Saturday, August 29, 2020

imoo Melancarkan Watch Phone Z5 Di Malaysia

Pilihan utama ibu bapa yang mementingkan komunikasi dan keselamatan anak-anak mereka


imoo, jenama global terkemuka peranti kanak-kanak melancarkan produk sensasi terbaharu di Malaysia, iaitu Watch Phone Z5 atau Jam Pintar Z5 bermula 22 Ogos ini. Walaupun jenama-jenama lain mengutamakan telefon bimbit mesra kanak-kanak, imoo percaya bahawa elemen komunikasi dan keselamatan boleh disatukan dengan menggabungkan jam dengan telefon dalam bentuk Watch Phone Z5. Pilihan terbaik ini amat fleksibel dan sesuai digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak yang aktif.



Menurut imoo Malaysia, “Ibu bapa di Malaysia sentiasa mahu berhubung dengan anak-anak mereka bagi memastikan keselamatan mereka setiap masa, terutamanya apabila mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke sekolah dan apabila pulang ke rumah kelak. Memandangkan sekolah-sekolah di Malaysia mula dibuka semula dan meringankan kawalan pergerakan, ibu bapa perlu mengesan pergerakan dan lokasi anak-anak mereka, misalannya jika mereka singgah membeli makanan ringan atau menghadiri kelas tuisyen”.

imoo berpendapat bahawa Malaysia merupakan sebuah pasaran yang penting dalam bidang teknologi di Asia dengan anggaran pengguna telefon pintar seramai 19.3 juta tahun ini, oleh itu kami percaya bahawa Watch Phone Z5 akan menjadi pilihan popular dalam kalangan keluarga di Malaysia. Selain daripada Malaysia, kami juga menjangkakan potensi yang besar di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.



Watch Phone Z5 yang baru dilancarkan adalah jam pintar yang julung kali di dunia. Ia menggunakan kamera sudut lebar 5MP yang membolehkan ibu bapa membuat panggilan video serta melihat persekitaran bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka. Ia membenarkan panggilan dua hala; panggilan masuk dan keluar untuk memastikan ibu bapa dan anak-anak boleh bersembang pantas pada bila-bila masa, sementara itu pilihan Mod Kelas membenarkan kanak-kanak melihat waktu dan membuat panggilan kecemasan sahaja bagi mengelakkan gangguan di dalam kelas. Komunikasi juga boleh menampung jumlah data berbentuk pesanan suara, klip pendek dan perkongsian foto dengan kapasiti memori sebanyak 4GB.



Walaupun telefon bimbit juga menawarkan kelebihan komunikasi yang serupa serta dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi dan pembesar suara, namun ia tidak menjamin keselamatan melalui pengesanan lokasi. Misalannya, pengguna boleh mematikan ciri lokasi telefon pintar dengan mudah berbanding dengan Watch Phone Z5 yang mengehadkan akses kepada ibu bapa sahaja untuk mengubah pengaturannya, ciri ini membolehkan ibu bapa sentiasa mengesan pergerakan dan lokasi anak-anak mereka dalam waktu nyata.

Ciri kalis air juga menjadikan imoo Watch Phone Z5 sebagai pilihan peranti komunikasi yang lebih bijak berbanding dengan telefon pintar berjenama popular, kerana kanak-kanak masih boleh memakai Z5 ketika berenang atau menyelam sehingga kedalaman 20 meter. Ciri-ciri keselamatan lain termasuk jawapan automatik selepas 10 saat, penolakan panggilan rambang, tetapan panggilan pintas serta banyak lagi.




Ketika imoo pertama menjalankan rekaan konsep produk ini buat pertama kali, ia menekankan satu aspek penting iaitu ciri-ciri mesra kanak-kanak dan mudah digunakan seiring dengan gaya hidup mereka yang aktif dan suka bermain-main. Sewajarnya, pembangunan imoo Watch Phone Z5 bertujuan membantu ibu bapa menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Menyentuh tentang isu keselamatan kanak-kanak, menurut laporan yang diterbitkan oleh Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dari tahun 2011 hingga 2019, lebih daripada 15,0002 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja telah dilaporkan. Hampir 400 kes belum lagi diselesaikan, sementara 26 mangsa ditemui maut. Menurut portal statistik, Statista, kanak-kanak merangkumi 24% daripada rakyat Malaysia.



Ibu bapa boleh membeli Watch Phone Z5 di lebih daripada 100 peniaga sah di seluruh Malaysia atau melalui Kedai Rasmi imoo di platform e-dagang terkemuka termasuk Lazada dan Shopee untuk memastikan keaslian produk. Watch Phone Z5 ditawarkan dalam warna Merah Jambu atau Hijau dan dijual pada harga RM699.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan spesifikasi, sila layari:- https://www.imoo.com/my/


7 comments:

  1. good product tapi adakah kanak2 dibenarkan menggunakan jam ni di sekolah? cam sekolah anak saya, tak boleh nak fancy2 even style tata hias rambut pun kena seragam 😊

    ReplyDelete
  2. Pada ibubapa yg mampu apa salahnya beli utk anak2...demi menjamin keselamatan

    ReplyDelete
  3. Dahlah smart, design pun cantik!

    ReplyDelete
  4. wah..canggih..mengikut peredaran zaman..

    ReplyDelete
  5. sangat advance ya sekarang :) maju betul budak budak sekarang.

    ReplyDelete
  6. nice...da macam dalam movie2 omputih dah ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah