Monday, May 14, 2018

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Hi korang...

Ahad 6hb May 2018 menjadi saksi buat pertama kalinya GSL Warrior berjaya mengadakan mini gathering pertama group kami di An-Nur's Kitchen, Ayer8 Putrajaya. Walaupun kehadiran ahli group kami tak semuanya tapi cukup memeriahkan suasana. Ada yang tidak dapat hadir atas sebab jauh dan komitmen lain yang tak boleh dielakkan. Ada yang di utara dan ada juga sedang menghadapi masalah keluarga. Insyaallah boleh get together lgi di masa akan datang.mungkin ada yang tertanya grup apa GSL Warrior ni kan. Sebenarnya grup ini ditubuhkan last year untuk sesi tukar2 komen di social media dan blog. Bestnya grup ni santai takde sapa jadi ketua. So aktiviti kami setiap hari memang tukar2 like & komen. Dari kecik dah jadi 12 orang dan kami share everything dalam tu. Kami share ilmu blogging, gurau senda dan beramah mesra dan dah macam satu family sampai akhirnya berjaya adakan Mini gathering ni...

An-Nur's Kitchen merupakan restoran seafood fanatics yang terkenal di sekitar Putrajaya dan telah mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Selain menawarkan hidangan Seafood, restaurant ini ini juga menghidangkan masakan panas Thai & Western yang menjadi pilihan ramai..Masakan paling popular di An-Nur's Kitchen adalah Seafood Lambak iaitu hidangan yang semakin popular sama dengan satu lagi hidangan yang dah dipatenkan so takleh nak sebut atau type kat sini kang kena saman plak, tapi korang tengok je hidangan tu korang dah boleh agak dah apa rupa hidangan tu. SA amat berterima kasih kepada pihak An-Nur's Kitchen kerana memberi layanan yang mesra sepanjang kami berada disana. Terlalu banyak makanan disediakan untuk Mini Gathering kami sampai senak perut nak habiskan. Venue pun sangat selesa dan luas serta boleh menampung  kapasiti pelanggan yang agak ramai.

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya


Mini gathering kali ni SA bawak Dania sekali..first time dia ikut mama pi gathering dan jumpa kawan- kawan blogger mama


Jom tengok menu- menu special di An-Nur's Kitchen ni...sorry kalau buat korang terliur..SA yang type entry ni pun dah terliur dah...seriously semua makanan sedap...worth it..


Lobster Butter Milk


Sotong Goreng Tepung


Fish & chips


Seafood lambak


Seafood lambak




Mini Gathering GSL Warrior Yang Pertama  Di An-Nur's Kitchen Ayer8 Putrajaya

Siakap Padprik


Baby Lobster Butter Milk


Salted egg Prawn


Broccoli with prawn


Ayam kari thai


Lamb Chop


SA dengan hidangan paling hot Lobster Buttermilk ( Lobster harga ikut pasaran)



Aktiviti Mini Gathering GSL Warrior

Untuk mini gathering ni kami bertukar- tukar hadiah..SA dalam keadaan kurang sihat masa ni..demam, batuk dan sakit tekak..tapi tak nak hampakan kawan- kawan..layankan aje sampai akhir majlis..terima kasih Anil Wanina cadangkan tukar- tukar hadiah masa ni..


Pilih nama..


Tukar- tukar hadiah...


Wefie sebelum balik..

Harga Makanan Di An-Nur's Kitchen yang sempat SA snap dari buku menu






SA cadangkan pada korang kalau berminat nak buat apa- apa gathering atau majlis kecil- kecilan boleh la buat di An-Nur's Kitchen ni...memang SA recommend pada korang...makanan kat sini sedap dan harga pun sangat- sangat berpatutan...Berbaloi- baloi...

Booking utk Ramadhan ...Dan booking untuk majlis apa2 pun boleh

Buka setiap hari.

Whats app now...booking tempat kat Seafood Fanatics

~ 0174212649

~ 0193031567

Selamat menjamu selera @ Seafood Fanatics/ AnNurs Kitchens


An-Nur's Kitchen - Masakan Thai Panas & Western
C1-G-5, Kompleks Perniagaan (Ayer@8),
Jalan P8G1 Presint 8,
62100 Putrajaya.

Seafood Fanatics
C1-G-6, Kompleks Perniagaan (Ayer@8),
Jalan P8G1 Presint 8,
62100 Putrajaya.

Buka : 12 tengahari - 11 malam

14 comments:

  1. sedapnya SA tgk menu2 tu...lobster tu fav..lapar la sbb tk lunch hehe..sronok dpt gathering tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya semua menu tu nasib baca blog akk dah petang mohon bertabah sempat tunggu azan magrib nanti

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok seafood tu...terliur pulak waktu hujan2 ni..

    ReplyDelete
  4. Padahal baru lepas makan. Baca entri ni kelaparan datang menjelma kembali. Sobsss geramnya tengok lobster tu...

    ReplyDelete
  5. reasonable jugak harga makanannya :D

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik menunya dan harga pun tidak mahal...boleh cuba ni... :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh.. serononya berghatering. lagi seronok bila makanan semua nampak menyelerakan. lapar la pulak. hihi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok menu tu, nasib baik dh tunjuk harga siap2..harga masih mampu lagi kalau nak ajak family dan kawan2 makan di sini.

    ReplyDelete
  9. Menarik aktivitinya.. Menu makanan pun best-best..

    ReplyDelete
  10. Semua sedap.. ;)
    Lobster tu paling menarik perhatian ai.. ;)

    ReplyDelete
  11. Tak ada rezeki Kak Sue nak join hari tu SA, next time kita plan lagi okay. Menu semua sedap-sedap, ada rezeki nak juga singgah sini nanti..

    ReplyDelete
  12. Best kan Kak SA. Hopefully lepas nih gathering kita lagi best dan fun.

    ReplyDelete
  13. wahhh meriahnya ada gathering bagai! Lobster dia menggoda sangat :D

    ReplyDelete
  14. Seronok dpt gathering and kenal kenal dgn blogger lain. :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah