Showing posts with label Wedding Anak Buah. Show all posts
Showing posts with label Wedding Anak Buah. Show all posts

Tuesday, May 27, 2025

Majlis Persandingan Zuhairi & Anisah..

Assalamualaikum...

Kita ke majlis persandingan pulak..12.30 semua dah berkumpul di dewan...tapi masih kena tunggu pengantin sampai..sementara tu kami semua bergambar dan borak- borak la..cuaca plak panas betul..berjurai- jurai peluh SA dibuatnya...

OOTD SA semasa hari pernikahan ni...sebenarnya SA nak pakai baju kurung klasik warna emerald green, dah siap gosok sekali ngan tudung yang sesuai...sekali.....x muat uolls..sangkut di skala berapa x tau la...then cuba la pakai baju ni...alhamdulillah..baju yang usia 2 tahun ni muat ye...but masih menampakkan badan SA yang berisi la.sebelum ni SA kurus...so ken redho la size M dah x leh pakai...beralih dan setialah dengan size L....


Kain dia jenis kembang payung dan baju dia ada perincian lace besar2...tudung tu memang tak sesuai la..dah xde tudung lain..puas duk cuba gandingkan dengan warna lain..x dapekkkk...semua x kena dan SA sedikit stress masa ni...then capai je la....lantak la disitu..kena ke tak kena ke..


SA dan Mak Andak SA...dia kata kurus plak kali ni...maybe sebab baju katanya..


One more...




eh...boleh plak awak senyum erk Hairi....masa nikah bukan main stress muka masam









Makanan sedap...lauk daging masak lemak tu best betul..sambal bilis petai tu pun sedap


PZ dan cucu serta cicit dia...

v


v


v

Family photo






 

Alhamdulillah....selesai sudah majlis di pihak perempuan...next majlis menyambut menantu plak di Seremban Jaya ...

Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pasangan mempelai! Semoga hidup korang penuh dengan cinta, kebahagiaan, dan kejayaan yang tidak terhingga...Kepada Hairi..semoga menjadi suami yang baik..dan kepada Anisah semoga menjadi seoang Isteri yang mithali...

Monday, May 26, 2025

Majlis Pernikahan Zuhairi & Anisah

Assalamualaikum...

Ahad tarikh sangat cantik...ramai yang ambil tarikh ini untuk hari bersejarah mereka...termasuklah anak saudara SA...so Ahad 25 May 2025 berlangsunglah majlis pernikahan diantara Zuhairi atau kami panggil Hairi dan jugak Anisah...majlis berlangsung dengan sangat meriah di Dewan Dhuha D'Cattleya Senawang.

Seawal pagi SA satu family dh gerak ke sana memandangkan majlis nikah beelangsung pada 9.30pagi.. kami sarapan di dewan aje...

Jom tengok gambar yang sempat SA snap sepanjang majlis nikah...theme majlis pernikahan ni..kami sebelah keluarga lelaki mengenakan pakaian warna hijau...ikutkn theme diorang Sage Green..tapi campur2 dh nampaknya..semua keluarga hijau keluar..ada gak yg x ikut theme..SA dan Nia ikut je..kebetulan ada je baju warna green ..ada cerita disebalik baju Sage green SA....nanti la SA citer next entry..hahaha


Cantik bunting event


Boleh tahan cantik dewan ni..berapa la agaknya belanja majlis ni...


Bagi PZ saraapn dulu..dh elok dia sarapan baru SA ambil sarapan SA plak


Kuih muih je..bihun habis


Ruang acara pernikahan


Pelamin yang cantik...


Ruang makan pengantin


Atok-atok dan nenek saudara yang hadir..



Kami bertiga...



Dulang boys masuk mengadap..dilang girls laju nau x sempat nak amik gambar


Pengantin masuk ke ruang acara pernikahan diiringi Ibunya


Jurunikah pun dah sampai


SA dan sepupu SA...Melati


Ramai kan..inipun x semua yang join


Pengantin dah ready


Masam je muka..confirm nebes ni


Pengantin permpuan pun masuk diiringi mama dia


Cantik....


Hairi ni sebiji rupa arwah Affendi, Along dia...Hairi anak yang ke 3



Khusyuk dengar khutbah perkahwinan




Dengan sekali lafaz, sah bergelar suami...


Alhamdulillah



SA sebagai Mak Saudara sempat selfie dengan anak saudara baru...Anisah



 Selesai batal air sembahyang


Kami semua yang hadir Ahad lepas...


Majlis x habis disitu aje ye....ada persandingan selepas tu dalam pukul 12.30pm...kami semua gerak ke rumah abang sepupu di Taman Seremban Selatan..ikutkan x yah gerak sebab x lama pun jarak masa tu...sudahnya PZ nak pwrgi jugak..ikut aje la ..sudahnya masa ke situ balik xde parking...keaian husband lama tunggu parking ..macam mana nak ada parking sebab hari tu je 5 dewan kat tempat yang sama ada majlis perkahwinan....pergh..masyuk betul event organizer....

Jumpa lagi next entry ye....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah