Saturday, May 1, 2021

Selamat Hari Pekerja 2021

Assalamualaikum...

Hi korang..

Hari ni 1hb merupakan Sambutan Hari Pekerja. Hari Pekerja di raikan setiap tahun pada 1 Mei. Hari Pekerja merupakan hari cuti am bagi Malaysia. Berdasarkan sejarah, Hari Pekerja adalah sambutan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja, termasuk pengenalan kerja 8 jam sehari di kebanyakan negara pada setiap tahun.

Tahun ini Hari Pekerja jatuh pada hari Sabtu kan...sesetengah company akan bagi Replacement Leave dimana ada cuti ganti dan dimasukkan kedalam bank leave pekerja. Company SA kerja ni memang macam tu..ada replacement kalau cuti am jatuh pada hari cuti hujung minggu so staff boleh gunakan pada bila- bila masa sahaja.



Berdasarkan faktor ekonomi untuk Hari Pekerja, 1 Mei juga merupakan perayaan permulaan musim Spring, terutamanya di Great Britain, Eropah dan Amerika Utara, dan turut kenali sebagai Hari Mei.

Di Malaysia, asal-usul Hari Pekerja jarang di beri perhatian, dan orang ramai biasanya akan menggunakan cuti ini untuk melawat keluarga, bercuti (jika jatuh pada hujung minggu ), atau dengan membeli-belah di gedung gedung besar. Memandangkan tidak boleh merentas lebih elok aktiviti di hari cuti ini di gunakan sebaiknya..sudah pasti ada yang tak dapat menjenguk ibu bapa di kampung kan...silaturrahim kita terpisah dengan undang- undang yang telah ditetapkan untuk kebaikkan bersama.

Memandangkan kita menyambut Hari Pekerja dalam Norma Baharu makanya gunakanlah cuti ini dengaan sebaiknya. Sekiranya keluar membeli belah utamakan lah SOP. Jangan lama- lama sangat di luar...sentiasa menggunakan mask dan juga hand sanitizer. Dah dapat apa yang di cari cepat- cepat balik rumah dan bersihkan diri. 

Buatt semua Selamat menyambut Hari Pekerja..


10 comments:

  1. Selamat menyambut hari pekerja SA.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari pekerja SA :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari pekerja juga buat puan.

    ReplyDelete
  4. selamat hari bekerja jugak kak :)

    ReplyDelete
  5. saya ingatkan ada cuti ganti khas untuk semua yang kerja isnin - jumaat, kepada cuti hari Ahad..rupanya takde ek..

    ReplyDelete
  6. Untung kalau company ada replacement cuti. Boleh gak sambung cuti hari ni kan :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah