Wednesday, October 13, 2010

Penyapu Lidi Menghalau Makhluk Halus..Betul Ke?????

gambar ihsan google
Topik kali ni berkenaan penyapu Lidi..dalam masyarakat kita di Malaysia ni memang macam2 kepercayaan,petua dan pendapat yang memang diamalkan sejak zaman nenek moyang dulu..
salah satunya tentang penyapu Lidi ni..baru2 ni Lisa rasa mcm pelik bila balik rumah mak Lisa sendiri bila tiap kali balik mesti penyapu lidi abah tegakkan di belakang pintu..
Lisa ada jugak tanya kenapa..kan elok letak kat belakang rumah jer..xde la sepah2 tapi abah tak bagi alihkan..untuk pengetahuan u olls penyapu ni di letakkan di pintu depan yer..
Lisa pun tanya la abah..kenapa..so abah Lisa pun jawab..orang tua2 cakap letak penyapu secara tegak mcm tu di belakang pintu adalah untuk mengelakkan makhluk2 halus datang mengganggu kita anak cucu adam..sejauh mana kebenarannya..wallahuallam..apa kena mengena penyapu ngan makhluk halus Lisa x berani nak jawab..mungkin ada maksud tersirat dan tersurat..Nak percaya boleh dan tak percaya pun boleh cuma pada Lisa jangan sampai menyekutukan allah..so..apa pendapat u olls tentang amalan meletakkan penyapu lidi di belakang pintu..Lisa percaya mungkin di kampung2 ada kot dan kalau kat bandar tak sure pulak...kononnya rumah yang ada anak kecik dan ibu yang baru bersalin elok letak penyapu lidi ni...sejauh mana kebenaran mcm yang Lisa ckp tadi..wallahuallam...nauzubillah andai salah....

11 comments:

  1. hohoho baru tau pas baca kat sini. ieda pon letak penyapu lidi tegak kat pintu belakang. sebab nak bagi dia berdiri aje :)

    ReplyDelete
  2. salam...

    Minta Perhatian, saya dah tukar bloglink... http://sw33tdarling.com.. silalah berkunjung

    ReplyDelete
  3. betul tu lisa.. wan cik pah pun slalu amalkan camtuh gak..tapi cik pah tak leh lah buat camtu.. kalau idak.. dibuat main oleh anak anak jer..

    ReplyDelete
  4. SURIA AMANDA: my mum & mygranny pon ckp cam tu gak....

    ReplyDelete
  5. so klu mcm nie... letak je kat belakang pintu tu tu.. nak letak pn bole .. x nak letak pn bole.. jgn ada niat ape2 udah lah.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. dolu2 org pernah jugak dgr psl penyapu lidi yg dcacak di tanah utk elakkan hujan, kalo nak halau antu xtau la plak

    ReplyDelete
  7. kalau akak duduk negeri sembilan dulu pun org tua-tua cakap macam tu.apa-apa pun, penyapu memang barang pantang kena ke badan,dorang cakap suwie.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak,

    Sy tlh membaca entry akk berkenaan penyapu lidi. izinkan sy share mengenai kisah hidup sy. sy mangsa gangguan jin & hampir 5 thun sy tdk sembuh2. tlh byk ikhtiar sy lakukan, ke pusat2 perubatan islam di samping berdoa dan berdoa pd Allah SWT. mungkin sstgh org tdk percaya dgn alam jin.. sbnrnya cerita berkenaan jin ada terkandung di dalam Al-Quran dlm surah al-jin yg mengandungi 28 ayat.

    sy masih bujang dan mempunyai mslh dlm mencari jodoh. yg dtg & pergi begitu saja.. ada sesuatu yg menghalang kerana jin ini telah menganggap sy sebagai isterinya.. spt tidak logik akal kan.. ttp itulah yg terjadi pd sy.. Akk pernah mendengar cerita berkenaan dirogol jin? begitulah yg sy alami... Jin ini tidak serik2, walaupun telah terjerit2 sakit disembelih oleh ustaz2 ttp masih mahu menganggu sy. Jin yg ada pd sy telah dikenalpasti dtgnya dr sihir yg dihantar. Itulah manusia, bila mementingkan hawa nafsu, bila tdk dpt secara kasar digunakan plk cara halus.

    berkenaan dengan penyapu lidi ini, sy telah diketemukan oleh seseorg yg mengajar sy teknik memukul jin. penyapu lidi ini digunakan sebagai senjata & bukannya ada apa2 kuasa.. cuma tekniknya saja yg perlu kita tahu, selebihnya kebergantungan dgn Allah SWT.. Sbgai contoh sekiranya kita percaya dgn amalan meletakkan penyapu di bawah bantal @ diletakkan sebelah katil semasa tidur dpt menghalang gangguan makhluk halus/jin, bimbang perkara tersebut menjadi khurafat. Apa yg sy maksudkan ialah memukul jin tersebut secara direct menggunakan penyapu lidi sekiranya ia menganggu, penyapu lidi hanya sbgai alat (pedang) utk mencederakan jin, selebihnya yakin pd Allah SWT. Pd zmn nabi pun ada hadis yg menceritakan berkenaan jin yg dipukul.. bezanya pd zmn nabi, jin tersebut kelihatan. Ustaz sharhan shafie sendiri pun ada menyatakan cara memukul jin di dalam mimpi....

    Itulah perkongsian serba sedikit mengenai penyapu lidi.. ada lain2 alat lg yg blh digunakan utk berhadapan dgn gangguan. Alat tersebut perlu digunakan, bukan dipacak dan percaya ianya blh menghalau gangguan.. bimbang perkara tersebut blh menjadi khurafat.. Waallahu alam....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah