Monday, May 23, 2016

Pretz n' Beanz Cafe Kini Di Buka Di Bangsar

PRETZ N' BEANZ BANGSAR KINI DIBUKA

Hi korang...

Buntu tak tau nak lepak mana? Tak tau nak dinner kat mana? Jangan pening...berita baik untuk korang yang berdekatan dengan Bangsar..jom ler terjah Pretz n' Beanz...yer betul..dah bukak dah kat Bangsar...dekat memang la dekat ngan opis aku tapi kat area sini korang tau jer la...parking memang hazagebedah...hazab..solutionnya..masuk Bangsar Village...bayar pun bayar la...tau jer la kalau kawasaan happening kan...tapi masalah parking memang tak membantutkan tujuan utama aku ke sini. Memenuhi undangan orang kuat Pretz n' Beanz si Aliff Aiman..maka ke sini la aku minggu lepas makan malam...

Tentu korang tak sabar nak tengok apa yang menarik di Pretz n Beanz Bangsar kan? jom ikut aku terjah...


Di hadapan Pretz n' Beanz Bangsar...tak susah cari pun..terpampang besar tu ha...


hiasan dalaman yang agak cozy...tenang jer...konsep ala- ala hipster skit...dan yang penting korang nak lepak after office memang sesuai...even nak chill out malam- malam pun ok kat sini... 


buku menu


sempoi jer kan ruang ni...relax dan santai sangat


kaunter pelbagai dessert yang menarik minat anak tekak aku...


hiasan dalaman dan susun atur yang simple tetapi menarik..


lukisan- lukisan yang dihasilkan oleh pelukis dari Korea..cantik sangat tau...


sesetengah restoran tak menyediakan tandas untuk pelanggan kan? tapi di Pretz n' Beanz memang ada disediakan tandas..so tak perlu risau kalau ada urusan yang emergency


 ilustrasi yang menarik perhatian

jom kita tengok  makanan yang terdapat di Pretz n' Beanz Bangsar



 Pilihan Pretzel Pizza yang pelbagai flavour, ada 7 inch dan 10 inch


Waffle With Ice Cream


Antara yang menarik di Pretz n' Beanz
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream...aku dah pernah cuba dan memang sedap..


Java Coffee yang awesome


Aku adalah penggemar pasta aglio alio...


tu diaaa...Aglio Alio Prawn Spaghetti..pssttt...udang besar2 tau...hahaha...


Flammkuchen Pizza


this is a must try uollsss....keistimewaan pizza disini adalah pizza tetap lembut walau dalam keadaan sejuk, mana tau kalau korang nak bawak balik ke kan..itu keistimewaan pretzel pizza yang korang tak dapat di mana- mana..


kasik pose dulu sebelum makan..
  

Blueberry Cheese Cake


Sedap...melting...apa lagi nak cakap...sedap betul di tekak aku..puree Blueberry dia pun sedap..


Hidangan Pretzel adalah keutamaan kan..so kita rasa plak Pretzel diorang yang famous..
Pretzel : Sour Cream Onion Flakes


Promosi pretzel sampai hujung bulan ni dari pukul 3-5 petang harga pretzel mereka adalah RM1.00...apa tunggu lagi korang....terjah Pretz n' Beanz Bangsar sementara promosi masih ada...


Kalau datang sini jangan lupa order Aglio Olio Prawn Spaghetti...sedap uolls


Aku dah terjah cawangan Bangsar...korang bila lagi?



info selanjutnya sila layari media sosial mereka :

Facebook :



Instagram :


Email :



No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon : 03-22019026


love,

Suria Amanda

6 comments:

  1. Sedapnya..nampak tenang je

    ReplyDelete
  2. nampak cam menyelerakan semua menu tuh... lapooo

    ReplyDelete
  3. Alamak bestnya. X pernah try lagi
    Balik Msia nanti jom parizan kita
    Ngopi2.. kekeke

    ReplyDelete
  4. lepas puasa & raya nnt kita g nak.. lunch bukak kan..

    ReplyDelete
  5. Dessert dia nampak mengancam..
    Hiasan dalaman dia pun cantik..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah