Thursday, December 6, 2018

Tahniah Harimau Malaya Layak Ke Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018

Hi korang...

Di kesempatan ini SA nak ucapkan tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya yang berjaya dan layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 setelah berjaya menentang pasukan Thailand malam semalam. Ehhhh...SA ni tak la pandai sangat bab bola ke apa tapi mengikuti jugak la cumanya tahun ni SA tak berpeluang ke stadium sebab masalah kesihatan. Dah nak masuk 2 bulan dah SA ni on and of tak sihat kan...semalam SA sempat tengok separuh masa pertama jer..lepas tu SA dah masuk tidur dah lepas makan ubat...memang SA dah jangka Harimau Malaya layak ke peringkat akhir...


Thailand akui kehebatan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua hari lepas Thailand melaungkan amaran akan menjadi mimpi ngeri buat Harimau Malaya.

Namun hari ini sebaliknya berlaku apabila skuad Gajah Perang dihantui dengan kegagalan mereka kepada Malaysia di laman sendiri dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, semalam.


Malaysia berjaya mengikat Thailand 2-2 di Bangkok sekali gus layak ke saingan akhir Piala AFF dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kekalahan Thailand itu menyebabkan ketua jurulatihnya, Milovan Rajevac terpaksa akur bahawa Harimau Malaya adalah pasukan yang hebat dan layak ke saingan akhir.

“Sudah tentu saya tidak berpuas hati dengan kekalahan ini kerana gagal ke saingan akhir namun tetap menjadi satu pendedahan buat pemain kami.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia dan sememangnya mereka layak untuk ke saingan akhir,” kata Rajevac dalam laman web rasmi Piala AFF 2018, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tahniah Harimau Malaya....

9 comments:

  1. Rasa bangga bila dah menang, tp sblm tu rasa nak terkeluaq jantung ni...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Harimau Malaya.. smeoga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  3. bangga sangat kak semalam...xduk diam selagi pengadil tak tiup wisel penamat..huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Tahniah juga. tak dapat tengok semalam, tapi dengar orang kat flat ni bersorak kemain lagi. hehehe

    ReplyDelete
  5. Tak tgk masa game ni. Nmpk ramai update kat fb je, malaysia menang & layak ke final Aff.

    ReplyDelete
  6. masa perlawanan nimmg liez tak tgk sebab terlupa. dah nak habis game husband balik kerja bgth ada game bola.. apa2 pun liez bangga team harimau malaya layak ke final..

    ReplyDelete
  7. anyway, biarpun dh lepas bolanya. tetap nak ucapkan tahniah kepada harimau malaya. good job.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah