Wednesday, February 26, 2020

Sinopsis Bukan Dia Tapi Aku ~ Eka Fahara

Hi korang..

Yeay SA dah habis baca dah novel yang ke 5 untuk bulan ni...jalan cerita best cuma ada la sedikit typo yang pada SA sedikit pun tak mengganggu pembacaan SA...novel yang ni SA berjaya habiskan dalam masa 2 hari...now dah start dengan novel lain plak...


Tajuk : Bukan Dia Tapi Aku
Penulis : Eka Fahara
Penerbit: Alaf 21
Harga : RM25.00




Sinopsis

Pernikahan Zariq Fahri dan Lisa Erina terjadi tanpa dirancang. Disebabkan satu kemalangan kereta, Zariq menikahi Lisa tanpa kerelaan hati gadis itu. Hakikatnya Zariq lupa bahawa Lisa merupakan kekasih Iqbal, sahabatnya. Namun disebabkan cintanya pada gadis itu sudah tidak dapat ditahan, inilah peluang yang perlu diambil. Dia mahu bertanggungjawab atas kemalangan itu.

Lisa pula terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami kerana desakan ibu bapanya. Dia cuba menyambut huluran kasih Zariq namun dia tidak mampu. Jiwanya sering dibelenggu rasa bersalah kerana Nadira, kawan baiknya sendiri menyukai lelaki itu. Dia takut dituduh perampas!

Hatinya pula tidak tenang bila wajah Iqbal yang jauh di perantauan sering bermain di matanya. Bayangan Nadira pula muncul dalam igauan ngerinya. Sampai bila dia harus menyembunyikan status mereka daripada Nadira dan Iqbal?

Apabila keikhlasan hati dan jodoh tidak bertemu di garisan takdir, wajarkah taat dan setia dijadikan pilihan? Lisa dalam dilema.

7 comments:

  1. owhh complicated jugak banyak cinta menumpang2 ni..hahahha

    ReplyDelete
  2. Umanggg aiii... Cinta 4 penjuru ke apa ni.. Hehehe.. Mesti dilema sungguh si Lisa tu kan... Dapat bayangkan.. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. Terpaksalah redha kalau dah jodoh.

    ReplyDelete
  4. dah lama dana tak beli buku dengan alaf21, macam best je baca novel cinta gini sesekali...

    ReplyDelete
  5. liez dh lama tak layan novel.. nak mula tu macam ada byk kerja rumah tak habis2..

    ReplyDelete
  6. teringat pula lagu Judika - bukan dia tapi aku, penulis dapat inspirasi drpd lagu tu kot..hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah