Friday, January 4, 2019

Lunch Session At Pasta Zanmai Nu Sentral

Hi korang....

Lunch semalam SA sempat join kawan opis SA bertiga je..kebetulan kawan kang sorang ni bakal menamatkan tugas dia Isnin nanti. Sob..sob...sedihnya...lepas sorang..sorang berhenti...dah tak ramai kawan-kawan lama...yang baru-baru pun tak kenal sangat..adakala yg baru dh  setahun kerja pun x sedar...boleh?punya la ramai muka- muka baru sampai tak kenal dan tak perasan. Macam SA plak tak selalu keluar ke department lain dan kalau ada urusan je baru keluar

So semalam SA dan sorang kawan lagi kawan kawan treat dia la..last makan-makan lepas ni tak tau bila boleh jumpa dan makan- makan lagi kan..mulanya kami memang tak tau nak makan kat mana. Kawan yang sorang tu ajak makan sushi tapi SA plak x makan..so SA suggest kan Pasta Zanmai dan nasib baik depa semua setuju..lama tak makan kat sini..so far sini SA suka sebab SA penggemar pasta.Diorang ada je menu sushi tapi tak banyak macam restaurant sushi yang lain...SA suka kat sini sebab portion dia besar..hahaha..dasar kuat makan kan....tapi kan..semalam macam pelik plak..tak ramai kat sini..kalau tak kan..selalu fullhouse dan kena datang awal..maybe ramai yang bercuti lagi kot sebab anak sekolah kan?

gambar sumber google.com



Yang diraikan Safiyyah..


Nani...kawan makan SA sekarang..


Chicken Terayaki Pasta SA punya....sedap...telur goyang-goyang tu superb


Semua pakat minum Ice Lemon Tea..

Senak makan kat sini..SA amik Chicken Teriyaki Pasta yang awesome, siap ada telur goyang- goyang tu...sedap sangat...habis SA makan walau portion agak besar...recommended pada korang yang nak cuba..banyak jer menu lain tapi apa yang SA makan jer la yang SA snap gambar..hahaha...sebelum- sebelum ni SA penggemar pasta diorang yang ada beef steak slices. memandangkan SA belum boleh makan daging maka SA telan jer la air liur...menu pasta with beef steak diorang memang superb...bila la SA boleh makan semula daging...dah la SA penggemar steak...

Oh ya korang kalau nak cuba makan kat Pasta Zanmai ni jangan risau tentang harga ye..menu yang SA makan tu harganya RM13 je..murah kan?yang pastinya halal la..tak halal takkan SA nak makan kat sini kan...next tak tau nak makan apa masa lunch...kalau ada tempat best nanti SA share ye....

8 comments:

  1. bestnya berpasta dengan telur goyang-goyang tu...

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan pasta yang akak makan tu.. Meriah ayam dia..

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa! Next time boleh lah try makan dekat sini pulak. Banyak jugak nampak outlet dia orang tapi tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  4. huishh..tgk gambar pun dah tahu sedap ni. Nasib la jauh..kalau tak terjah jgk ni..:)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya berpasta !! Camni xleh jadi ni..nak kena cari juga esok

    ReplyDelete
  6. selalu nak masuk sini. tapi was was haha. tak sangka ada makanan sedap hehe. boleh cuba nanti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah