Thursday, February 21, 2013

Baby Red Dah Keluar Dari Incubator....

Comel tak? Comel Tak?

source from google

Yeeehaaaaaa....yeszaaaaa....sukanya hati mak jemah...baby red untuk kegunaan family selepas baby  black dah abih bayar dah sampai hari ni kat umah....senang hati tgok My mum and My Abah happy x ingat sampai call aku 2-3 kali,lamanya duk dalam incubator kan...baby balck tu atas nama aku...
baby red ni atas nama abah....abah beli untuk kegunaan kami satu family...sebenarnya sales assistant Proton ni dah buat taik kat abah aku..mentang2 orang tua kan...x reti berurusan ngan pihak2 yang terbabit..senang2
duk kena tipu..bukan kena tipu tang deposit ke apa..
tp kena tipu tang ntah bila nak sampai..janji lepas sign agreement 3-4 hari keta dah boleh amik...ni amik masa sampai dekat 2 minggu...setiap kali call ada jer alasan kan...
abah aku kalau dah hangin satu badan...terus la pi opis dia..berani dia nak keluar tunjuk muka..tau plak takut..tp duk menjanjikan macam2 kat orang...buat orang tua tu tertunggu2...
amik kau hari ni dapat terus banyak benda free boss ko bagi...dapat smart tag lagi satu, tinted free,duit minyak dan jugak komisen utk adik ipar aku...dah dia yang rekemen kan....
Apapun cerita di sebalik spekulasi baby red ni....aku dah x kisah...janji balik weekend ni leh ler jalan2 kejap..Ahad nak balik KL balik ..kena pi Jinjang Utara plak pi amik BRIM...ish..duit lagi...
Alhamdulillah...kalau tau seronok dapat duit mcm ni...tahun lepas dah daftar BRIM..hahahaha....nyesal x daftar tahun lepas..tahun ni kena paksa baru daftar...saat2 dah sesak ni ada sumber untuk sampai hujung bulan....alhamdulillah....

Masakan Kampung


Asal masuk tengahari jer terus citer pasal lauk pauk kan...
sajer jer mendengki eh...hahahaha xde la..katanya sharing is caring kan...ni masakan last week kalau x salah aku...menu2 masakan kampung...

 rendang kerang dan pucuk paku tanjung...sedap...
 rendang pucuk paku...dah macam lauk orang lepas bersalin...
gulai ikan sungai...ntah apa nama ikan ni...sedap la jugak..sebab x hanyir...

Weekend adalah hari melepaskan diet....eh...diet ker???xde makna nak diet..
mcm rugi jer kalau weekend x makan lauk air tangan mak sendiri kan...tunggu mak mertua nyer air tangan ntah bila yer tak?hihihihi...
selamat menjamu mata yer u olls....

Dia hilang ingatan’


Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Foto Fizz Fairuz
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.

Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

SUMBER

Budak Suka Berangan

source from FB


Geram lak tgok budak ni pose pegang hp mcm tu...terus teringat si kembar...
si kembar tu memang berangan mcm tu la...amik hp ayah dia..then bawak pi luar..tiru sama macam apa yang kitorang buat...kat umah aku tu line maxis memang susah nak dapat..
kelakar kan...taman peumahan baru line tipon x clear..dalam rumah langsung xde,kalau ada pun certain2 sudut..thats y kalau nak call atau jawab call kena berlari keluar...tu pasal la si kembar tu kalau nampak dia tiru...siap ckp..jap..jap...jap eh...jap...hahahahaha...sweet jer..
tp kalau dah pandai ckp mcm dalam photo tuh..maunya aku ketuk kepala diorang...
amboiiii,....biasa ni kan....


Wednesday, February 20, 2013

Pemberitahuan PMC

Salam U Olls..

Just nak inform stok PMC di tangan aku dah ada banyak....sapa2 berminat seperti biasa sila la email aku di 

suriaamanda@yahoo.com

cuma satu jer la aku rayu kat korang yang dah deal ngan aku tu...tolong la yang betul2 berminat..ni dah deal..dah confirm dah dn dah bagi no akaun aku...
tunggu punya tunggu xde pun payment...x baik la ini macam kan....
senyap tanpa sebarang berita...at least inform la x jadi ambik so aku leh jer jual kat orang lain...bukan xde yang nak..kadang2 stok x cukup kat tangan aku..aku terpaksa plak tolak customer...
so im looking for serious buyers only..
No Backouts Buyers please....

sekali lagi aku inform
sebarang pengeposan setiap hari Rabu dan Sabtu sahaja..

Okbai..

Abby Abadi ‘Menggelupur’ Malu Ditegur Ustaz Azhar Idrus



Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.
Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.
Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain itu, antara jawapan UAI adalah;
“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.
Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.
Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.
Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”
Ehhh.. kenapa Abby ‘menggelupur’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.
Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.
Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.
Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.
Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri?
Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.
UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.
Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.
Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.
Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.
Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak  seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.
Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik.
Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.
**Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik

Bersabarlah Duhai Hati..








 Jika hadirnya seseorang itu hanya untuk "menghadiahkan" airmata kepadamu,
sebenarnya, waktu itulah Allah sedang mendidikmu,
supaya bersifat SABAR dan REDHA..

Bersabarlah duhai hati.. :')

 " Takut kehilangan sesuatu yang tidak pasti,
Seperti kamu tidak redha dengan ketentuan Ilahi.. "

Happy Birthday Marilyn

Salam u olls, bertemu kembali hari ni Rabu...hari tanpa kata2..tp aku nak berkata2 sebab semalam seharian aku xde...aku MC sebab cirit birit teruk..samapi x tido malam...
Isnin lepas birthday Marilyn, PA kepada MD Malakoff, sebenarnya x tau birthday dia..tp mcm pelik kenapa dia belanja kitorang makan rojak tghari tu...

 the cake..cheese cake from SR...
 benda wajib ada...kad of course
 minah ni terkedu jap...x sangka kitoarang celebrate...
 with Dewi..
 mereka2 yang meramaikan collection utk beli cake..Ucop dan Noky
 orang kuat pantry..merangkap mak kitorang..Kak Rofi
birthday girl potong cake pada usia 53 tahun...

percaya? mesti korang x percaya kan? memang umur dia 53 tahun this year...
tp x nampak macam 53 tahun...looks young...kan?
Apa rahsia dia?entah la...x dapat aku nak tolong jawab...mmg dia x nampak tua...
Happy Birthday To Marilyn...may god always bless in all your future undertakings.....


Alkisah Ciuman Pagi...


Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan hari ini.

Senyum.

Tuesday, February 19, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri...


Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

Senyum

Monday, February 18, 2013

LCCT Sabtu Lepas

Beramai ramai menghantar si kudut balik Sarawak...si kembar Adeliya x sihat..cirit birit..so..tumpuan ibunya lebih kepada Adeliya berbanding ngan Aressa..so Aressa adalah mcm merajuk sikit..
tp dia paham kakak dia tgh sakit perut...
Dalam keta gigih kami memujuk Aressa, bagi la dia main handphone si kudut..pandai betul dia main game...kejap jer ajar dah boleh adapt da...

see...leka dia tau...
ni kakak ngan Acu tgh ajar mcm mana nak main game kat Aressa..
Kakak Dania dan atuk...actually ada 2 org askar sebelah tu...tp x berani nak amik gambar, sekali kena tembak mati aku
dak debab comel ni berkenan ngan si kembar..mengikut jer mana si kembar pi..
Ibu dan Ayah si kembar..beli bubur Mc anak2 makan...see nampak kan Adeliya berbaju sejuk tu..
demam cirit birit..tp dia aktif...
kakak Dania...nampak dah besar sgt la plak dressing mcm ni....dia pun sama makan bubur McD...

Uolls...mohon doakan kesihatan Adeliya seperti sediakala...sekarang musim kot...semalam kat hospital pun ramai sgt2 budak demam, selsema ngan cirit birit...pergi hospital tp x warded pun sbb doc ckp itu perkara biasa...agaknya dah lembik baru nak warded kan...
everyone sekarang mesti  jaga kebersihan...penyakit senang berjangkit...aku ni pun tgh x berapa nak sihat...
sakit kepala...badan lemah mcm kurang gula...td lepak jer kat surau..


Souvenir From Laos...


Special thanks to Mya dari  BLOG MAYA.COM, souvenir ni bersempena ngan aku pengomen tegar kat blog Mya,
seronok tgok Mya selalu pi jenjalan, obersea, dalam negara..jgn x tau kami nyer anak dara same age dan panggilan pun sama, Yaya...

 actually parcel ni amik lambat kat Pos Laju sebab aku xde masa tu..keluar pi mana ntah...
 sinonim ngan minat Mya ngan pink...dan ada biz card jugak..
belum rasmikan lagi..

to Mya, terima kasih daun keladi...ada sesapa nak kenal ngan Mya,
sila klik link kat atas tu eh...

Pengalaman Ibu Kehilangan Anak Sejurus Selepas Melahirkan..

Sumthing good to share..tentang KEREDHAAN..

WEDNESDAY, JANUARY 9, 2013

Pengalaman Melahirkan Muhammad Al-Fateeh

Assalamualaikum.Alhamdulillah tamat sudah 44 hari berpantang. Terima kasih kepada mak dan akak yang byk membantu ketika Leen menjalani proses berpantang. Hari ini kekuatan datang untuk menceritakan pengalaman Leen melahirkan anak sulung. Since ramai kwn-kwn tanya proses kelahiran Muhammad Al-Fateeh, tidak kurang juga ada yang menyalahkan faktor kelahiran secara normal penyebab kematian dan faktor doktor.Astagfirulahalazim...siapakah kamu semua yang hendak melawan takdir Allah? Dan siapakah Doktor pula? adakah ilmunya seluas lautan ciptaan Allah? Tidak sama sekali ilmu manusia hanya sebesar jarum. Dan ada juga yg cakap "ank aku masuk juga dalam kaca separuh tu tp ok je". Kaca separuh tu mcm alat supply oksigen Leen rasa. Memang kalu kita dok fikirkan apa kata-kata -ve org boleh bawa mudarat. Tapi bagi Leen sbg manusia kita kena berfikiran rasional. Ada juga yg ckp sbb tak bersalin hospital kerajaan perkara ini terjadi. Ok cuba kalau Leen bersalin hospital kerajaan sure ada yang ckp sebaliknya kannn. " haaa tulah lain kali bersalinlah dgn specialist". Ok takpalah mulut orang memang susah nak control. Dengan secebis ketaqwaan dan sedikit keimanan yang Leen ada ini saya mendengar kata-kata ini dgn tabah dan redha.This is beyond our control, takdir Allah tiada siapa boleh halang. Kami redha dengan takdir anak kami. Oh ye, ada yang cakap anak kami mungkin lemas sbb dah over due 5 hari, tp kalau lemas baby keluar x menangis dan air ketuban akan berwarna hijau. Tetapi Al-Fateeh keluar menangis dan air ketuban Leen berwarna jernih. Tetapi sememangnya lebih ramai family dan kawan-kawan memberikan kata-kata semangat dan sentiasa mendoakan Leen dan suami bersabar atas ujian ini. Alhamdulillah Leen sangat bersyukur. Ramai yang sayangkan kami. Apabila perkara ini terjadi baru kami perasan ramai yang tertunggu kelahiran anak sulung kami ini. Kawan lama kawan baru hadir mengucapkan Takziah. Rumah Leen tak putus putus org datang ziarah. Syukur.Check up 40weeks 2hari - 24 November 2012Hari Sabtu. Kami ke KPJ Seremban utk check up dgn harapan dah ada bukaan yang banyak. Bila sampai sana Dr. Ishak check bukaan masih 1cm. Jantung baby , kedudukan baby semua OK. Leen request nak masuk wad nak induce malam tu. Tp bilik pulak takda dan Dr. Ishak advice better jangan weekend sebab cost nya akan triple..kalu under GL xpe. Tp dia cakap kalu dah sakit datang tau. Takpelah maybe Al-Fateeh seronok duduk dalam perut ibu ye. Hari hari kene belai, beborak, bermain sesama. Doc suruh datang Isnin mlm Selasa.26 November 2012Alhamdulillah lepas solat Asar Leen sempat baca Surah Maryam. Lepas Magrib baca Yassin. Lepas dinner dgn mak kami bersiap siap untuk ke hospital. Call family mertua di kampung untuk minta restu, ntah kenapa air mata ini murah sangat untuk gugur. Jadi cakap yang penting penting je lepas letak telefon minta maaf dengan mak pula, pun sama. Hujan renyai sepanjang perjalanan kami berdua bersembang-sembang sambil usap perut. Pukul 11pm sampai KPJ. Nurse sambut dgn kerusi roda. Nurse bagitahu yang Dr.Ishak lama tunggu kami td tapi sekarang dia dah balik. Jadi nurse suruh masuk bilik dulu. Kami dapat bilik besar siap ada pantry, Nurse cakap bilik tu tgh nak modified jadi LR. Bayaran masih sama untuk standard room, Alhamdulillah rezeki jgn ditolak. Selepas Nurse masukkan ubat buang air dan Leen pun dah membuang Leen dihantar ke LR. Nurse pasangkan CTG. Pukul 12mlm Dr.Ishak pun sampai.27 November 2012Dr.Ishak bagi briefing procedure yang akan dia buat kt Leen dan bagi tahu kaedah tahan sakit iaitu happy gas, pethidine dan epidural. Buat VE, still 1cm. Pecahkan air ketuban. Masukkan induce ikut tangan. Sebelum Doc balik dia pesan "masa tgh xsakit tgh sedar ni bacalah ayat Kursi ye dan selawat" ok baiklah Doc. "See you at 9am tomorrow. InshaAllah awak akan bersalin jam 11pg esok." Tinggallah Leen and husband dalam LR yg dipasang lampu suram suram dgn harapan Leen boleh lelapkan mata. Tp tidak. Contraction pertama datang pukul 1am. Nurse keep monitor CTG dan proses menukar-nukar alas cadar berlaku apabila Leen dok menahan sakit sampai terjatuh jatuh lapik lapik kt katil tu. Nurse offer pethidine, Leen refuse sbb ubat tu tahan 6 jam je so Leen plan nak ambil siang nnt.Pukul 4am contraction makin sakit Nurse offer pethidine terus Leen setuju. Ubat tu buat Leen mengantuk. Tapi bila contraction memang Leen tak boleh nak tidur. Tambahan pula, masa tu Nurse keluar masuk keluar masuk mcm ada sesuatu tak kena. Hati Leen jadi xsedap. Nurse bagitahu graft CTG xcantik. Nurse cabut semua wayar induce dan pethidine termasuklah happy gas nurse xbagi Leen sedut lagi.Nurse bagitahu jantung Al-Fateeh lemah everytime contraction yang kuat. Leen tepuk tepuk perut kejutkan Al-Fateeh, nurse pun suruh Leen mengiring ke kiri bagi oksigen kat anak masa tu Leen tak fikirkan sakit dah Leen follow je arahan nurse. Nurse minta husband Leen bagi minum air selusuh, zam zam dan makan buah kurma. Nurse tgk atas meja ada akar fatimah, nurse suruh Leen minum tp takboleh sbb husband dah kelam kabut g rendam air tu dgn air sinki. Husband sapu air zamzam kt perut Leen kt muka. Masa tu ada 2 kali Leen dgr bip yg kuat dari mesin CTG tu, bip kuat menandakan jantung Al-Fateeh drop. Nurse call Dr.Ishak minta datang awal. Masa tu bukaan dah 10cm. Masa tu rasanya baru pukul 7am.Pukul 8.30am segalanya berlaku dengan pantas. Leen mcm mamai lagi waktu tu katil tu bertukar menjadi pendek tempat kaki tempat tangan semua ade. Lampu terang. Nurse ramai2 masuk. Dr.Ishak dan wife datang, Leen pelik kenapa wife Dr.Ishak ada. Memang sebelum tu Leen ada sign borang pilih Dr. Wan (wife Dr.Ishak) sebagai Doc bayi Leen. Tapi kenapa dia datang awal sgt. Selalunya dia akan datang after baby dah masuk nursery room, ini baby belum keluar Doc kanak kanak dah ada. Bermula sesi push... Phobia dgr perkataan "lagi lagi lagi lagi lagi sikit lagi lagi" ada bidan sorang tu renjis renjis muka Leen dgn air akar fatimah tu bg Leen sedar. Leen rasa dah abes teran dah tu. Husband kejap duduk kt kepala Leen kejap kat depan. Lepas tu ada ketika kaki Leen ni bergerak. Bidan ckp kaki jgn gerak. Leen sempat jwp "tolonglah pegangkan kaki saya" dalam keadaan lemah boleh lg Leen bckp tu. Husband cakap "sikit lg b sikit lagi" Pap! Terus Al-Fateeh ada atas dada Leen dengar dia menangis husband sedih Leen pulak gelak sambil cakap "Subahanallah anak ibu" tu je words yg Leen ingat. Kejap je tak sampai seminit. Tak dan nak amik amik gamba Dr. Wan terus amik letak kt baby cot sebelah Leen. Masa tgh Dr.Ishak jahit , Leen tgk je Al-Fateeh ada tong oksigen sampai Leen bingung kenapa tong tu dipasang kt anak Leen. Leen fikir mungkin macam tu. Mungkin itu normal. Lepas tu terus dia bawa anak Leen ke nursery room. Husband pun Leen dah xnmpk. Tinggallah Leen dan Doc dan nurse nurse untuk bersih-bersihkan Leen. Keluar je dari LR ramai family Leen tunggu. Memang meriah semua seronok Leen tgk. Husband masuk bawak gamba anak. Perfect! Leen tgk hati senang. Mak suruh Leen rest dulu. Husband plak pergi uruskan uri Al-Fateeh. Leen xberapa nak lena sgt sbb xsabar nak tgk anak. Asal ada org masuk Bilik Leen jenguk ingat anak. Tghari Husband ckp "anak dah berak kencing semua tp ade problem sikit dengan jantung dia. Tp xda apa-apalah jgn risau". Mak Leen cerita balik masa pergi ke kaunter nursery tu mak tanya nurse kt situ bila cucu makcik boleh keluar. Mak cakap nurse2 pun mata merah nak nangis. Nurse minta mak Leen doa byk2. Mak Leen bagitahu Leen suruh bdoa. Pukul 4pm Dr.Wan panggil Leen dan Husband. Kami diberi briefing pasal keadaan Al-Fateeh. Masa Leen dengar berita tu Leen memang berserah 100% kepada Allah untuk selamatkan nyawa anak Leen. Dr. Wan bagitahu yang Al-Fateeh punya jantung tak boleh pum dgn kuat. Pumping jantungnya lemah. Bila masukkan ubat dan supply oksigen juga lemah. Al-Fateeh xdapat bekalkan oksigen keseluruh badan dia. Masa tengahari tu jantung Al-Fateeh terhenti. Leen tanya selalu ke kes macam ini, dan possibility untuk selamat. Doc kata biasa kes macam ni possibility kita serah pada Allah. Dari situ Leen dah dapat agak kami bakal mendapat berita buruk. Tgn Doc pun Leen tgk masih putih kesan air ketuban yang menyalut badan anak kami. Memang doc berusaha untuk selamatkan nyawa anak kami. Semua pakar dah buat treatment,scan,x-tray,ujian darah,tgk otak semua baik semua kondisi OK. Jantung pun ok takda jantung belubang. Masa tgh Dr.Wan bagi briefing Leen dgr bunyi bip yg kuat. Dr.Wan minta diri dulu dia ckp "ibu be strong ye, ibu kene kuat jgn nangis, ok saya minta diri dulu sbb tak boleh tinggalkan anak ibu lama2". Leen dan Husband xtahu nak cakap apa dah. Kami keluar dari bilik tu terus terduduk. Leen memang tak kesah sakit time tu. Family bagi kata-kata semangat walaupun mereka tak tahu perkara sebenar. I love my family so much. Mereka saling whatsApp gamba Al-Fateeh. Kakak Leen send gamba Al-Fateeh dekat kwn kwn Leen right after delivery... Semua cakap rupa Leen. Husband juga pagi tu dah post di FB pasal kelahiran.430pm Dr.Wan bagi Leen tgk Al-Fateeh. Runtuh hati ni tgk anak yang dikandung 40minggu berwayar wayar dan sedang bertarung nyawa. Leen usap dada dia. Leen cium dia, kaki ni mcm nak tercabut husband pegang je Leen. Leen ckp "Fateeh anak ibu jgn tinggalkan ibu" tak mampu nak cakap banyak banyak. Tiba tiba mesin tu berbunyi lagi Dr. Wan suruh kami keluar. Leen masuk dalam bilik ditemani Family, husband ke Surau lebih kurang jam 5pm. Dr.Wan dan Dr.Ishak datang ke arah Leen. Bagi tahu yang anak kami tidak dapat diselamatkan. Leen mendengar dgn tabah dan tenang. Ahli keluarga Leen yang menangis dulu. Leen ckp anggaplah ni mimpi. Dr.Wan n Dr.Ishak memberi penjelasan...tp otak Leen ke lain sampailah husband Leen datang Leen nangis sekuat hati and said "Allah tak sayang b!" Husband keep on hug me sekuat hati dia. Dr.Wan bagitahu Al-Fateeh tidak boleh adapt dengan tekanan udara di luar, tapi tekanan dalam rahim dia ok. Sebelum keluar Dr.Wan hug Leen kuat kuat. 

Ini Leen copy paste daripada http://mamanurin.blogspot.com/. 
Persistent Pulmonary Hypertension of the Newborn (PPHN)Persistent pulmonary hypertension of the newborn (PPNH), also known as persistent fetal circulation, occurs when the circulatory system of a newborn does not adapt properly to support breathing outside of the womb. When a baby is born, its first breath of air should cause the blood pressure in the lungs to fall and increase blood flow to the lungs, where carbon dioxide and oxygen are exchanged. As part of this process, a baby's ductus arteriosis should constrict and permanently close - usually on the first day of life. In babies with PPHN, the ductus arteriosis does not close, or does not close properly, and lung pressure remains high. This causes blood to be directed away from the lungs. In turn, the newborn's blood is not properly oxygenated and many of the baby's organs can be affected including, most importantly, the brain. Low blood flow to the brain can cause cerebral palsy. PPHN is most common in post-term or full-term babies who have experienced a difficult birth and have experienced asphyxia (lack of oxygen), ischemia (lack of blood flow), or other fetal distress (e.g., fetal heart rate decelerations). It occurs in approximately 1 in 700 births.

Lepas tu family tenangkan Leen. Bila dah cool down baru nurse panggil tgk Al-Fateeh. Masa tu hanya jasad sahaja yg tinggal. Sementara menunggu Al-Fateeh sampai Leen tenangkan husband Leen cakap "takpe ayang ade b, b ade ayang" air mata jatuh berjujuran tanpa bunyi kami menangis. Ya Allah masa dapat dukung tu seronok sgt. Mcm tido je dia masa tu. Kami bertiga je dalam bilik tu. Lama juga dalam bilik tu. Memang iras Leen. Baru-baru ni tetiba husband tanya Leen "b sabun apa yg nurse pakai kan Fateeh tu masa kte nak balik tu?, bau dia wangi sgt" Leen ckp xtahu sbb idung Leen tersumbat. Nurse dtg rumah tanya darah nifas bau apa pun Leen ckp xda bau. Mungkin Allah saja bagi Leen hidung tersumbat ketika itu agar Leen xterkenang.After long procedure and Leen minta balik Dr.Ishak pun bagi Leen balik sambil pesan "ur tears byk tau, take care." Ermmmm ngerisss! Tp kalau org tanya sakit tak bersalin? Serius Leen lupa. Memang ajaib. Puas Leen recall sakit bersalin ng sakit kena jahit tp dapat. Allah xnak bg rasa serik lagi untuk bersalin..barangkali.Al-Fateeh di bawa pulang pukul 6pm. Leen keluar hospital pukul 7pm. Dalam kereta kami berdua senyap. Hujan renyai. Sampai rumah orang ramai berkumpul depan rumah. Leen ingat Leen akan Ok tp turun je kereta Leen tumbang tak tahulah bape orang dukung Leen. Yelah memang bukan itu plan kita kan disambut dgn muka sedih yang kita harapkan di sambut dgn senyuman dan di tahnik kan. Tp kita hanya merancang Allah menentukan. Leen duduk tepi Al-Fateeh xbrani nak usik sbb Leen masih belum bersih. Ramai yang big hug Leen. Ramai datang ternyata semua terkesan dengan pemergian Al-Fateeh.Masa cium kali terakhir before dikafan kan pun Leen tumbang. Wajah Al-Fateeh sangat tenag berseri seri, bibir merah, putih sgt. Macam tidur je. Masa disembahyangkan ramai juga orang. Hujan turun dgn lebatnya tp selepas selesai solat jenazah hujan berenti. Lepas tu husband Leen yang dukung Al-Fateeh, nak bawak ke kurbur. Leen pergi ke arah beliau sekali lagi Leen tumbang sedar sedar dah ada dalam bilik. Malam tu mmmmmm 3 malam tu memang tak tenang. 3 malam buat tahlil arwah..ramai yang hadir. Ujian itu hadir dalam keadaan yang tidak pernah terduga oleh kita. Tiba-tiba sahaja terjadi sehingga kita tertanya-tanya apakah hikmah di sebalik ujian yang datang? Sukar untuk difikirkan. Namun, disebalik ujian itu, barulah kita faham, ada perkara yang ingin disampaikanNYA. Bersangka baiklah pada Allah. Allah yang bagi kita ujian jadi berbaiklah dengan Allah untuk dapatkan pertolongan. Sesuatu yang hilang diganti dengan lebih baik. Ya. Muhammad Al-Fateeh is the best for us, tapi Allah lebih sayangkan beliau, mesti Allah akan gantikan dengan yang lebih terbaik.Mungkin kalau Al-Fateeh terus hidup akan mengalami masalah jantung dan mungkin Leen x sabar dengan ujian yang macam tu. Atau mungkin Leen akan sentiasa menangis tgk keadaan Al-Fateeh menderita sakit jantung. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada juga yang cakap kenapa tak czer. Ok mcm yang cakap tu Doctor pula. Bagi Leen Doctor lebih tahu condition Leen and baby time tu. Hikmah disebalik kejadian Leen x czer, kalau Leen czer peluang nak mengandung lagi kena tunggu 2 tahun. Ini diantara hikmah dugaan yang Leen nampak, tapi sebenarnya lagi banyak yang tak tercapai dek akal Leen untuk fikirkan.

Source taken from FB.

TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULLULLAH

SHARING IS CARING
Ibu-ibu sekalian,

Jom tengok 4 Tahap Mendidik Anak mengikut Sunnah Rasulullah <3

Ibu-ibu sekalian,
Sesuatu yang menarik untuk di share bersama....

Sunday, February 17, 2013

Entry Untuk Kaum Lelaki..Ada Berani?

Lelaki sekarang boleh merasai bagaimana sakitnya wanita bersalin...
LELAKI CUBA RASA KEADAAN WANITA SAKIT BERSALIN ???

BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu seksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.


Allah telah menciptakan seorang wanita itu penuh dengan kelembutan dan seorang wanita sering dianggap lemah kerana mudah untuk mengalirkan air mata.

Tetapi uniknya seorang wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin iaitu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak sedangkan tubuh badan manusia dikatakan hanya dapat menahan45 Del kesakitan sahaja. 

Subhanallah...Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu itu...Tak terbalas jasa seorang ibu itu walaupun untuk sehembus nafasnya di saat dia melahirkan kamu...

♥ Khas buat Kaum Adam semua...hargailah ibu dan isteri anda ♥
sumber FB


LELAKI CUBA RASA KEADAAN WANITA SAKIT BERSALIN ???

BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu seksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.


Allah telah menciptakan seorang wanita itu penuh dengan kelembutan dan seorang wanita sering dianggap lemah kerana mudah untuk mengalirkan air mata.

Tetapi uniknya seorang wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin iaitu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak sedangkan tubuh badan manusia dikatakan hanya dapat menahan45 Del kesakitan sahaja.

Subhanallah...Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu itu...Tak terbalas jasa seorang ibu itu walaupun untuk sehembus nafasnya di saat dia melahirkan kamu...

♥ Khas buat Kaum Adam semua...hargailah ibu dan isteri anda ♥

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah