Buffet Dinner "Juadah Kampung" Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur.
Hi korang..
Jumaat lepas SA berpeluang berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur dan meraikan Anak- Anak Yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. SA dan rakan - rakan blogger yang lain dijemput untuk memeriahkan majlis iftar untuk merasai hidangan istimewa mereka yang terdiri daripada makanan lazat kampung dan hidangan tradisional yang sentiasa mendapat pujian kerana keenakkan rasa tempatan yang sentiasa menjadi pilihan. Terima kasih yang tak terhingga SA ucapkan kepada pihak The Federal Hotel diatas jemputan ke majlis yang gilang gemilang pada 25 Mei 2018 yang lepas.
SA sememangnya rekomen kepada korang diluar sana untuk berbuka di Kontiki Restaurant ini kerana keselesaan dan keluasan tempat sangat terjamin. Tidak rasa sesak sekalipun walau menerima kehadiran ramai pengunjung untuk berbuka puasa. Penambahan makanan juga mengikut kekerapan menu yang kehabisan. Service dari staff Kontiki pun sangat cepat dan mesra pelanggan. Seronok berbuka dalam suasana tenang.
Pintu utama Restoran Kontiki
Ruang Makan
Ruang Makan
Sempena bulan Ramadhan ini, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoran Kontiki. Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan & Operasi Hotel Federal International berkata "Bulan suci Ramadhan adalah waktu yang sesuai dan menjadi tradisi untuk berkongsi serta memberi. Ramadhan adalah bulan yang diberkati dan pihak kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan perayaan, agar kanak-kanak kecil ini merasai keistimewaan. Kami percaya, dengan menyebarkan kasih sayang dan menjadi penganjur majlis ini dan untuk meraikan mereka adalah sangat bermanfaat demi melihat wajah-wajah gembira mereka."

Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terdapat juga 8 station atau stall yang disediakan di Kontiki Restaurant dan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Semestinya station ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan menjadi tarikan orang ramai.. Sambil menaip ni SA terliur plak tengok gambar- gambar semua makanan yang enak tu. Knowing me yang perut kecil ni makan memang tak banyak..so dapat la merasa sikit- sikit hidangan yang menarik perhatian SA.
Hidangan Lazat Dari Dapur Tuanku
'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Mereka terpanggil untuk memperkenalkan keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Pertama dan dikongsi bersama orang ramai. The Federal Hotel memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.
Di mana- mana buffet Ramadhan sememangnya tidak pernah lari dari BBQ station kan? Di bahagian luar Restoran Kontiki terdapat Station BBQ yang menjadi perhatian. Terdapat Roasted Lamb dan Beef Tenderloin. Kat sini sahaja menjadi tumpuan dan ramai yang beratur untuk mendapatkan Grilled Lamb kesukaan. Dan sememangnya SA berpuas hati dengan Grilled Lamb dan Beef Tenderloin yang sangat sedap dan juicy. Untuk 2 hidangan ini SA sanggup menunggu lama menunggu giliran..hehehe...
Jom SA bawa korang tengok gambar makanan, jangan ada yang capai melalui screen ye..hehehe..memang tak kan dapat la kan...
Grilled Roasted Lamb
Beef Tenderloin
Sambal Udang Petai
Kebab
Daging Kicap Dengan Kacang Pis
Ikan Goreng Serai
New Potato with Chopped Parsley
Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille
Itik Panggang Dengan Jus Oren
Fried Squid With Dried Chilli
Yong Tau Foo
Braised Assorted Mushroom with Vegetable
Goreng- goreng station
Paru Goreng Berempah
Hati Ayam Goreng Berkicap
Braised Beancurd with Seafood
Nasi Minyak
Cream Of Mushroom
Four Treasure With Crabmeat
Pulut Kuning Dengan Serunding
Lemang dan Ketupat Palas
Tak sah kalau tiada pemanis mulut kan?Terdapat banyak pilihan pemanis mulut dan SA dapat rasa sedikit antara yang terdapat di sini...sedap dan sangat menarik. Selain dari hidangan menu yang terbaik terdapat juga hidangan sushi dan sashimi. Ada sup gearbox , kebab, sambal dan ulam- ulam kampung dan banyak lagi makanan lain. Terlalu banyak hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini sampai SA tak tahu mana satu nak pilih. Di bahagian luar pun SA tak habis explore apatah lagi di bahagian dalam.
Tema pun juadah kampung kan, so memang tak sah kalau tak ada deretan Kerabu. Ada Kerabu Daging, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Perut, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu kacang Botol, Kerabu Sotong dan bermacam- macam lagi. Tak sempat SA nak ambil semua gambar. Memang terbaik semua makanan kat Kontiki Restaurant ni..patut la menjadi kegemaran Bapa Kemerdekaan negara kita. Memang serius sedap.
SA sempat posing di salah satu bahagian dalam Kontiki Restaurant.
The Federal Hotel menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga
RM138nett/dewasa, RM35nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli
Gracious Reward &
FHI Privilege Club .
Untuk tempahan boleh hubungi :
The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166