Tuesday, January 14, 2020

Smart Straw ® Akan Membantu Anda Membersihkan Ruang Yang Sukar Dicapai

Pernahkah anda melalui pengalaman apabila perlu mencapai sesetengah ruang yang sempit semata-mata untuk membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas?



Walaupun ia sukar, namun anda tetap perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih dan bebas kotoran.Atau pun anda mungkin pernah mengalami kesukaran setiap kali membersihkan bahagian dalam bonet kereta apabila muncung penyembur tertanggal hingga menyebabkan bahannya terkena di bahagian lain.

Di sinilah produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® dapat membantu anda. Produk dalam tin ini menyediakan dua kaedah penyemburan dan mempunyai muncung kekal yang tidak akan tertanggal ketika anda melakukan kerja pembersihan.



Cara penggunaannya amat mudah sekali dan anda hanya perlu membuka muncung terbabit untuk melakukan semburan ke arah kawasan yang sukar dicapai.Fungsi muncung itu membenarkan ia disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahan semburan terkena tangan atau pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat kebawah untuk kaedah semburan biasa atau untuk disimpan.




Jika anda mencuba produk WD-40®Pelbagai Guna dengan Smart Straw®ini, anda akandapati bahawa ciri terbaik yang ada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidak tertanggal.Anda tidak akan berdepan masalah lagi apabila perlu mencari-cari muncung alat semburan yang hilang.




Bagi produk ini sendiri, ia sememangnya terkenal dengan keupayaan melindungi bahagian logam daripada berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberikelembapan serta melicinkan bahagian berkenaan.


Ingin tahu lebih lanjut? Lawati http://wd40.asia hari ini

5 comments:

  1. dah penah guna yg suami punya dulu, memang bagus sangat fungsi straw tu ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang kena ada WD-40 ni kat rumah kan. Mudahkan kita jugak

    ReplyDelete
  3. Bagus bila ada muncung straw tu.. sennag nak sembur tempat yang halus-halus..

    ReplyDelete
  4. eh eh macam pernah nampak pomen pakai ni untuk bersihkan ruang dalam enjin kereta

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah