Friday, March 26, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Hi korang...

Sebelum SA balik kerja kejap lagi SA nak join dulu la GA rakaan blogger Shida Radzuan ni...SA memang notice Shida memang rajin buat GA...SA ingat nak buat GA jugak la nanti...tengah fikir GA macam mana dan tak nak amik masa yang lama...hehe...korang kalau nak join klik banner tau...


 
Syarat-syarat Giveaway :

  1. Buat satu entri bertajuk : Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog
  2. Copy dan paste Banner Giveaway dalam entri dan jangan lupa backlink kan ke entri ini.
  3. Pengisian Entri : Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (penceritaan bebas).
  4. Dah selesai TAG dua rakan blogger korang diakhir entri.
  5. Korang  kena Follow Akaun Media Social Shida (lihat pada sidebar)
  6. Submit entri korang diruangan komen entri giveaway ini
  7. Untuk memudahkan semua pihak, selepas submit entri minta update pula NAMA + ALAMAT untuk pengeposan Kad Raya Limited Edition SRB disini : KLIK SAYA
  8. Selesai! Terima Kasih kerana turut serta dalam giveaway ini, moga Allah swt permudahkan segalanya yang dirancang. Amin!

Perasaan SA dalam Menyambut Ramadhan & Syawal akan datang ni...
SA nak sangat kali ni sambutan Ramadhan dan Syawal SA meriah berbanding last year...last year sedih sangat- sangat bila kami tak beraya berkumpul macam sebelum- sebelum tu..Hanya SA 3 beradik je dapat berkumpul itupun sekejap- sekejap sahaja..puasa hanya SA, mak abah , dania dan adik no 4 SA 2 beranak. Suami dia ada kat Perak masa tu dan x dapat balik sebab Pandemik. So berpuasa la kami 6 orang kat rumah. Sedih sangat..puasa dan terawih berenam. Raya pun ingat dapat la berkumpul rupanya tak jugak..sedih bila kami buat video call pagi- pagi..semua sambut raya sederhana je..adik bongsu kat Puchong dan Adik lelaki SA kat Muar...sedih bila masa kita semua dh biasa berkumpul tiap kali raya, tapi tak dapat berkumpul..paling kesian kat Mak la...puas pujuk dia...dah lama2 baru ok...semoga kita semua dapat sambut ramadhan dan syawal macam sebelum- sebelum ni...rindunya nak lepas bebas seperti sediakala kan....


Untuk GA ni SA nak tag Bonde Zaidalifah dan Cik Nor

Apa lagi korang..jom cepat meriahkan lagi GA ni....


Selamat Pengantin Baru Kakak Fazreen

Hi korang...

Sedih tau....sedih sanagt sebab tak dapat berkumpul meraikan wedding adik sepupu..kalau tak sebab Pandemik ni kami semua dah berkumpul tahun lepas bulan 3 kot...tapi wedding kazen SA ni terpaksa di postpone sebab kerajaan negara kita istiharkan MCO kan...kami siap dah plan baik punya nak pi ramai2 ke Sungai Petani..lepas tu dah siap recee homestay...tapi hajat kami tak kesampaian masa tu...tunda tarikh pernikahan terus baru- baru ni diorang selamat dinikahkan...syukur alhamdulillah...semua dah selamat....

Fazreen ni merupakan anak kedua Mak Teh SA dan diorang tinggal di Sungai Petani Kedah. Haih...melepas kami tahun lepas tak dapat pi berjalan ke Sg petani...Mana tau lepas ni turn adik dia yang no 3 si Kak Yang plak...dengarnya soonest dah tu...mana tau kan...yang kenduri Kak Yang kami semua dapat berkumpul kat sana plak...seronok bila staycation ramai2 ni...










Syukur dah selamat nikah..walau nikah PKP tapi tetap meriah...Mak Teh pun ada buat doa selamat dan kenduri kecil- kecilan je...Pengantin pun sama cantik sama padan...Kak Long doakan Kakak Fazreen kekal bahagia hingga ke jannah...Selamat Pengantin Baru...

P/S : Bila tengok orang kawen mesti rasa nak kawen kan....hahahaha.....


Hadiah Dari Blogger AnakOmak6 Dah Sampai....

Hi korang...

Yeay...hadiah dari Ako Retna dari blog AnakOmak6 dah sampai...alahamdulillah walau ada sedikit kontroversi yang Ako maybe tak tau kan...hahaha...SA terlupa bab hadiah ni...so SA dapat notification kat hp SA ada barang dari DHL akan sampai kat rumah...Ah sudah..bila plak beli barang online ni...eh..siap pakai DHL ni...terus la SA gelabah cicak kejap...tau x gelabah cicak macam mana? korang tengok cicak kelam kabut..hehehe..sib baik takde ekor...kalau ada ekor sure tertanggal. SA sedikit risau sebab baru2 ni SA dapat notification SA ada purchase barangan harga puluh2 ribu dan akan dihantar guna DHL..Sebab tu SA sedikit paranoid risau barang tu yang sampai. Kalau tak salah barangan PA System...aje giler la nak beli barang tu semua nak buat apa kan...tapi invoice yang sampai kat email tu alamat oversea, dia just randomly guna email SA je..cuak gak kan..puas selidik ada x delivery address ke Malaysia..nasib baik takde. SA bukan apa risau kena mangsa scammer ni...

So..balik semalam mak SA cakap....haaaa..tu ha..barang kau sampai..asyik boli barang yo..simpan duit..anak nak sekolah ko..masuk nibesiti ko...jangan nak shopping yo....alaaaaa....omak den dah bising..lom duduk lagi..baru sampai rumah....so..bukak2 je parcel..x tengok pengirim sape...sekali dapat la box Conratulations tu....mak capa lagi...Apo ni....boyfriend bagi ko....ishhh....tadi bising..lepas tu sibuk nak tengok...hahahaha....


Parcel dari Ako....metacihhh Ako......


Senyum lebar SA...suka dapat hadiah tapi jarang dapat ..sebab tu senyum berbunga2..


Omey tak????


SA dapat Starbuck Card...yeayyy....leh ngopi lagi.......


Cantik kan? melting tau....


Then SA bawak naik tingkat atas hadiah ni...sekali Dania tanya...sape bagi...boyfriend eh....hahahaha....banyak la boyfriend mama awak ni....dia nampak jer Owl ni dia merayu dia nak...nak letak kat meja study dia..SA cakap mana boleh..itukan hadiah mama...alaaa boleh la mama katanya..Nia suka..mama kan dah tua..kena la mengalah dengan anak....hadoiiii....dikatanya mama dia dah tua...sabar jer la anak uiii...so dah selamat la Owl ni kat meja study dia...

Thanks so much Ako...really appreciated...sila buat GA banyak2 lagi tau...hahaha...korang kalau nak kenal dan follow Ako... sila terjah blog dia ye... http://anakomak6.blogspot.com/

Turun Berat Badan Dengan KITSUI™ COCO XsLITE

Hi korang....

Jika korang mengalami  masalah lemak berlebihan, sukar mengawal selera makan yang tinggi dan metabolisme yang rendah. Korang adalah sangat- sangat disyorkan untuk mencuba kehebatan KITSUI™ COCO XsLITE. Product ajaib ini adalah produk yang boleh membantu anda. Baru- baru ini  dalam percubaan klinikal telah dilakukan terhadap 30 wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. selepas 8 minggu  penggunaan ekstrak konjac dan coco, ternyata para peserta dapat menurunkan berat badan, mengurangkan indeks jisim lemak, dan mengurangkan ukuran lilitan pinggang. Gabungan konjac dan coco memang terbukti berkesan sebagai bahan untuk pelangsing badan. Menarik kan? Minuman campuran botani yang sihat ini mampu mengurangkan berat badan dengan pengambilan dan amalan berterusan. 




Macam tau - tau jer SA sedang dalam proses menurunkan berat badan, SA diperkenalkan dengan KITSUI™ COCO XsLITE, dan SA sedang consume beberapa hari dengan harapan impian untuk SA turunkan berat badan termakbul. Jangan risau ye..KITSUI™ COCO XsLITE adalah selamat dengan kandungan bahan yang terpilih serta berkualiti tinggi. Selain itu product ini juga sesuai untuk mereka yang Vegan.

Kenapa SA suka dan terjatuh hati dengan KITSUI COCO XS LITE? SA suka sebab product ini memberi rasa kenyang yang lebih lama serta bagus untuk mengawal berat badan. Minuman protein tinggi dengan serat khas untuk membantu penurunan berat badan disamping menjaga kesihatan tubuh. So sangat recommended untuk bantu kawal pemakanan.


Masalah Berat Badan Tinggi disebabkan oleh:-
  1. Mengambil makanan berlemak
  2. Kurang Makanan serat
  3. Tiada masa untuk bersenam
  4. Mereka yang menggemari makanan.

Tanda- tanda makan berlebihan  : 
  1. Sakit Perut
  2. Sakit Kepala
  3. Tekanan
  4. Kembung
  5. Cepat Letih & Mengantuk

Kebaikkan KITSUI™ COCO XsLITE 
  1. Mengandungi serat tinggi.
  2. Rendah kalori & karbohidrat.
  3. Membakar lemak berlebihan.
  4. Meningkatkkan metabolisme anda untuk membakar lebih banyak kalori.
  5. Menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan
  6. Membuang toksin dalam badan

Cara Pengunaan

Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.

* Ambil waktu pagi sebagai sarapan dan waktu malam pengganti makan lewat malam





Bahan Bahan Utama 


Konjac




Fungsi
  1. Menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan
  2. Membuang toksin dalam badan.
  3. Membantu mengatur penggunaan tenaga dan metabolismesambil meningkatkan rasa kenyang. Rendah kalori & karbohidrat.Kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, ribo!avin, vitamin E dan mineral seperti fosforus,dan zink.

    l-carnitine



    Fungsi
    1. Membakar lemak berlebihan.
    2. Meningkatkkan metabolisme anda untuk membakar lebih banyak kalori.

    Coco



    Fungsi

    1. Mengandungi serat tinggi.
    2. Membantu mengatur penggunaan tenaga dan metabolisme sambil meningkatkan rasa kenyang. Rendah kalori & karbohidrat.Kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, ribo!avin, vitamin E dan mineral seperti fosforus,dan zink.

    Kenapa Anda Perlu memilih Kitsui?
    1. Kitsui adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih dari 20 tahun. Jenama ini juga telah memenangi pelbagai Anugerah Antarabangsa. 
    2. Semu produk di bawah jenama KITSUI telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal. Ia juga  telah menerima sijil Halal dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan kepada orang ramai melalui farmasi Watson & Guardian. 
    3. Kandungan produk ini adalah dari bahan-bahan berkualiti yang terpilih dan tinggi dengan vitamin serta mineral yg sangat sesuai untuk golongan lelaki serta wanita. 
    4. Makanan tambahan KITSUI bukan dari kumpulan ubat ubatan . Ia memberi nutrisi ke atas badan seseorang melalui bahan utamanya yg terdiri dari buah- buahan dan sayuran. 
    5. Bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan larangan yg mengganggu hormin serta kesihatan badan


    TESTIMONI













    SA sangat -sangat rekemen produk KITSUI™ COCO XsLITE  ini kerana ianya mempunyai rasa yang sedap dan paling utama adalah ianya memebuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama. SA tidak perlu risau kerana produk ini selain dari mempunyai banyak kebaikkan ianya adalah tetap sihat. Anda akan merasa lebih sihat selepas pengambilannya. Ianya juga tidak mengganggu sistem penghadaman malah lebih melancarkan. 

    Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan secara sihat...jom la kita cuba KITSUI™ COCO XsLITE





    Thursday, March 25, 2021

    Kudapan Kat Office...

    Hi korang...

    SA memang suka beli buah...beli buah banyak2 simpan dalam fridge...lepas tu x makan..hahaha...bukan x nak makan..malas nak kupas..especially buah mangga...last2 nak habiskan stok bawak pi opis hari2 2 biji buah..buah mangga dan buah orange...so...jadi lah kudapan SA kat opis hari2..kat rumah malas nak potong...kat opis rajin plak kan...hehehe...

    So setiap pukul 10.30am SA akan potong2 buah. Letak dalam mangkuk and makan sambil buat kerja..so jadi la kudapan sihat...hari- hari bawak dan hari- hari habis jugak....takde dah stock buah kat rumah..Dania makan buah ikut mood, mak tak leh banyak makan buah sebab kencing manis kan...



    Bukan main suka makan buah orange..suka beli jenis ni sebab manis giler..




     

    Lepas ni semua dah habis, ingat nak beli anggur plak biar cepat SA nyer platelet darah ni turun...Doc cakap SA kena makan buah dari keluarga berries so kena la makan banyak anggur...ada sesetengah cakap anggur x bagus la..apa la...ntah la..as long as boleh turunkan platelet..SA makan je..hehehe...maslaah kan bila platelet darah x stabil ni....semua benda nak kena jaga...tak pe la kan..janji sihat dah la ye tak...

    Rezeki Tengah Stress

    Hi korang...

    Lately ni SA memang kerap stress..kerja banyak..penat badan pun ye gak..memandangkan rezeki tengah2 stress ni...secretary to MD belanja plak starbuck and SA pilih latte...bukan SA sorang tapi dia belanja secretary lain gak...syukur alhamdulillah rezeki...hilang kejap la stress SA...memang lately ni bz sangat2..masa untuk diri sendiri macam sebelum2 ni pun takde..nak blogwalking rumah korang pun terpaksa tunggu time rehat dan masa dalam train...itu je ada masa..sampai rumah dh lewat dan penat...mandi2..solat pas tu tido kan...



    Orang stress dapat latte...bukan main lebar senyum


     

    Alhamdulillah...

    Terima kasih yang belanja.,...semoga murah rezeki...aminnn....

    Wednesday, March 24, 2021

    WW: Random Photo

    Hi korang...

    Macam lama jer x buat random photo kan..hahaha....well  this month SA macam rajin skit kan...rajin sampai entry banyak giler bulan ni...cuma lepas ni tak tau ada kesempatan dan kerajinan macam ni lagi ke  tak sebab dah mula sibuk dengan project...kami satu team memang akan busy dan masa akan habis kat office aje as usual...haaa..ari tu bape bulan duduk rumah work form home kan...sibuk nak masuk kerja..bila dah masuk kerja busy giler macam ni baru rasakan...terus teringat..bestnya dapat duduk rumah...hahaha....

    Eh sebelum lunch meh la kita tengok apa yang menarik nak share sebelum delete all the photo from hp gallery....



    Kakak Dania mintak belikan buku ni...pening plak ayat2 bahasa klasik ni katanya


    Lepaskan rindu ngan voice call je..bila la dapat jumpa


    Buahan- buahan sentiasa kena ada kat rumah...


    Sayur bayam  Pak Zain tanam as usual SA tukang petik je


    Sekarang ni popular orang cycling je kan..mana- mana pergi memang ada


    Area Seri Menanti...yang kolam tu x tau la depa nak buat apa...tanam padi jugak ke..tapi macam kolam ikan plak..


    Sawah padi...teringat mak abah bersawah dulu


    Rojak Berahim Kuala Pilah...


    Sarapan isnin minggu lepas rasanya ni...


    Sedap nasi lemak Saleha ni...x pedas sangat pun


    Ayam masak merah Pak Zain bekalkan


    Hari- hari ni la kerja SA...layan Netflix


    Bila la nak siap menara TRX ni...pagi di Pasar Seni Station
     


    Zinger burger last week...Khamis kalau x salah


    Sarapan Pagi Isnin minggu ni


    Paksu SA kritikal kat hospital..komplikasi 3 serangkai dan akan dipotong kaki paras bawah lutut..


    anak dara ni dapat kasut baru...lepas tu x nak tanggalkan..sepanjang masa nak pakai..erm sabar jer la..


    Ni pak uda plak..pun sama gak...ada masalah jantung dan macam2


    Aalangkah bestnya dapat berehat dan lepak macam ni tepi sawah


    Nur Tiara Safiyya sanje mamalong ni


    Syurga SA..Mak Pah...moga mak terus sihat dan cergas...lepas ni kena ajar dia berjalan jauh skit...malas jalan ni...


    Kucing Mak Lang


    Nak pi tgok paksu kononnya..erm..x leh melawat...


    Jumaat lepas


    Lunch Nasi ayam 3 gemok....


    Pemandangan pagi di kuala pilah....


    Sarapan Isnin...lupa ada orang sedekah breakfast...padahal dah makan kat kedai pagi tu


    Lunch Isnin...nasi sesenduk lebih skit dan sup cendawan...


    Sarapan pagi ni...


    Si hensem kaki bodek ni..Aydan



    Bacaan langkah SA semalam


    Malam tadi sebelum tido...layan grup giler hikers..


    Kena pow beli KFC


    Rezeki tengah stress, Secretary MD/CEO belanja latte..dap2


    Tiara lagi...melaram jer la minah ni


    Kundang siam abah belikan untuk mak..mak up kat grup family...berebut2 anak2 nak..haha..SA dapat 2 biji je


    Sarapan semalam


    Aadik ipar mancing dapat banyak giler ikan ha....


    Lunch SA hari ni...nasi sesenduk, lauk daging salai masaka lemak cili api campur bacang..

    Itu je setakat ni random photo..yeay dah bleh delete gambar..x nak penuh sangat gallery kat phone...hehehe...aduhai...kerja banyak...bila la nak ada masa update macam sebelum- sebelum ni...balik rumah dah penat..dalam train sibuk tgok movie kat Netflix kan...


    Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah