Monday, March 8, 2021

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang/Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur!

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang/Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur! 


Hi korang...

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, SA nak kongsikan dengan korang tentang Hospital Pantai Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada tahun 1974, Pantai  Hospital Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital swasta terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai pengkhususan dalam penjagaan kesihatan.

Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) atau lebih dikenali Pusat Perubatan Pantai (Pantai Medical Centre) terletak di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia. Hospital swasta ini mempunyai ramai doktor pakar dan menyediakan pelbagai kemudahan perubatan berbayar.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan pakar, diagnostik, dan pengimejan bagi pesakit dalam dan luar negara. Ini termasuklah rawatan barah, hemodialisis, unit persenyawaan in vitro (IVF), dan banyak lagi.




Hospital Pantai Kuala Lumpur memberi sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan untuk merangsang pelancongan kesihatan dan telah giat mempromosikan pakej perubatan, perkhidmatan, serta kemudahannya di luar negara. Hospital ini telah menerima pelancong perubatan dari seluruh dunia, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari negara-negara Asia Tenggara dan Timur Tengah.


1. PENGALAMAN MELUAS DALAM BIDANG PERUBATAN

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah, Hospital Pantai Kuala lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia. 



2. PELOPOR DALAM INDUSTRI

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan jabatan  rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre @PHKL. Hospital Pantai Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).  



3. PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA DENGAN PENDEKATAN MESRA

Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat Keunggulan – Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostik dan Terapi Nuklear



4. PERKHIDMATAN KECEMASAN 24 JAM

Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Hospital Pantai Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung hingga ke strok. Jangan lupa untuk menyimpan nombor ini di dalam senarai nombor dailan pantas anda– 03-2296 0999!



5. PUSAT PESAKIT ANTARABANGSA

Hospital Pantai Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.




Jangan lupa ikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur menerusi Media Sosial.


FB: FB.com/PantaiHospitalKL

IG: @PantaiHospitalKualaLumpur

Laman Sesawang: https://www.pantai.com.my/kuala-lumpur/ 

Telefon: +603-2296 0888 / Whatsapp: +6016-313 0888

Emel: my.phkl@parkwaypantai.com 


8 comments:

  1. x pernah masuk ke Hospital Pantai biar pun belajar di UM selama 6 thn...

    ReplyDelete
  2. Dah lama rupanya hospital ni. Baru tahu.. Ingat baru2 je lagi..

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi sampai kesana, tapi tgk facility depa canggih kan

    ReplyDelete
  4. dulu eyja pernah intern di hosp pantai KL ni tahun 2015 di bahagian kejuruteraan, rindu pula ke sana.

    ReplyDelete
  5. 24jam kecemasan itu mmg penting kan.. sbb sakit tak kira masa dan tempat.. thank you hospital pantai

    ReplyDelete
  6. teringat cerita Grey's Anatomy bila tengok mesin MRI tu

    ReplyDelete
  7. Service level international tu. Buka 24jam itu bagus :)

    ReplyDelete
  8. pernah warded sini sebab demam panas...
    yg x best tu, kalau warded ramai takde tibi hhehe...
    tp x tau la skrg...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah