Monday, February 1, 2021

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Hi korang..

SA tak ingat yang hari ni adalah cuti Hari Wilayah bagi mereka yang bekerja dan tinggal di Wilayah Persekutuan. So hari ni cuti...Tahun 2021 menandakan usia Wilayah Persekutuan sudah menginjak 47 tahun sejak ianya diwartakan secara rasmi pada 1 Februari 1974.


Tema yang dipilih untuk sambutan kali ini iaitu ‘Wilayah Prihatin’ amatlah wajar sejak konsep berkenaan dipupuk bermula daripada kita berdepan dengan pandemik yang cukup mencabar khususnya pada ketika ini,Biarpun masih berdepan situasi COVID-19, warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan digalak mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di  bangunan atau secara maya bagi menyemarakkan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2021 yang disambut setiap 1 Feb setiap tahun.

Selamat menyambut hari wilayah buat semua yang bekerja di Wilayah Persekututan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


6 comments:

  1. Wak duduk jauh daripada WP
    Tak nyambutlah

    ReplyDelete
  2. Part paling sedih bila duduk di WP tapi kerja di selangor.

    Jemput Singgah :BPR 2021: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat

    ReplyDelete
  3. selamat hari wilayah buat mereka yang duduk dan bekerja di KL, Putrajaya dan Labuan..

    ReplyDelete
  4. Ohhh! Hari ini SA cuti rupanya. Kakak pun lupa 1 Feb Hari Wilayah Persekutuan. Maklumlah berpuluh tahun duduk tempat orang hihihiii.

    ReplyDelete
  5. sejak PKP ni kan, public holiday semua jadi tak perasan dah hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah