Friday, June 17, 2016

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Campur Rebung


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
Campur Rebung

Bahan-bahan

1. Setengah ekor Ayam
2. Cili api segenggam
3. Kunyit hidup sebesar jari telunjuk
4. 4 batang serai
5. Rebung 2 bungkus kecil
6. Santan 1/2 kilo
7. Asam keping 2 keping

*bahan 1&2 tumbuk hancur

Cara-cara

1. Masukkan ayam dalam kuali, sekali dengan cili Dan Kunyit yang Dah ditumbuk..masukkan serai juga..biarkan seketika sampai air dari ayam jadi kering
2. Masukkan Santan kelapa Dan sedikit air..
Gaul Selalu untuk elakkan bertaik Minyak
3. Masukkan asam keping
4. Dah menggelegak masukkan Rebung..
5. Gaul Dan biarkan seketika
6. Perasakan garam
7. Kuah Dah Agak pekat boleh padamkan api

Goreng Ikan masin untuk Tambah selera Makan...nak plak kalau dapat Ikan masin tenggiri jeruk...Sedapnya...

Selamat mencuba ye...


Thursday, June 16, 2016

Update Mak Lepas Operation..

Assalammualaikum..
Pukul 12 tadi mak dh selesai operation Dan dh dihantar ke ICU..


Mak...
Mak Dah selamat operation tau...Mak dah ada dalam ICU Dah..Tapi mak masih belum Sedar..semua ada ni Mak..semua tunggu Mak sedar..Doktor cakap biasanya petang Insyaallah patient akan sedar..Kami ada je kat ruang menunggu ni...sampai masa melawat nanti along Dan yg lain-lain masuk tengok Mak ye...
Mak kuat semangat tau...along tak sanggup tengok Mak dalam keadaan macam tu..along tau Mak kuat...subuh pagi tadi kita baru je borak2..rasa lain plak tengok Mak masih tak sedar


Allah..Selamatkan Bondaku..

Sebak mengiringi Mak ke Dewan pembedahan..Kami adik beradik dan ipar duai dengan semangat yg hampir rapuh mengiringi Mak..Mak nampak tenang tapi dalam hati Tak siapa tahu..bergenang airmatanya tatkala kami semua memberi kata2 peransang..ampun maaf dipinta..semoga Mak kuat semoga semangat Mak berlipat ganda..sejurus lepas Mak ditolak masuk ke Dewan Pembedahan..berjurai airmata kami...
Ya Allah perasaan yang macam ni yang Aku tak suka tetapi perlu kami hadapi...ikutkan tak boleh langsung ambil gambar tapi adik ipar aku cekap...hanya ini yang terbaik yg dapat aku abadikan dalam diary maya aku ni...


Jauh rupanya Dewan bedah


Sejuk macam air batu..kena pakai jaket..adik Aku tanya dejak bila ko bawak motor..Ingat naik motor je ke bleh pakai jaket kulit


Mak get ready nak masuk Dewan bedah..

Part yg paling sebak nak cerita..taklimat untuk keluarga di beri, kami di beri masa untuk salam dan cium Mak..ampun maaf dipinta...cuak memang cuak tapi harus kami hadapi..kami mahukan yang terbaik buat Mak.....Anggaran masa operation 5 jam..seksanya sebuah penantian..betul kata pujangga..penantian satu penyiksaan..
Semoga Allah permudahkan pembedahan dan segala urusan Mak...
Amin....

Mohon kawan- kawan doakan untuk Mak..


Tuesday, June 14, 2016

Duit Raya Terpijak Ni!!!

Salam Hormat..

Saya Puan Hamidah, dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit dibahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya. Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan mendorong anda membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $2.1 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2012

Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris. Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan
bantuan anda.

Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS. Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ii akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda balas email ini melalui mail peribadi saya (hamidah_yahaya@yahoo.com).

Yang Ikhlas,

Puan Hamidah

* macam-macam percubaan Puan Hamidah ye..baik betul hati tu ha...ni kali ke berapa ratus ntah dia email aku tapi aku takkan tertipu la..Dah banyak spam email macam ni dan dh ramai mangsa disebabkan email macam Ni...takpe la Puan Hamidah..Saya Tak perlukan kekayaan...saya selesa sederhana macam ni...

Napak sgt guna Google translate

Baju Melayu Tak Perlu Di Hipster kan....

Korang dh tengok gambar baju Melayu yang viral kat Facebook?Apa pendapat korang?korang rasa perlu ke baju Melayu di ubah penampilannya
Pendapat aku la kan...baju traditional kita memang dah sedia cantik dah..dalam zaman moden ni rasanya tak perlu Di modenkan atau Di Hipster kan..macam tak relevan..buruk..dah tak nampak uniknya baju Melayu Di pandangan mata...


Dh macam Kimono Wrap plak dh..


Kain pelikat and baju kurung kedah
Gambar sumber FB


Bila aku tunjuk gambar Kat atas tu pada kawan-kawan...semua cakap ntah apa2 fesyen sekarang..mengarut je..kalau takde pilihan pun diorang takkan beli...pakai je baju yang lama katanya...makin teruk plak industrial fesyen ni..semua nak di Hipster kan..


Pekena Asam Pedas Di Restoran Mimpi Muor

Assalammualaikum...
Minggu lepas berbuka Di Mutiara Damansara..first time datang sini dan tak sangka ada banyak tempat makan menarik rupanya..tapi kali ni aku cuba makan Masakan Muar yang terkenal dengan Asam Pedasnya..cuma sayangnya masa ni tak sempat amik gambar asam pedas..dh nak buka posa baru diorang keluarkan...


Sambal sotong


Ayam bakar


Kailan goreng


Ikan masin bulu ayam


Jus tembikai

Alhamdulillah..makan sampai pijar mulut..jari pun jadi pijar..tp terbaik la...makan untuk 2 orang cuma RM70
Nak Cuba?

Sila terjah
Restoran Mimpi Muor
26-1, Jalan PJU 7/16A
Mutiara Damansara
Tel :037722 2786

Call dulu buat reservation tau...


Monday, June 13, 2016

Apakah Yang Bakal Berlaku Pada Rania?


“It looks like you have a serious eye damage Ma’am…”
Bagai panahan petir menikam jiwa, pipi Rania pantas terasa basah dengan genangan air mata. Dunia bagaikan terpadam lampunya.
Keputusan ujian doktor yang baru diterimanya sebentar tadi sungguh tajam merobek hati dan emosi Rania. Lidah yang petah kini bisu. Mati.. mati dari terus berkata-kata.
“Azman tidak perlu tahu perkara ini” Bingung dengan keadaan sekarang, Rania nekad untuk menyimpan rahsia ini daripada suaminya.

*  *  *  *  *

Sejak peristiwa itu, rentak kehidupan Rania mula berubah.
Emosinya membentak, jiwanya rajuk, titisan air mata tidak pernah lekang di pipi.
Gurauan Azman semuanya tidak diendahkan. Semunya ditarik muka.
Masa semakin singkat. Pandangannya semakin mengganggu.
Wajahnya… wajah Azman…. semuanya semakin kabur.

Berita yang perit tetapi lewat diketahui, menimbulkan kekacauan dalam hati suaminya.
Otak cuba menghadam tetapi emosi meracau dan mendesak.
Tanpa butir kata, Azman cuba mengukir senyuman.
Walau pahit.. namun cuba ditelan.. cuba disembunyikan..
Rambut Rania diselak... dahi dikucup... mata bergenang lagi..

Apakah yang bakal berlaku kepada Rania?
Adakah beban yang dikongsi ini larat digalas Azman?
Mungkinkah Azman beralih arah? Atau mungkin mereka kuat bersama?

Mungkinkah akan hadir cahaya? Atau gelap terus menanggung derita?


REMY ISHAK . NORA DANISH . AIZAT AMDAN

Raniaku
20hb Julai 2016

#SRGraniaku #raniaku #SAFImalaysia


Emergency Dan Bateri Kereta Kong?Call Aje Bateriku.Com....


Kadang- kadang kita yang ada kereta ni akan alami pelbagai masalah kan?kereta mati tengah jalan tiba-tiba la..terpaksa pulak tolak kereta beramai ramai...itupun kalau ada yg nak tolong..kalau takde? confirm aku yang vogue de vass Ni kena turun tolak sekali..ko bayang pakai baju kurung ke kebaya ke ngan kasut tumit tinggi...tak ke malu..keta kiri kanan hon...ciss bedebah..tebal muka wooo..sib baik cuma bayangan je..kalau Betul..sure mimpi ngeri

kalau orang lelaki akalnyer panjang ye tak..kalau kita yang perempuan ni terus mati akal...time tu la akal tu tak berfungsi..panik pun cepat tiba...lagi haru bila enjin kereta tak boleh start bantai buat drama tamil...drama tamil? yer la drama tamil..call sesapa yang teragak pas tu terus menangis mengongoi...itu aku la...setakat ni aku pernah 2 kali mengalami masalah bateri kong, selain jumper dengan kereta lain sementara waktu pernah jugak towing kereta ke bengkel yang mana menelan belanja yang agak tinggi. 



Bateriku.com Penyelamat Di Kala Emergency 


Masa tu memang tak tau wujudnya Bateriku.com sebab Tak pernah pun terbaca ke atau tertengok iklan Bateriku.com Ni..ye la Aku bukan celik it..baca pun suratkhabar jarang sekali..kalau baca confirm bahagian hiburan je...nak jadi cerita kebetulan adik sepupu aku ada  cerita pasal Bateriku.com ni..Alah masa kejadian tu dah agak lama dah..beberapa tahun lepas..kereta dia breakdown kat area Senawang..Mula-Mula dia inform pomen suruh tukar bateri tapi  yang hairan pomen x tukar bateri terus.. Dia check dulu dgn Bateriku.com. bila crew  sampai Dan check .. katanya "Bateri bole pkai lagi & kita tak charge abg"..Dia pun pelik  tetapi dia sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh staff bateriku.com. servis bagus cepat dan tangkas..

Sejak dari tu contact number Bateriku.com memang Dia Simpan dalam handphone malah bukan dia sahaja yang simpan tapi tiap kali keramaian dan kami berjumpa dia akan cerita kehebatan bateriku.com..Kami semua dipaksa simpan contact number sekiranya berlaku kecemasan....Kalau dah simpan contact number nnt apa2 jadi ngan bateri kereta takde la mati akal lagi..Senang jer..contact bateriku.com

Kadang2 kat office adalah jugak sorang dua member aku tatau langsung bab2 bateri kereta..Aku citer laa serba sikit pasal bateriku.com ..Pastu aku suruh diaorang google laman web bateriku.cok untuk maklumat lanjut..Wahh hasilnya..diaorang cakap .kena simpan ni nombor bateriku.com untuk kemudahan di kemudian hari..Pastu diaorang ckp lagi kat laman web dan juga fb  bateriku.com byk info mnegenai bateri yg selama ni diaorang tak tau..bateri kong pon diaorang tak tahu apa tanda2nya..





Sekarang ni tak perlu nak panik..tak perlu nak menangis tak tentu pasal, tak payah nak ada perasaan cuak..kalau dah masalah bateri kong kena la cari jalan penyelesaiannya...tak kisah la kejadian berlaku di dalam kawasan rumah, di tepi highway atau dimana sahaja, korang boleh call Bateriku.com...serahkan pada yang pakar dan servis terus sampai mengikut area korang tinggal..kalau korang nak tau bateriku.com beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Dan dengarnya bateriku.com akan mengembangkan sayap mereka beroperasi ke seluruh Malaysia pada penghujung tahun ini. Hebatkan Bateriku.com?

Kenapa Mesti Memilih Bateriku.com?

  1. Sebuah syarikat berdaftar yang kukuh dan boleh dipercayai




2. Servis yang cepat, penghantaran dan pemasangan percuma



3. Harga serendah dari RM125 HANTAR > PERIKSA > PASANG


call datang ke rumah pun boleh..


servis Bateriku.com tip top

Ramai yang berpuas hati dengan servis Bateriku.com


4. Kalau tak cukup cash dalam dompet boleh jer guna debit card dan jugak kredit card..




So korang yang selalu berhadapan dengan masalah bateri kereta kong secara tiba-tiba? emergency dan tak tahu nak mintak bantuan sesiapa?

Tak perlu pening..Tak perlu runsing..dan yang penting tak perlu nak tolak kereta dah...

BATERIKU.com ada jawapannya..yg pasti servis terbaik dan memuaskan..


Simpan elok-elok no tipon dorang tu...

Hubungi TOLL FREE Bateriku.com :
1-800-22-2324
Atau
012- 245 8027 - Lembah klang
019 - 699 8279 - Johor Bharu
012 - 685 8727 - Negeri Sembilan
018 - 202 6153 - Melaka

Pastikan jugak kredit HP korang ada ye..kalau Dah bermasalah tetiba Takde kredit macam Mana plak nak call Bateriku.com?kan?
#jqngankecamsaya

Alamat : 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
Telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Fax : 03-78430106
Email : info@bateriku.com
Website URL : www.bateriku.com

Friday, June 10, 2016

Buffet Ramadhan "Dine At Home" Di 9Kedondong, Jalan Ampang Hilir

Hujan lebat dan terperangkap dalam kesesakkan lalulintas yang maha hebat tidak mematahkan semangat aku untuk berbuka puasa di 9Kedondong semalam. Walau sampai agak lewat dan hampir dengan waktu berbuka..sempat jugak Aku merakamkan kemeriahan suasana berbuka puasa dengan tema " dine at home". Kawasan yang sangat privasi berdekatan KLCC bukan sahaja sesuai untuk berbuka dengan keluarga malah sesuai untuk gathering secara berkumpulan dengan kawan sekerja.


Sebuah rumah banglo yang besar yg memikat hati 


Laluan utama ke Dewan Makan yang besar Dan luas serta laluan Ni menjadi daya tarikan sebab sangat cantik Dan sesuai untuk bergambar..



Antara senarai makanan yang disediakan di 9Kedondong



Kambing panggang Harus ada..Tp x Sempat nak rasa


Pelbagai jenis Kerabu serta ulaman


Rojak Buah


Pisang goreng, Cucur Bawang, Cucur Udang Dan Cekodok pisang


Bihun Sup/Sup Daging


ABC


Nasi Kerabu

Sebenarnya banyak lagi makanan tapi tak sempat nak ambil gambar sebab kebanyakkan dah habis..see..ramai yg berbuka kat sini sampai makanan cepat sangat habis kan...

Jom tengok apa yg sempat Aku rasa


Nasi puti, Daging masak minang serta Siput sedut



Bihun Sup


ABC


Ulam ulaman pasti jadi pilihan


Cencalok my fav


Puding


Buah buahan


Semalam Sempat semeja dengan Kak Hanny dari diarymama.com
First time berborak tapi second time jumpa



Shafiqah Hashim, Diya Nadia, Suraya Sulatin Dan Ida Baharum


Second pose


Operasi 9Kedondong Bermula Pada 10 June 2016. Kemudahan untuk solat Maghrib,Isyak Dan Terawih bersama ustaz jemputan turut disediakan

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :

Harga buffet
RM55 dewasa
RM28 kanak2

9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

Waze : 9Kedondong

Haziq - 0172250705
Aizat - 0168868311

Selamat Mencuba Dan Selamat Berbuka...


Thursday, June 9, 2016

Cashier Bermandikan Beras Mughal Faiz Basmathi

Aku tak tau la nak kata kejadian ni kelakar ke atau malang...kelakar ada..malang pun ada..kisahnya aku nak beli beras masa lepas berbuka hari pertama..pergi Tesco pas tu pilih la barang2 dan ternampak beras Mughal Faiz Basmathi tengah diskaun..biasa harga hampir cecah RM50, kat tesco masa tu RM34.99 untuk 5 kg...then dah amik beras tu jalan- jalan la lagi nak cari makanan lain plak...tapi takde yang menarik..then ternampak satu bahagian tu harga beras yang sama RM43.99..eh kau dah kenapa..kat rak section beras tu lain reganya...tu yang aku amik gambar tu...kalau masa punch harga Mahal dari harga yg terpampang mmg nak pi customer service kaunter


Aku baru tau beras Mughal keluaran Faiz ni rupanya bukan hak milik Faiza...ini dari syarikat pesaing dan takde kena mengena dengan Faiza Sdn Bhd..


Patut la jauh lebih murah harganya...

Nak dijadikan cerita..

Sampai kat kaunter aku susun semua barang dalam troli..aku tak letak kasar pun..letak macam biasa je...sampai turn aku cashier tu angkat dan hempas kuat depan dia..terus ghauuuuuuu...bermandikan beras cashier tu...ya tuhannnnnnn.....then cashier tu salahkan aku siap tanya kenapa amik yang koyak..aku cakap masa i ambil elok je takde pun koyak until u angkat dan letak secara kasar...its not my fault...then datang supervisor dia..siap suruh aku pergi ambik beras yang baru kat rak..memang tak la aku nak pergi ambik..aku nak cepat kot..then aku suh dia cancelkan aje..Q dah la panjang belakang aku..ni nak suruh aku pi ambik plak....memang tak la...Aku bayar mana barang yang ada je pas tu balik..nasib kau la cashier..buat kerja tak betul tu satu hal la kan..dh mungkin takde rezeki aku nak makan beras Basmathi...

Kalau korang takkan korang nak patah balik amik yg Baru kan..kalau dekat rak tu takpe..Ni nak kena jalan jauh nak cepat..patah plak balik ke kaunter.....Rugi tau lemak2 yang Aku kumpul...eh.....Hahaha...tapi kalau diberi pilihan Aku support beras keluaran Faiza la...bukan pilih kasih..dh rasa macam Beras tiruan plak..tgok pack Dia rapuh sampai bleh pecah pun dh cukup...better beli yang Ori...puas hati..


Rumusan Fisiologi Puasa.

Fasa 1 - Hari 1-2


Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7


Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15


Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30


Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah...

Nak Cantik Nak Putih Menjelang Syawal?

Nak kulit cantik dan cerah menjelang Syawal tahun ni? Jangan risau, masih sempat lagi. Dengan hashtag #sempatlaginakcantik #sempatlaginakputih oleh Zenia Beauty, Syarikat pengeluar supplement kecantikan terutamanya yang mahu memutihkan kulit serta mencantikkan kulit dari dalam, sekarang ini sedang mengadakan RAMADHAN SALE Zenia Beauty bermula dari hari ini sehingga terjual 100 botol unit setiap satu sahaja. Dengan setiap pembelian 2 botol Transgluta/Transbella atau Combo Zenia Collagen anda akan menerima Sampul Duit Raya Zenia Beauty FREE sebanyak 10 keping! Berikut ialah senarai harga promosi untuk Transgluta, Transbella dan Zenia Collagen.



SENARAI HARGA PRODUK ZENIA BEAUTY SEMPENA RAMADHAN SALE 2016


2 Transgluta = RM120.00 (Previous promo price RM70.00/bottle) Jimat RM20.00
2 Transbella = RM130.00 (Previous promo price RM80.00/bottle) Jimat RM30.00
1 Transgluta + 1 Transbella = RM125.00 (Jimat RM25.00)
Zenia Collagen = RM80.00 (Original Pirce RM150.00) Jimat RM70.00
Zenia Collagen + Transgluta = RM150.00 (Jimat RM70.00)
Zenia Collagen + Transbella = RM155.00 (Jimat RM75.00)

*FREE POSTAGE for Zenia Combo only. For Transbella/Trangluta price excluded postage


Untuk melihat testimonial dari pengguna product Zenia Beauty yang semakin cantik, putih dan berseri-seri boleh check di Instagram mereka iaitu @Transgluta. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila WhatsApp ke 012-9184042 (Suraya) sekarang. Jom cantik dan gebu menjelang Syawal. Baru semangat nak raya. Heeeeeeee.

Wednesday, June 8, 2016

Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api Suriaamanda

Sebenarnya dah buntu tak tau nak update apa..terus teringat nak share resepi ayam pencen masak lemak cili api ni...konsep nya sama jer macam amsak lemak cili api biasa aku masak..cuma untuk ayam pencen ni kena rebus lama sedikit dengan air kelapa untuk bagi daging ayam ni lembut...sebenarnya ayam pencen  ni lagi sedap dari ayam daging tau...sebab dia tak banyak lemak...daging agak keras skit...

Ayam Pencen???

Kenapa di panggil ayam pencen? alaaa korang ayam pencen ni sama jer dengan ayam tua...aku tak tau la dah mak abah aku sebut ayam pencen...aku pun mengikut je...hehehe...ok resepi yang ni aku share versi NS sebelah kampung aku kat Kuala Pilah...


Resepi Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam Pencen/ Ayam Tua potong 12 atau ikut suka
  2. Rebus ayam dengan air kelapa ( 1-2 jam)
  3. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  4. kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  5. Serai 5 batang
  6. Santan 1 biji Kelapa
  7. Asam Keping ( 2 keping)
  8. Kentang 3 biji potong 4
  9. bahan no 3-4 di tumbuk lumat
Cara- cara masak 

  1. Ayam yang direbus dengan air kelapa sampai air kelapa tersebut sedikit kering
  2. masukkan bahan no 3-4, air kelapa jangan buang sebab bila campur ngan santan dia jadi lagi sedap dan kuah jadi manis..
  3. masukkan serai yang telah di ketuk
  4. biarkan seketika
  5. kemudian masukkan santan...
  6. kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  7. masukkan kentang 
  8. Biarkan mendidih dan sampai kentang betul2 empuk..
  9. perasakan garam
  10. sedia di hidang

Selamat mencuba...

Rindunya Air Tangan Mak...

Assalammualaikum...
Sejak Mak sakit..memang Kami adik beradik x bagi Mak buat apa pun..baik masak..baik buat kerja- kerja rumah yg lain..Mak hanya duduk rehat atau baring je..Sejak Mak sakit kami adik beradik Dah lama tak rasa air tangan Mak...kalau tak selalunya Mak yg masak..Sekarang kalau tak abah, Ateh or Lisa..Aku la yg akan ke dapur..Tak sesia belajar masak lauk pauk ngan Mak..Tak sesia perhati Mak masak sebelum ni...walau x sama rasa ngan masakan Mak..Tp still sama cara masakan....air tangan Mak tiada tandingan kan?

Menu sahur bujang..simple je..


Daging goreng kicap


Sayur kangkung goreng

Alhamdulillah..Tak sabarnya nak tunggu Sabtu..nak berbuka dengan Anak Dan family..nak sahur ramai-ramai..Baru ada selera kan..Ni sorang2 dalam bilik..aku pandang dinding..dinding pandang Aku..Haih...sedih....

Sorry la...Aku memang cengeng skit Bab Ni (sambil kesat airmata)


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah