Showing posts with label Vaksin Covid 19. Show all posts
Showing posts with label Vaksin Covid 19. Show all posts

Thursday, January 27, 2022

Booster Di PPV Bukit Jalil

Assalamualaikum...

Hi korang ..

Hari ni SA x masuk kerja... unrecorded leave since hari ni SA amik booster. Macam SA cakap sebelum ni SA amik jugak memandangkan SA travel hari-hari dan terdedah dengan bahaya Covid 19 kan. Tak nak amik risiko menunggu lagi so hari ni SA kena enjet..oh ya .SA dapat AstraZeneca. Sama macam 2 dose sebelum ni..kalau sebelum ni SA lembik kesan dari vaksin AZ. Untuk booster ni SA jangka SA akan lembik jugak ..









Itu je gambar2 yang sempat SA snap tadi masa kat PPV Integrasi Bukit Jalil...proses booster berjalan lancar dan cepat je ..cumanya xde booth tempat amik gambar macam sebelum-sebelum ni..

Sekarang SA sakit bahu...bahu dan tangan berat giler...sakit bawak sampai ke leher... harap2 SA x demam macam sebelum-sebelum ni...lepas booster ni SA mengantuk sangat-sangat ..dh tido pun mengantuk jugak lagi...cuma berharap sangat jangan la demam....esok nak kena kerja kalau SA sihat...kalau boleh awal tahun ni x nak la MC ke apa...


Sunday, October 10, 2021

Complete Dah 2nd Dose & Terima Kasih Kak Amie

Assalamualaikum...

Hi korang...

Syukur alhamdulillah SA dah habis pantang 2nd dose hari ni..seronoknya...complete dah 14 hari dari tarikh 2nd dose 26 September lepas..Lega dah rasanya....seronok betul...lepas ni dapat digital certificate boleh la SA dine in...dan dah boleh la SA plan untuk bercuti lepas ni...kita tunggu petang ni pengumuman rentas negeri ada tak..hehehe...tapi x nak la jadi macam Langkawi kan...lepas ni takde dah next ke Langkawi..dah tutup. SA check baru ni ngan travel agent depa kata di hentikan pengambilan pelancong untuk ke Langkawi.. Diorang nak settlekan siapa yang dah beli tiket flight awal. Dari laluan darat dah di stopkan dah x leh masuk Langkawi dah..so kita cancel Langkawi...kita cari tempat lain yang selamat. Dapat lepak hotel pun best jugak kan...Dah habis pantang ni takde la nak terus bercuti..plan je dulu...

Kesan Vaksin SA yang hari tu pun dah okey...SA manage to handle dan dah tak rasa dah sakit- sakit. dada pun xde berdebar dah...dah kembali seperti biasa...cuma SA dah dapat badan asyik angin je sama macam Pak Zain...




Ni kenangan SA bercuti masa convo adik bongsu kat Unimas Sarawak...SA masa ni kurus lagi...sekarang je naik 1 kali ganda...apapun kat sini best..kalau x salah ni dalam Taman Budaya Sarawak tu..ala lupa plak the exact name..rasa nak repeat lagi kat sini sebab SA x puas hati...gambar SA semua x cantik..gambar diorang semua cantik2 SA amik...geram tau...dah la masa ni pinjam DSLR adik ipar...ko sabar jap erk....keadaan dah back to normal SA nak pi repeat lagi dan amik gambar banyak- banyak. Nak jugak bercuti lama sikit kat Sarawak & Sabah. Nanti boleh la jumpa kawan- kawan kat Sarawak dan bleh jumpa Kak Amie kat Sabah.

Di kesempatan ini SA nak ucapkan ribuan terima kasih buat Kak Amie sebab pilih SA antara top komentator. Hadiah berupa duit da pun Kak Amie masukkan dalam akaun SA semalam. Suka sangat SA..semoga dimurahkan dan diperluaskan rezeki buat Kak Amie sekeluarga. SA blom lagi gunakan...Insyaallah nanti plannya nak beli KFC atau nak beli Domino's Pizza kot. Tengah tunggu mood nak membeli je ni...

Sunday, September 26, 2021

SA dah Lengkap 2 Dose...Yeay!!!

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni SA dah lengkap 2nd Dose...yeayyy....biasa la AstraZeneca Clans memang lambat kan...jenuh menunggu dose ni...Dah pandang- pandang jeling2 Pfizer dan Sinovac clans yang dah lepas bebas kemana- mana dah. Masing- masing dah pi bercuti sama- sama family dah...SA je yang hanya lepas pi kerja balik kerja je...sabar je la kan....

Sawal pagi pukul 8.30am SA dan adik SA dah gerak pi UM...sampai jer tengok eh..apesal kena beratur panjang dan ramai giler ni...siap ada gaduh2 lagi kat dalam area nak masuk PPV tu...sekali tengok ada 2 lane, satu untuk remaja dan satu untuk 2nd dose...legaaa...kalau tak jenuh la nak tunggu lama kan...proses untuk 2nd dose berjalan lancar...tepat pukul 10 lebih dah settle....siap dah mintaka tolong ada akak tu amik gambar. Dah settle so kena tunggu 24hr untuk dapatkan digital certicate.






Yeay!!!

Dah complete dose...kena tunggu 14 hari jer lagi...then bleh berjimba...yeayyy....

Plan SA nak pi bercuti di PD...ye la...itu je yang dapat pun kan....bukan boleh merentas negeri lagi....ingat nak amik homestay dan ajak adik2 bercuti...tengok la nanti lepas 14 hari....tak sabar...hehehe....

Monday, July 26, 2021

I'am Officially #AstraZenecaClans

Assalamualaikum...

Hi korang...

Seperti yang SA inform dua tiga hari ni...SA semalam ke UM ambil first dose vaccine. SA dapat AstraZeneca dan proses sangat lancar. SA ditemani adik SA no 4 iaitu mommy Dida. Memang cuak la sebenarnya nak api cucuk vaksin ni...dalam otak macama- macam benda fikir...puas bertenang...tapi tetap risau...hahaha...paranoid x tentu pasal kan...

Semalam SA memang tak larat...x larat langsung nak update blog. Kesan vaksin AZ ni memang kuat dan cepat bertindak ke badan SA...SA sakit semua sendi badan...seram sejuk yang menggigil, demam nak kata panas tapi x panas...kejap- kejap bangun...kejap- kejap bangun x leh tido...dalam badan rasa panas sangat termasuk tapak tangan dan tapak kaki. Ya allah..x tau la nak kata macam mana sakitnya...sudahnya hari ni SA terpaksa MC. Kalau ikutkan memang jadual kerja hari ni SA kena masuk office...



Seawal 8.30am kami dah gerak dari rumah...appointment SA 10.30pagi


Kereta memang dah banyak la kan...


Smooth aje...and diorang punya sistem x ikut appointment pun...laju sangat...hbais je isi borang number SA dah dipanggil


Beratur...


SA diarahkan ke bahagian Dos 1


Masa registration tu memang laju...


No giliran SA


Masa ni tunggu untuk jumpa doktor


 Dah sampai station untuk suntikan


Memang ramai dan memang laju system dia...xde pun observation 15 minit...terus je ke bahagian appointment baru..dah dapat kad apa segala..petugas tu bleh plak buat lawak ngan SA...dia pelik dengan nama SA katanya..first time nampak nama macam tu...eh..eh...jangan machiam- machiam ye adik ye...nama tu x pelik cuma unik sikit je..


Adik SA x masuk...SA dh x tau nak mintak sape amikkan gambar...nasib jumpa ada adik ni terkial- kial cari orang nak amikkan gambar..so SA offer amikkan gambar untuk dia...then dia amikkan gambar utk SA...


Yeay...SA dah sudah vaksin dos 1 vaksin AstraZeneca..i am officially #AstraZenecaClans


Tepat pukul 10.30am..kami dah keluar dah dari UM...tempuh roadblock macam biasa tapi lepas aje...


Kesan vaksin ni pada SA...

Memang betul la kata orang effect dan kesan AZ ni agak kuat dan rasa teruk sangat...SA mengalami sakit- sakit sendi, demam sejuk menggigil, Rasa panas tapi tak panas, sakit kepala dan x selesa. Kejap- kejap bangun...mengiring sebelah kanan je boleh...sebelah kiri sakit. Cuma paling risau tekanan darah SA sedikit tinggi dan dada rasa senak je...harap- harap kesan ni tak berlarutan..SA dapat MC 2 hari...lagipun memang SAa x akan masuk office memandangkan SOP office kalau rasa x sihat janag sesekali masuk office. Cuma SA rasa sedikit susah hati la sebab minggu ni semua sibuk dengan persiapan untuk submission project kan...

Doakan SA cepat sihat korang....maaf x dapat nak terjah rumah korang macam selalu...kalau dah sihat nanti SA singgah ye....

Next appointment untuk dose ke 2 SA x tau bila...budak petugas tu cakap semalam 12 minggu dari tarikh semalam. Maybe October katanya...apoooo lamo bonar???

Thursday, July 22, 2021

Settle 2nd Dose Sinovac For Mak Pah


 Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah settle dah suntikan vaksin dose ke 2 untuk Mak Pah. SA yang sepatutnya temankan mak memang diduga..dari malam semalam SA tak sihat..rasa nak demam, badan x panas sangat la just "angkal" kata orang Negeri Sembilan. Atau kata mudahnya Dedar la badan SA malam tadi. Kepala sakit macam nak pecah. check tekanan darah takde la tinggi sangat. teringat plak semalam memang SA berpanas kat USIM Nilai tu. Ye la x dibenarkan masuk dewan kan..so SA duduk kat luar di bawah pokok. Nak kata rendang tak rendang tapi boleh la lindung skit dari panas matahari. Kalau dah pukul 12 tengahari tu takkan la matahari sembunyi kan...dah tentu- tentu tegak atas kepala.
 
Nak dijadikan cerita pagi tadi SA bangun macam biasa nak pergi kerja..pukul 5.15am SA dah mandi..badan sakit- sakit lagi ni...kepala masih sakit kuat ni...dah time mandi tu la SA decided tak yah la pi keja. Kang melarat plak kang. SA WFH je la kat rumah. Terus sambung tido semula. Pagi tadi kul 8.30am kena jerit dek Mak Pah. " Alonggg.....ekau x kojo ko?" haih...sabar jer la...Kalau dah demam memang x kerja la kan.

Sempat la mintak maaf ngan Mak Pah sebab tak dapat temankan dia suntik 2nd dos vaksin hari ni...kesian Mak..bukan Along sengaja tau mak..memang tak larat, badan sakit- sakit..kang terdedah bahaya wabak Covid tu...lagi susah kang. So Pak Zain la yang temankan Mak Pah hari ni. Nasib selesai jugak. Kesian Mak Pah. Nasib baik Mak Pah faham. Lagipun memang x boleh la nak pergi bertiga kan...syarat SOP baru ni 1 kereta hanya 2 orang dan x lebih dari 10km dari tempat tinggal. 3 orang kalau urusan kecemasan sahaja. 

Tahniah Mak Pah. semoga keduanya terus dilindungi oleh Allah SWT dan dijauhkan dari wabak Covid 19 ni. 

Korang tengok la Pak Zain tu ha....bukan main lagi dia kan....pas tu gelabah..cari gambar tak jumpa. dicarinya kat hp buka camera. Bukan dia pi tengok kat gallery. Balik rumah bebel- bebel kata orang hospital tu tolong ambik gambar tapi gambar takde. Orang tu tak ikhlas la apa la katanya..penat je amik gambar tapi gambar takde...SA memang dah agak dah. Dia memang tak pandai godek-godek hp...sekali SA ambil hp tu carik gambar kat gallery tunjuk kat diorang. Haihh....tu la..cepat sangat nak melatah kan..benda ada kata takde...elok cantik je petugas tu amikkan gambar. Macam- macam hal Pak Zain ni....bukan apa korang.Dia mana pernah guna camera handphone. Pandai guna untuk call je...itu je la...whatsaap pun jenuh kami semua ajar dia...

Wednesday, July 21, 2021

Pak Zain Selesai 2nd Dose Sinovac Vaccine

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni tibalah masa untuk Pak Zain ambil 2nd dose vaksin Sinovac. Gerak dari rumah pukul 10 pagi. Dengan kena tahan roadblock, nasib lepas. Ada yang kena pusing balik. Mungkin takde tujuan keluar rumah. Kat sini masih x dibenarkan berdua dalam 1 kereta. Kecuali tujuan- tujuan tertentu macam ambil vaksin ni. Tepat pukul 10.45 kami berdua sampai kat USIM Nilai

Sampai jer memang dah ramai orang la..maaf cakap tak sistematic masa nak masuk sebab ramai yang main redah dan berkumpul. Petugas Rela dah terjerit- jerit suruh ikut barisan tapi tetap masing- masing x dengar cakap...keadaaan jadi tak boleh control sebab makcik pakcik yang datang tu x bawak pengiring dan ada ramai yang x tau nak guna apps MySejahtera. Time- time tu la handphone Pak Zain problem plak apps My Sejahtera dia..tak boleh update dan x boleh tengok profile...SA ketepi dengan Pak Zain dan settlekan bab handphone dulu. SA off hp dan on semula...masuk MySejahtera tapi masih x ok...sudahnya petugas tu suruh masuk je..nanti settle kat dalam. Sampai station ke 2 SA x dibenarkan masuk...Gelabah la SA sebab Pak Zain memang x pandai guna apps tu...last- last SA cakap takpe abah pergi je..ingat kalau x pasti tanya petugas tu...diorang boleh bantu...kesian plak SA lepaskan Pak Zain terkial- kial..

SA plak duduk la bawak pokok...berpindah- pindah kejap kat tengah kejap kat hujung sebab nak nampak kan sosok tubuh Abah SA tu...risau la kan...dengan cuaca yang panas...tapi SA akur la dah macam tu syaratnya...takkan nak buat bising kan...duduk bawak pokok tu terfikir plak..eh...sape nak amik gambar Pak Zain kan... Alahai...habis la dia takde gambar nak tunjuk kat anak cucu....

Jom la kita posing...memujuk hati yang panas x leh masuk dalam...



First pose...panas wey...


Konon- konon candid


Third pose

Tak lama lepas tu, dalam 1 jam la SA kepanasan kat luar dewan tu...dari jauh SA nampak Pak Zain keluar..tenang je...dia tercari- cari SA...dia nampak je dia lambai...amboiii....relaks je macam takde pape...tak gelabah....dari sebalik mask dia tu nampak la dan tau dia sengeh2 senyum....knowing him kan...


 Alhamdulillah...

Settle 2nd dose buat Pak Zain...rupanya dia mintak petugas tu amik gambar dia. Katanya anak saya x boleh masuk..sebab tu xde siapa yang amikkan gambar..petugas tu amikkan katanya...terus SA sanitize tangan dia...sembur badan dia dengan dettol spray...nasib baik dia pandai. Takde pesan pun tadi...

Bagus Pak Zain...

Cogratulations on your second dose. You are doing great dad...

Esok turn mak pulak tapi SA x dapat temankan mak...SA kerja....

Harap mak ok la esok....

Saturday, July 3, 2021

1st Sinovac For Mak Pah

Assalamualaikum..

Hi korang...

Khamis lepas SA hantar Mak Pah plak amik vaksin kat Senawang Specialist Hospital atau SALAM. Lega sikit sebab tak jauh dari rumah. Lepas tu urusan pun mudah je..cepat dan tak ramai orang. Cumanya SA x dapat nak amik gambar dari awal urusan sebab mak tak pandai sangat nak explain dan x boleh nak isi borang...mana yang ada jer gambar ni semua..

Untuk vaksin kali ni Mak dapat Sinovac jugak. Syukur mak dapat Sinovac sebab less effect. Dan memang takde effect langsung..demam takde..lenguh pun takde. Cumanya mak macam abah...lepas sehari kena vaksin ni dia sangat- sangat hyper. Tak reti duduk diam dan paling x leh blah. Mak x leh nak tido..rasa cergas aje katanya. allahu..betul ke diorang ni cucuk vaksin. Abah SA pun sama tak boleh duduk diam.Confused SA.

Jom tengok gamabr apa yang sempat SA snap Khamis lepas



Lepas settle daftar apa segala, sesi interview..kena la naik ke level 4_ Vaccination Centre


Muka macam cuak je...mana ada katanya


Nampak ke baca tu?


Tunggu giliran jumpa doktor


Bilik counseling 3 katanya


Keadaan kat sini terkawal sebab  tak ramai dan kakitangan pun sangat best


Dah sampai turn...SA tanya dulu bleh ke amik gambar nak tunjuk kat anak cucu mak...boleh kak...katanya


Get ready untuk cucuk


Yeay mak dah dapat vaksin....


Sampai SA x sedar mak punya mask senget


One more photo


Mak dah sudah..SA belum lagi...sabar je la...


2nd Dose Mak nanti pada hari raya haji yang ke 2, ditempat yang sama

SA punya vaksin nanti 25 July kat UM. Tengah fikir ni nak teruskan atau tak. Sebabnya takde orang nak temankan SA...Astra Zeneca punya vaksin akan buatkan seseorang tu pening selepas di cucuk. Base on feedback kawan- kawan SA. So at least kena seorang temankan SA. Kalau pergi sorang dah tentu SA naik public transport kan..Nanti la SA fikir dulu macam mana. Maybe ajak Pak Zain la kot. Cumanya dia tak berani nak drive kat KL.

Eh lambat lagi la...nanti la fikir.....

Friday, July 2, 2021

1st Sinovac Vaccine For Pak Zain

Assalamualaikum...

Hi korang..

Rabu lepas, seawal pukul 9.30 pagi SA dan Pak Zain dah gerak ke USIM Nilai untuk sesi pengambilan vaksin untuk Pak Zain. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak Pak Zain vaksin selepas sekian lama menunggu. Daftar di applikasi MySejahtera February 2021. Dapatnya 30hb June. Pasal vaksin ni jugak buat tidur Pak Zain tak lena sebab dia ni penakut sikit dengan hospital. Nama jer bekas kakitangan Kementerian Kesihatan. Ntah apa yang dia takut pergi hospital ke Klinik ke tak tau la...kadang- kadang pelik plak SA..

Cuaca sangat cantik masa ni..cerah cuma panas yarabbi...tak tahan SA. Dah la lupa bawak bekal mineral water. Kami relax- relax jer dari Seremban berpandukan waze. Nasib la perjalanan lancar jer..takde masalah apa. Takde sesat ke apa. Tepat pukul 10.30 pagi kami dah sampai. Punya la ramai orang. Rupanya ada yang datang awal dari waktu appointment. Pak Zain punya appointment pukul 11.30 am. Ambik..1 jam nak kena tunggu kan...sementaa menunggu dan focus dengan arahan. SA keep on pastikan jarak Pak Zain mengikut SOP. Sebab knowing Pak Zain dia sangat hyper..suka berjalan..so kena always perhatikan dia. Sementara tu SA membantu pakcik makcik yang tidak ditemani anak- anak masing- masing. Allah terus SA di sangka petugas kat situ..dah semua orang kerumun SA mintak tolong scan mysejahtera diorang...takpe la since lambat lagi turn Pak Zain kan...SA tolong la..


Masuk- masuk hiway lekas..jalan tak sibuk..ye la Lockdown kan


Korang tengok...punya la dia excited. tinggal princess kat belakang...jenuh kejar dia..menonong jer laju


Alhamdulillah sampai akhirnya kat sini...


Masa ni baru tau Pak Zain dapat vaksin Sinovac


Panas weyh..kat luar ni memang tak disediakan kipas macam kipas industri tu kan...



Ramai kan? Kebanyakka x bawak peneman...kalau korang ada kat situasi SA memang kesian..petugas pun tak berapa ramai kat luar ni berbanding kat dalam


Pak Zain dah dapat kawan. Sambil- sambil dia main game


Tengok tu...leka main game..lepas tu SA amik hp dia sebab dia dah diarahkan masuk ke dewan walau dia nyer appointment 11.30. Masa tu dah pukul 11 kan...terus kami masuk je...


Masa ni menunggu giliran untuk jumpa doktor yang bertugas. 


Kejap je lagi giliran Pak Zain..lepas yang tudung pink tu


Sambil tunggu tu ada segerombolan wartawan masuk..masa ni KP kementerian Pendidikan melawat..


Keadaan dalam dewan...


Ramai kan berkumpul...risau betul masa ni...


Dalam risau sempat selfie


Sorry adik akak guna Bokeh..so tak nampak awak..


Masa ni abah dah jumpa doctor dan sedikit lama..dibantainya berborak ngan doc tu..


Dah settle jumpa doctor..now last stage..untuk divaksin plak..


Semakin dekat giliran semakin cuak la tu..hahahaha


Antara booth untuk vaksin


Konon relax lagi la tu...masuk jer sekali dapat doktor hensem..SA ada amik beberapa keping gambar masa Pak Zain tengah cucuk..tapi..gambar tu x masuk dalam gallery..rupanya memang sesiapa amik gambar kat dalam bilik tu memang takkan ada gambar dalam gallery..memang dah di set. SA lupa la apa nama ntah menda tu..memang dia control..sayang betul la..semua cantik2 gambar...ada doc hensem...


Lepas dah vaksin..kena duduk di area pemerhatian atau observation area selama 15 minit


Dah suntik...SA keep on tanya dia ok ke tak...risau jugak la kan...kot- kot pening ke apa..dia kata dia ok..takde rasa apa...lepas dapat appointment ke 2 terus balik..


Sebelum tu amik gambar gambar dulu...


Bukan main lagi....tapi kan.....


Dia mintak bergambar kat sini..


Pose ke 2


Dan kat sini...


Layankan aje la..


Lepas tu kami pun balik Seremban. Kali ni waze bawak kami ikut Highway plus plak...plan asal nak ikut jalan lama sebab nak beli durian...sudahnya takde la beli durian...tapi sempat la singgah Pasar Besar beli lauk untuk makan tengahari dah alang- alang kan...SA x tau la Pak Zain ni betul ke tak dicucuk vaksin Sinovac ni. Dia jadi bukan main hyper plak. Tak boleh duduk diam langsung. Aada jer benda dia buat kat rumah tu..orang suruh duduk diam kat rumah dia keluar pi pasaraya beli barang dapur. Padahal SA baru je top up baranag dapur. Doc salah cucuk kot ni. Tak demam tak apa pun...elok je macam biasa...pelik plak aih.....

Lepas ni kita cerita pengalaman Mak plak ye...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah