Thursday, December 24, 2020

Red Forest Di Bukit Batu Sawa

Hi korang...

Sambung lagi kisah SA hiking di Bukit Batu Sawa Jelebu NS, memang memula nak naik tu rasa pewai sangat sebab tak fit kan...SA rasa SA dah fit sangat dah tapi tak jugak..rupanya sebab SA nak datang bulan masa tu...so tenaga tu agak caca marba walaupun pagi sebelum SA hiking dah sarapan berat dah..lepas ni kena make sure, jangan hiking bila dah nak sampai bendera jepun menyapa. Hahaha...

Selepas gigih mendaki..walaupun trek takde la pacak mana pun. Selisih dengan hikers lain semua bagi support yang tinggi kat SA. Dengan ayat harapan palsu..." Sikit...lagi...boleh tu..sikit lagi...". Ayat ni berhantu skit buat SA. Nasib Bukit Batu Sawa ni tak tinggi mana pun..Kalau tinggi memang stress nak sampai ke peak. Akhirnya SA sampai jugak. terima kasih Sarjan Rifin dan wife yang setia menemani..3 rakan lain dah awal- awal sampai peak. 

Hilang segala penat lelah mendaki apabila allah hidangkan pemandangan yang sangat cantik...jom tengok gambar...


Red forest di Bukit Batu Sawa. Pokok- pokok ni semua warna merah batu bata batangnya...cantik sangat- sangat


Akhirnya...


Kebersihan perlu di jaga. Ada gak sampah sarap yang kami nampak..ambil dan masukkan dalam bag...masih ada yang berani buang sampah atas peak...


Bukti pemandangan yang cantik...rasa macam kat oversea


Pemandangan yang SA impikan...konon nak menikmati awan karpet, tapi dah lambat kan...awal karpet seawal 7.30-9.00 pagi


Tak dapat view awan karpet tapi dapat view macam ni pun dah syukur sangat


hilang segala penat lelah


Selfie is a must


Tak takut ke? takut gak la...tapi semangat tu tinggi


Kat belakang tu cantik sangat


One more pose


Potrait style





Kawan- kawan amik kesempatan berehat dan menambah tenaga..leader tak sempat breakfast





Dengan Izan Aiza, Lin Ahmad


Sarjan Rifin & wifenya Watie


pokok yang menumpang,tapi daunnya warna pink


Daun- daun berguguran tu menaikkan lagi aura dalam gambar...eceh...


pose banyak- banyak selagi ada kat peak


Puas hati sanagt bergambar...


Bukti dah sampai Bukit Batu Sawa


This is what i want


Kasi love skit


Pose wajib


pose reporter kata my friend


Cantik tak?






Cantik kan?


Celah ni pun boleh...


Suka ngan pokok- pokok warna merah batu bata ni...


one more pose..


Team leader Amie...nak sanagt memanjat...mentang- mentang pakai baju merah




Puas hati sangat...banyak betul amik gambar kat atas tu..nak plak kami grup paling last turun...orang lain yang ramai- ramai tadi semua dah turun..so best sikit nak bergambar sebab tak perlu nak ikut turn..as a hikers kena give and take bila nak bergambar..tak boleh nak main sailang- sailang..kalau tak kena kecam depan- depan nanti kena kecan kat social media..so elakkan...kalau dah sampai lambat biar orang depan dulu settlekan sessi bergambar diorang....

Sementara tu penjarakkan sosial kena jaga..syarat yang dah ditetapkan kena la ikut kan....

Next SA nak citer part turun bukit plak...dan SA akan share gambar- gambar flora yang SA sempat snap untuk korang...


6 comments:

  1. Seronok sebenarnya hiking ni. Mendekati alam.

    ReplyDelete
  2. cantiknya SA dalam gambar2 ni...ploles gitu

    ReplyDelete
  3. cantik view..bestnya kak SA..shida xpernah lg join aktiviti cmni..skali skala kena cuba..

    ReplyDelete
  4. saya bab2 hiking surrender dulu hehe.. tahu kekuatan badan tak mampu hhe.. manisnya penat hiking ni bila dah sampai atas tngk view cantik permandangan indah. lupa terus kan penat mendaki bukit. saya tngk gambar sajalah cuci mata.. org p hiking hehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah