Wednesday, January 30, 2013

BAYI KOMA DIGONCANG BAPA...


Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini koma dan bertarung dengan maut, angkara bapanya yang dipercayai menggoncang anak kecil itu dengan kuat kerana berang selepas dia tidak berhenti menangis.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kepong, di sini dan kecederaan mangsa dikesan selepas dibawa bapanya ke Hospital Selayang (HS) pada jam 8.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, ketika membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, suspek yang berusia 20-an cuba menyembunyikan kesalahannya dengan memberitahu anaknya itu mengalami kesukaran bernafas akibat diserang sawan.

“Doktor segera memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk membuat imbasan X-ray.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesan wujud pendarahan di otak kiri serta kedua-dua mata mangsa dan kecederaan itu dipercayai disebabkan goncangan yang kuat,” katanya.

Menurutnya, mengesyaki ada unsur penderaan dan penganiayaan terhadap bayi terbabit, doktor yang melakukan pemeriksaan membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan lanjut.

Sumber itu berkata, ibu mangsa memberitahu polis dia tidak melihat bagaimana suaminya mendera bayi mereka, namun percaya kejadian itu berlaku ketika dia berada di dapur dan mangsa berada bersama ayahnya di ruang tamu rumah mereka.

“Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan doktor berkenaan, polis kini berusaha mengesan bapa bayi terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya

SUMBER HARIAN METRO

Pelik la...makin hari makin ramai yang gila nak bunuh anak,,ingat senang ke nak beranak???

33 comments:

  1. BAYI MENANGIS DUKUNG LA..BAWAK KELUAR RUMAH JAP KE.MUNGKIN DIA TAK SELESA..ADA KE PI GONCANG.AKAI ADA KA??

    ReplyDelete
  2. lelaki bengong, patut bagi makan kat rimau aja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...elok campak jer dalam api...biar dia rasa...

      Delete
  3. ape punye bangang jantan tu.. nak je ku humban dlm lombong selyg! haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. org yg dah kahwin lama susah nak dpt anak..dia senang2 nak bunuh anak..bongok la...

      Delete
  4. saperla X sayang anak , tp ada kann.., kannns

    ReplyDelete
  5. assalam... terima kasih sudi berkunjung.. salam kenal juga... balas kunjungan...

    ReplyDelete
  6. la x abis2 lagi kes dera bayi ni ! lepas satu satu lah !

    ReplyDelete
  7. aduyai entah lar bapak dia ni.

    ingat senang ke nak beranak. huhuh sedey =I

    ReplyDelete
  8. uishhh ....rase nak je goncang kepala bapak budak tu plak ...kejamm betul..

    ReplyDelete
  9. Ni bapak syaiton. Nak gelar binatang tak bley sbb binatan gpon tau sayang kan anak. Kesiannya baby tu.

    ReplyDelete
  10. aiyo.. nak ada anak, kena byk bersabar.. ish ish ish..

    ReplyDelete
  11. kena berusaha keras baru dapat.. alih2 digoncang plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat kumpulan Shiro agaknya goncang perut time preggy...

      Delete
  12. hmm macam2.. tapi kalau tak sengaja x kan smpai berlaku pendarahan dlm otak dan mata kan..

    ReplyDelete
  13. mmmm..no komen la.mcm2 hal kebelankangan ni.apa la masalh dorang.pokok pangkal keimanan seseorang kan

    ReplyDelete
  14. pengalaman 4 bulan pertama jaga lala lagi mencabar tp bapak dia takde pulak smpai buat mcm tu walau hampir setiap mlm.. (tgh mlm selalunya) terpaksa bawak lala round2 dgn kereta smpai dia tidur. Kalau tak buat mcm tu smpai subuh dia menangis.. Ni kes krg sabar la buat smpai mcm tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah