Showing posts with label Resepi Masakan Sedap. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Sedap. Show all posts

Saturday, July 6, 2024

Resepi Pencicah Thai Sedap

Assalamualaikum...

Siapa suka buat BBQ atau makanan macam seafood rebus- rebus? SA antara yang suka...SA x pandai buat sos pencicah yang ni...ternampak resepi terus cepat2 copy simpan kat sini senang nak refer...

Korang kalau nak cuba pun boleh..amik jer resepi kat bawah...ni kalau buat dan cicah daging bakar, ayam bakar, sotong bakar je..kerang rebus atau kerang bakar mesti sedap ni....

Rasa macam nak ajak adik buat BBQ aje la...nanti la nak tanya diorang...nak buat x...hehehe...



RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!

Bahan- bahan

  1. Bawang putih: 7-8 ulas
  2. Cili : bergantung pada kepedasan Masing2
  3. Akar pakchi @ketumbar
  4. limau nipis 6-7 biji
  5. 2 sudu sos ikan


Cara- cara

  1. Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk 😅
  2. Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.
  3. Perah limau nipis , letak gula, garam sikit je dan perasa.
  4. Daun ketumbar potong2 dan gaulkan je. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu😅) siapppp...


Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tambah sedikit air suam

Boleh la untuk jadikan pencicah untuk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yang telah direbus atau dibakar. Yang saya buat sotong sumbat Bakar.


Credit : FB Siti Zubaidah Ibrahim


Sunday, March 17, 2024

RESEPI BATANG KELADI MASAK ASAM REBUS

Assalamualaikum...

Masakan kampung yang simple dan mudah memang sedap...ini antara masakan kegemaran SA..lawankan plak dengan ikan masin goreng dan telur dadar...memang x sedar menambah nasi kan...

Jom SA share resepi..mana tau korang x de idea nak masak untuk berbuka kan...SA memang guna resepi dari orng yang share kat FB...



RESEPI BATANG KELADI MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahannya: 

  1. Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong 
  2. 3 batang cili merah 
  3. 5 biji bawang kecil 
  4. 1 biji bawang putih 
  5. 1/2 genggam ikan bilis 
  6. sedikit belacan 
  7. secekak daun kesum 
  8. air asam jawa garam, 
  9. gula dan perasa secukupnya


Cara-caranya:

  1. Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.
  2. Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.
  3. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum dan serai ke dalam kuali atau periuk. 
  4. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih
  5. Perasakan dengan garam dan gula denagn secukup rasa. 
  6. Biarkan mereneh seketika. 
  7. Tutup api


Kredit resepi dan gambar dari FB Resepi Sahur Dan Berbuka Untuk 30 Hari


Friday, July 7, 2023

Resepi Pajeri Terung

Assalamualaikum....

Tengah duduk- duduk kat office ni tetiba kawan- kawan cerita pasal pajeri terung...pandai buat ke tak apa segala la...SA tak berapa pandai tapi Mak Pah pandai la buat pajeri terung...lagi satu pajeri nenas...teringat SA 2017 dulu ada kenduri arwah sepupu SA..Makcik buat lauk Pajeri terung...memang sedap...terbayang- bayang plak dah ni...

Pajeri terung sering dijadikan lauk sampingan bersama dengan lauk-lauk lain untuk dimakan bersama nasi. Masakan pajeri terung ini berasal dari utara semenanjung. Pajeri terung ini keistimewaannya terletak pada kerisik dan santannya yang menambah keenakkan rasa dan aroma yang wangi. Oleh itu, pastikan kerisik yang digunakan adalah sedap dan lazat. Adalah lebih baik jika kerisik tersebut disediakan sendiri sebelum memasak.

Selalunya kita akan dapat melihat pajeri terung di kenduri kahwin atau pun kedai makan tengah hari. masakan ini menjadi kegemaran orang ramai tidak kira yang tua ataupun muda. Pajeri terung ini menjadi pilihan utama sekiranya terhidang diatas meja. Gabungan pajeri terung dan ikan masin boleh menyebabkan kita menambah nasi! 



Jom, apa kata kali ini, kita buat sendiri resepi yang enak ini. Boleh kita berpeluang memikat selera keluarga kita. Ini resepi complete pajeri terung..macam SA nak masak nanti ni maybe ada bahan x boleh letak macam udang kering...memang faham udang kering adalah bahan utama tapi Mak Pah x boleh makan udang kering mahupun ikan bilis..so kena ubah sikit la. Tak tahu la nanti sedap ke tak sedap jadinya...mungkin nanti SA akan masukkan telur rebus beberapa biji at least Mak Pah boleh makan dengan berselera...

Jom kita tengok resepi...


Resepi Pajeri Terung


Bahan-Bahan :

3 biji terung panjang

5 ulas bawang merah – dikisar

3 ulas bawang putih – dikisar

1/2 inci halia – dikisar

7 cili kering – dikisar

rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis

3 ulas bawang merah – dihiris

2 ulas bawang putih – dihiris

1 sudu besar udang kering – ditumbuk

2 sudu besar rempah kari daging

2 sudu besar kerisik

Santan secukupnya

Asam jawa

Garam, Gula serta Gula Melaka


Cara Membuat:

1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.

4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

6. Masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.  


Kredit Resepi  to Telegram >ResepiDuniaMasakan


Wednesday, January 11, 2023

Resepi Ikan Bakar Air Asam Picit

Assalamualaikum...

Perangai SA plak ha...lepak dalam train x tau nak buat apa sambil tunggu train gerak, SA ternampak plak resepi yang ni ..SA bukan apa tau..Mak Pah kan kurang selera makan kadangkala x nak makan...So SA gigih la cari resepi mudah dan simple untuk SA cuba mana tahu kalau-kalau tukar cara masak dia ada selera nak makan kan...

So SA share kat sini...nanti semua boleh cuba jugak ..x buat hari ni maybe buat masa yang sesuai kan ..

Jom tengok resepi...



Resepi ni simple je.. Ikan bakar boleh..kukus pun boleh. Makan dengan nasi panas-panas
Ikan di bakar letak garam kasar sahaja!! 
Air Asam Picit  & Ulam Ulaman.

Resepi : 

Ikan Bakar Air Asam Picit. 

1)  Asam Jawa Seketul bulat Sebesar Limau Nipis + Belacan Sebesar 2 Ibu Jari + Cilipadi 9 Biji+ 1/2 Sudu Teh Gula+ 1/2 Sudu Teh Garam. 

2) Masukkan Semua dalam Mangkuk. Tambah Air dalam 1/4 Cawan. 

3)  Ramas2 Asam Jawa dan Belacan sampai sebati. Patah2 kan Cilipadi sambil tenyeh kat Mangkuk. Kalau x pandai buat macam tu. Potong Kasar Cilipadi dan tumbuk dlm Lesung Batu kasar2 dan masuk dlm Air Asam n Belacan. 

4) Perasakan Garam dan Gula. Kalau Nampak pekat Tambah Air lagi. Agak-agak lah.

Cubalah inshallah sedap.

Credit resepi : Puan Yoi


Monday, December 19, 2022

Resepi Sambal Manis Paru

Assalamualaikum...

Siapa suka makan Paru? Tak kisah la jenis masakan yang macam mana....SA tengah scroll2 telegram kan...macam- macam group resepi SA join...memang best betul...SA amik rezepi ni sebab nak cuba dan simpan kat sini sebagai rujukan...

Nampak sedap kan...kalau sambalnya pedas- pedas manis should be ok...kalau buat sendiri kita boleh adjust tahap kemanisan kan...

Jom tengok resepi...for me macam x susah sanagt sebab memang dah biasa masak paru...my speciality dan selalu kawan- kawan office order adalah Paru Goreng Berlada..



Gambar kredit telegram ResepiDuniaMasakan

 

SAMBAL MANIS PARU

BAHAN-BAHAN:

Paru 1/2 kg - rebus seketul2 tu dgn halia dan garam sikit sampai masak, angkat dan tos.. Bila dah sejuk, potong ikut saiz suka camne.. nipis2.. pastu perap dgn 1 sudu makan serbuk kunyit dan garam sikit  1/2 jam.. Dah siap perap, goreng dgn minyak banyak sampai garing.. 

Angkat dan tos..


Bahan Blend:

  1. Lada Kering segenggam - buang biji, rebus dan tos.
  2. Bawang Merah - 5 biji
  3. Bawang Putih 4 ulas
  4. Halia sebesar ibu jari
  5. Serai sebatang
  6. Sos Tomato 4 sudu makan
  7. Kicap Manis 2 sudu makan
  8. Gula Pasir - 6 sudu makan
  9. Gula Melaka - 3 sudu makan
  10. Garam dan Ajinomoto sikit

CARA-CARANYA:

Guna semula minyak goreng paru tu.. Guna dlm 2 senduk.. Bila minyak dah panas, masukkan gula sikit... Pastu, masukkan bahan blend dan gaul sampai garing.. api jgn besar sgt.. Gaul penpelan.. Bila dah garing dan terbit minyak, masukkan gula pasir dan gula melaka.. Gaul lagi.. Api make sure kecik eh.. Gaul sampai bebetul garing... Masukkan sos tomato dan kicap manis.. Letak garam dan ajonomoto... rasakan manis masinnya.. Last sekali masukkan paru yg dah goreng tu.. Gaul sebati... Siap!!


Kredit : ResepiDuniaMasakan


Tuesday, October 18, 2022

Resepi Sup Telur Chinese Style

Assalamualaikum..

Hi korang...

Aduhai semalam SA busy gilos la...syukur x sempat nak giler lagi ..hehe...balik kerja semalam SA sempat scroll FB and nampak orang share Sup Telur  Chinese Style ni..x tau nama betul dia apa..dh org tu cakap sup telur..ikut je la..well SA suka dan SA copy nak letak kat sini.. senang nanti nak rujuk...

Letak cendawan shiitake pun sedap ni kan.

Eh nak buat la nanti..

Kat bawah ni gambar2...sorry kalau buat korang terliur..sebab SA dh memang sedia terliur dh sebenarnya...filamen crab tu kalau dapat letak fresh crab kan best kan..confirm manis...







Resepi sup telur chinese style ❤️❤️

Resepi; bahan utama:

✓ Bawang putih (cincang halus)

✓ Halia (cincang halus)

✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)

✓ Filamen ketam (dihiris nipis)

✓ Telur ayam (dibancuh)

✓ Tepung jagung (dibancuh)


Kiub pati ayam tanpa MSG : https://shope.ee/LBgCIVAHI


Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.


Kredit Zurina Zulkefli


Monday, August 31, 2020

Resepi Kari Mamak Kepala Ikan Kerapu...

Hi korang...

Hari Ahad lepas balik dari Port Dickson tu SA masak kari mamak kepala ikan kerapu. Kepala Ikan kerapu tu besar betul so abah potong- potongkan...SA kalau masak kari memang suka kepala ikan..kadang- kadang beli kepala ikan merah atau ikan jenahak..kalau dapat ikan mayong pun best..tapi SA kalau pi pasar selalu kena tipu kalau beli ikan mayong..tak dapat beli yang isinya lembut..selalu dapat yang isinya keras skit..dah la kita ni tak reti nak pilih kan...sama jugak kalau ikan tongkol..ada 2 jenis kan...SA memang tak reti nak pilih...kalau balik rumah lepas masak tu dapat texture ikan yang keras..memang kena tipu la...sedih jer...


Jom la tengok resepi kat bawah...SA guna resepi dari mak SA....



Resepi Kari Mamak Kepala Ikan Kerapu

Bahan bahan:

  • 1. Kepala ikan Kerapu - dipotong kecil
  • 1/2kg santan - tak payah yg pekat pun tak apa
  • 5 sb rempah kari ikan Baba's
  • 2 sb serbuk ketumbar Babas
  • 3 sb cili serbuk Babas
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar halia + bawang putih ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
  • 3 tangkai daun kari
  • Air Asam jawa 1/2 cawan
  • 15 biji Bendi 

Cara Memasak:-
  1. Tumiskan biji sawi, daun kari,  sampai wangi. 
  2. Kemudian masukkan bawang merah, halia + bawang putih, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
  3. Biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan tambah air.
  4. Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. 
  5. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.
  6. Masukkan bendi..
  7. Taaaaraaaa... kari ikan mamak siap! 
Selamat mencuba!!

Sunday, June 14, 2020

Resepi Baby Octopus Goreng Ketumbar

Hi korang...

Pernah makan Octopus? suka makan octopus? SA suka je..benda-benda rare ni SA mmg suka nak cuba.. Octopus atau sotong kurita tapi yang ni SA beli yang baby octopus. Mulanya memang teragak-agak nak beli sebab tau memang xde yang nak makan...tapi keinginan mengatasi segalanya..hahaha..SA pernah makan octopus kt hotel mana ntah tapi cara masak dia lain..ingat nak buat sambal macam sambal sotong biasa tapi macam x kena plak..so SA refer dengan kawan SA Chef...so dia suggest masak macam ni je..haaa...maka jdilah masak simple macam ni asalkan sedap...ada separuh orang cakap buat grill madu tapi macam x kena je..sebab tekak orang kat rumah ni tekak melayu kan..

Korang nak resepi?

Memandangkan SA rajin hari ni so SA bagi je la resepi eh...kalau korang x nak guna octopus korang boleh tukar kepada udang atau kupang...jom tengok resepi..


Kita letak gambar dh masak atas sekali bagi aura geram tu naik...


Bahan- bahan ~ Cili api dalam 10 biji, halia sikit, bawang putih 4 ulas, bawang merah kecik 2 ulas dan bawang besar sebiji...bawang besar tu hiris kasar, bahan yang lain tumbuk lumat..
Daun ketumbar 2 pokok ( hiris kasar) , madukkan sekali akar dia, Serai sebatang, sos tiram 2 sudu, lada sulah 1 sudu, kunyit serbuk 1 sudu kecil..

Cara masak ~ Tumis bahan yang fitumbuk sampai naik bau dan garing, masukkan sos tiram, serbuk kunyit d, lada sulah dan octopus..gaul rata dan biarkan seketika, masukkan daun ketumbar dan bawang besar yang dah dihiris, gaul mesra, perasakan garam dan siap!!!


Octopus ni SA beli dari kawan opis yang buat bisnes bahan segar delivery...


Siap dah....

Sedap masak macam ni...SA ingat nak buat kering xde kuah..tp air dari Octopus tu jadi kuah plak..tapi sedap...next time boleh repeat order lagi ..baby octopus ni SA beli satu pack RM15. So beli 2 pack...memang berbaloi...SA masak semua lepas tu kalau x abis kang boleh makan masa dinner....

Selamat mencuba ye....

Resepi Rendang Udang Harimau

Hi korang...

Lama dah rasanya blog SA ni x share resepi kan? semua kerana kemalasan nak menaip entry...makan rajin..hahaha...apapun hari ni tak tau la kenapa SA terlampau excited sangat nak update entry...semangat plak tetiba memandangkan SA tak buat apa pun kat rumah..semalam jer sibuk masak- masak...kang kalau SA share resepi yang sama je kang orang cakap SA pandai masak tu je...hehehe...haaa...jangan kata takde yang komplen SA macam tu ye...ada..just selama ni SA ignore je.,..malasa nak amik port..

Meh la SA share resepi...



Bahan- Bahan

3 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
5 batang serai ( hiris)
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
1 inci lengkuas
*Semua ni kene kisar halus

2 sudu besar cili kisar
Santan sekilo
Daun kunyit (racik halus)

Cara masak

  1. Tumis bahan kisar sampai betul- betul naik bau dan masak cilinya..
  2. Masukkan santan
  3. Masak sampai pekat
  4. Perasakan garam
  5. Dah pekat kuah dan hampir kering baru masukkan udang
  6. Udang masuk last supaya rasa udang dan tekstur masih kenyal dan segar, lagipun tak nak overcooked sangat
  7. Masukkan daun kunyit
  8. Dah pekat tutup api...
  9. Siap!!
Rendang udang sedap dimakan dengan lemang, nasi impit atau sedap juga dimakan dengan nasi putih....SA dan adik beradik memang suka pelbagaikan masakan...nanti nak test masak rendang sotong plak..tapi kena masak seekor- seekor la..baru cantik rendang tu nanti....nanti kita cuba eh..kalau jadi SA up kat sini..kalau tak jadi SA up kat group MATJHN...hehehe.....

Friday, August 30, 2019

Resepi Tongkeng Ayam Goreng Berlada

RESEPI TONGKENG AYAM GORENG BERLADA



Dah weekend ni paling sesuai up resepi la kan...hahaha...sape kat sini suka tongkeng ayam? bahagian ayam yang kebiasaannya takde orang nak makan padahal bahagian ni la paling sedap sebenarnya...goreng macam tu je pun layan makan dengan nasi panas- panas...tapi awas, kolesterol tinggi tau...sesekali makan takpe bukan selalu..tapi dengan keadaan SA sekarang ni memang tak makan la lauk pedas- pedas ni..ni SA throwback...eh...tongkeng ayam sekarang mahal gak tau...sekilo RM4...biasa abah beli 2kg untuk rumah SA sebab anak dara SA suka...orang tua- tua cakap tak elok sebenarnya makan tongkeng ayam...nanti mulut macam bontot ayam duk pok pek 24 jam..hahaha...tak relevan la...sebenarnya orang tua- tua tak bagi makan sebab bahagian tu sedap..kalau sekor ayam ada 1 je tongkeng ayam...kang ramai suka..benda tu satu je..tak cukup la...sebab tu keluar ayat atau perumpamaan yang sebegitu...pandai orang tua- tua kan....

Meh la tengok resepi..

Bahan- bahan

  1. Tongkeng ayam 1/2kg ( cuci bersih, gaulkan dengan kunyit serbuk dan garam sikit)
  2. Bawang putih 3 ulas - tumbuk
  3. Bawang kecil 5 ulas - tumbuk
  4. Bawang besar2 biji ( hiris mcm buat sambal tu)
  5. Cili api 15 biji ( boleh tambah kalau nak pedas) tumbuk
  6. 1 sudu sos tiram
  7. 1 sudu sos ikan
Cara masak

  1. Goreng tongkeng ayam sampai garing  ( dah garing angkat dan asingkan)
  2. Asingkan minyak goreng ayam dan tinggalkan hanya cukup untuk menumis
  3. Bahan tumbuk tumis sampai naik bau dan masukkan sos tiran dan sos ikan
  4. masukkan bawang besar yang dihiris
  5. dah nampak bawang besar layu masukkan tongkeng ayam yang di goreng tadi
  6. Gaulkan bagi mesra dengan sambal
  7. Biarkan seketika
  8. Tutup api dan sedia dihidang
Masa SA sihat dulu..dalam sebulan mesti 2 kali buat sambal tongkeng ayam ni atau buat goreng berlada macam ni...sedap weh..bleh bertambah nasi..kalau lauk ni je pun takpe...

Selamat mencuba ye kepada yang suka tongkeng ayam...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah