalau tak nak beli just say tak nak..kalau jawab nanti or kejap lagi nanti mereka akan ikut kembali menagih janji korang....


cantiknyaaa....


ini pun cantik kan...


aku tepek gambar yang ni je...gambar sorang tak boleh...


Singgah sini bergambar


group photo 1


group photo 2


group photo 3

Ikutkan kam i tak puas..

Kami nak lama lagi tapi masa tak mengiizinkan...lepas ni perlu balik ke hotel untuk check in dan keluar semula untuk dinner...

Bila la aku boleh kembali ke sini semula...bukan apa...memang tak cukup masa masa ke sini...apa yang kami boleh buat pun dengan 20 minit menikmati keindahan alam yang sangat2 membuatkan kami jatuh cinta...ambik gambar pun dalam keadaan tergesa- gesa...memang la tak cukup kan....

Ada yang nak pergi lagi ke Lombok?

Nak ikut......pergi ramai- ramai best skit...kalau pergi berdua kang ada yang fitnah plak...kan?

lepas ni aku update penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Jayakarta Hotel...

Saturday, November 28, 2015

Lombok Aku Datang Part 5 - Dusun Sasak SADE Rembitan Lombok

Part 2, Di Dusun Sasak Sade

Jom kita sambung lagi part kedua di Dusun Sasak Sade.

Terpanggil  untuk mengetahui selok belok kehidupan suku yang disebut-sebut sebagai suku tertua yang menghuni pulau Lombok ini. Di tengah-tengah era kemodenan, ternyata masih banyak masyarakat yang tinggal di beberapa tempat di bumi ini yang masih mempertahankan hidup sederhana dalam kehidupan kesehariannya. Jauh dari bandar dan yang nyata mereka sangat aman di sini

Suku Sasak yang ketika  ini memiliki jumlah penduduk lebih 700 orang ini adalah penganut agama Islam, namun masih dipengaruhi oleh budaya Hindu dan animisme. Jumlah rumah di dusun ini  hanya 150, sehingga warga Sasak yang tidak mampu mendirikan rumah di kampung ini, membina rumah di dusun-dusun di sekitar Sade.


Perkampungan yang bersih dan indah mata memandang


aktiviti berniaga yang menjadi pendapatan utama di perkampungan ini


hasil tenunan yang halus dan cantik hasil kreativiti kaum wanita


Gelang manik pun di jadikan sumber pemdapatan..di letakkan di depan rumah tempat orang lalu lalang.. mana tau ada rezeki menyinggah kan...


Kak Noor dan Intan melepaskan lelah seketika


Dibandingkan dengan kaum lelaki yang lebih banyak berladang, aktiviti seharian dari kaum wanita Suku Sasak ini, lebih banyak menghabiskan waktunya untuk menenun. Kemahiran turun-menurun dari nenek moyang mereka dan diwajibkan bagi perempuan dewasa Suku Sasak, terutama mereka yang akan melangkah ke jenjang perkawinan. Biasanya para kaum wanita belajar menenun semenjak masih di bangku pendidikan menengah.


cantik tenunannya..kalau suruh aku cuba menenun ni sure terkepit jari pas tu jahanam semua benang tuh...hehehehe

Banyak beranggapan dengan mahirnya wanita itu menenun, maka dia sudah dianggap sedia untuk berkeluarga dan dapat membantu penghasilan yang diperoleh oleh sang suami kelak. Selain sebagai aktiviti dan pendapatan  sampingan mereka sehari-harinya, kegiatan menenun ini juga dijadikan sebagai daya tarikan bagi pelancong yang berkunjung ke Dusun Sasak Sade.


Happy betul Nazril mencuba alat muzik ni...


Finaz dan suami tak keberatan jadi model untuk bahan blog... 


lagi hasil tenunan yang di jual di perkampungan tu...boleh katakan kiri kanan ada je orang berjualan...


Sempat aku snap kawasan kampung kat sini...


Dinding rumah


Pondok menyimpan padi kat bumbung rumah


zoom dekat skit


motif amik gambar buah mangga...hehehehe


Papan tanda


pose aku amik gambar kau..kau amik gambar aku namanya ni..


satu lagi candid...Mira rasanya ni...


sebahagian dari kami...pose 1


Pose 2


Pose 3

Sampai situ je lawatan kitorang petang tu..jam dah menunjukkan pukul 4 petang so kitorang cepat2 bergambar sebab ada satu lagi lokasi yang nak pergi di hari pertama ni...ikutkan masing2 dah letih dah sebab seawal pagi kan tak tido lagi...

Lepas ni kita ke Pantai Kuta Lombok......pantai tercantik setakat 37 tahun aku hidup ni...memang teruja sangat tgok pantai ni...nak plak aku memang jenis sukakan pantai....nantikan update seterusnya ye...sabar tau....

Friday, November 27, 2015

Lombok Aku Datang Part 4 - Dusun Sasak SADE Rembitan Lombok

Hi korang....
Lama plak aku menyepi...ok la tak biarkan korang tertunggu- tunggu dan tak nak kisah Lombok ni asyik bertangguh..sementara belum ada entry advertorial menjengah..aku up dulu la citer Lombok ni...

Ok lepas makan kenyang perut suka hati kami semua meneruskan perjalanan ke Dusun Sasak Sade iaitu sebuah perkampungan suku asli Lombok, kampung yang  masih dikekalkan budaya dan kepercayaan dari arus kemodenan. Desa Sasak yang luasnya sekitar 5 / 4 hektar, dihuni oleh lebih dari 700 kepala keluarga. Mereka tinggal di dalam rumah yang unik iaitu beratap jerami, berlantaikan tanah liat dan bertembokkan dari tahi kerbau.

Penduduk Dusun Sasak atau kaum lelaki dari Suku Sasak ini menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka bersawah dan bertani. Mereka menanam Padi Gogo Rancah setahun sekali dimana dulunya mereka tidak menjual padi ini sebaliknya dijadikan sumber makanan mereka berbanding sekarang mereka telah mula menjual tanaman untuk kelangsungan hidup mereka manakala wanita dari Suku Sasak ini menjadikan hasil kreativiti tangan dan tenunan sebagai punca pendapatan mereka..

Jom ikut aku tengok gambar dulu...


Pintu masuk ke Perkampungan Suku Sasak Sade


Antara orang-orang kampung...ngeri sebab diorang pegang parang tajam...sempat plak aku snap gambar


Pemandu pelancong wakil dari Dusun Sasak Sade...dia lah yang menjadi jurucakap 


focus kawan- kawanku...hehehe...bagusssss......


Tak jauh di pintu masuk ada satu kaunter kalau ada yang nak menderma...boleh derma berapa banyak pun dan letak nama...


Kaum lelalki berehat di bawah pondok...


Barangan Kraftangan yang sedia ada di jual di tepi- tepi laluan dalam Dusun Sasak Sade ini


gelang- gelang manik 3 utas RP100,000...aku tak beli pun


Cincin batu utk lelaku...


Batu cincin kot...sama je aku tengok...


okey jom teruskan lawatan...korang tengok dinding rumah diorang dari mengkuang...


atap dari jerami


dalam rumah takde bilik...kalau ada pun hanya satu je...untuk ketua keluarga...hehehe...ye la kena la ada bilik kan..kalau tak cane nak ehem..ehem...eh...hahahaha


rumah ni semuanya atap rendah...ada rak dari buluh untuk ,letak barang- barang...kat sini korang x jumpa de sofa ke or kerusi kayu...jauh sekali peti ais...


tempat pinggan mangkuk dan periuk semua....


lamtai dari tanah liat dan tahi kerbau ye...nak tak nak kena la pijak jugak sebab kat dalam ni shoe off...x leh pakai kasut...


Dapur diorang...


aktiviti popular anak- anak gadis....carik kutu!!!!

Di depan sekali, dari kompleks suku Sasak ini, ada bangunan yang disebut Berugaq Sekenam sebab tiangnya ada enam, tempat pertemuan suku Sasak. Kalau ada apa- apa masalah atau berita nak disampaikan diorang akan berkumpul di situ...yang aku nampak waktu tu ada la wanita- wanita kat situ duduk lepak baring je kat situ..takde masalah la kot...hehehe..

Suku Sasak dilarang berkahwin dengan orang di luar perkampungan Sasak, jika ada yang kahwin dengan orang luar, maka mereka tak boleh kembali ke kampung Sasak. Macam Supir yang ikut rombongan kami cakap, dia dari Suku Sasak, wife dia pun dari Suku Sasak tapi sebab dah bekerja di luar maka dia tak boleh tinggal lagi di perkampungan tersebut..erm...pelik di situ..

Seluruh suku sasak dianggap sebagai satu saudara dan  hanya dibolehkan kahwin antara keluarga di dalam komuniti ini (kahwin antara saudara),tetapi tak boleh kawin dengan sepupu dari pihak lelaki. Sebab apa aku tak tau coz tak sempat nak bertanya lanjut masa tu..

Yang ni yang best nak cerita..

Adat perkahwinan mereka adalah dengan melarikan si gadis, setelah disembunyikan di rumah kerabat pihak lelaki selama 3 (tiga) hari, maka keluarga pihak lelaki akan mengirim utusan ke rumah keluarga perempuan dan menyatakan bahawa anak gadisnya telah diambil untuk dikawini. Selama diculik, belum boleh berhubungan badan..haaa..tak boleh tau...sebab Orang suku Sasak akan tersinggung. Kalau anak gadisnya dilamar, Jika lelaki suku Sasak mengambil gadis dari suku Sasak, maka mas kawinnya lebih murah, iaitu  seperangkat alat solat dan wang Rp.100 ribu atau Rp. 200 ribu.
Murah jer mas kahwin dia....

Jadi jangan salah faham kalau ada pemuda dari Lombok yang bawak lari anak gadis dari Malaysia tu sebabnya dah menjadi adat...mungkin memang lelaki itu asalnya dari Suku Sasak...entah lah kan..mana la tau...sebab  rata- rata wanita Malaysia yang ikut lari ni semua nya lari ke Lombok....masa aku kat sana takde plak terjumpa dengan wanita Malaysia...hehehehe...

Ok aku stop sini dulu...masih ada lagi gambar- gambar yang nak aku kongsi bersama korang masa kat Dusun Sasak Sade ni...dah panjang dah aku rasa...berjaya jugak aku up satu part lagi walau tengah Srott srett batuk ku ng kang kung kang ni...hope korang terhibur...tunggu sambungan....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah