Wednesday, September 1, 2021

Mini Cakes Dari Sara Sofeya Cakes Lavender Heights

Assalamualaikum...

Hi korang...

Isnin lepas...SA puasa sunat kan dengan Dania...so saje la konon- konon nak ada dessert masa berbuka...so hari Jumaat SA dah order dah...sebab kena pre-order 2 days before syarat yang tertakluk dalam website. Actually boleh je kalau nak mintak diorang deliver ke rumah tapi SA decided nak pergi ambil sendiri. Saje nak tengok kedai ni la kan...memang sebuah kedai besar dan memang ramai yang datang collect cake masa SA pi situ. Tujuan SA order mini cake tu sebab nak try sebelum SA order birthday cake Kakak Dania 25 September nanti. 

Selepas beli memang SA puas hati..dan memang sedap cake diorang...mini cake tu ada beberapa flavour dan yang viral ada perisa Solero, cuma masa SA order tu x amik perisa tu sebab Kakak Dania x nak...sampai je kat kedai...SA nampak ada banyak ready stock untuk kek Pandan Gula Melaka so SA add on sebiji lagi..Kira ok la sebiji mini cake 5 inch RM25 kan...memang puas hati kalau family x besar beli mini cake ni..memang cukup malah berlebih...SA suka kek kat sini...tak manis sangat dan of course sedap.lepas ni nak order cake birthday kakak Dania kat sini...why not support local product yang sedap setanding jenama besar kat luar sana kan...asyik cake jenama yang satu tu je...bosan dah....



Ni kedai dia terletak berdekatan Salam Hospital di Lavender Height


Antara kek yang ada..


Owner kot..busy betul dia packing sebab ramai datang collect masa ni 


Red Velvet..


Yang ni fav Dania





Ni SA ordered dari website Snickers cake..yang ni SA bagi kat Dida 


Ni Pandan Gula Melaka yang SA add on 


Close up untuk tunjuk ia memang mini cake 5 inch je...

SA dah rasa Red Velvet dan Pandan Gula Melaka tu...memang sedap...texture lembut dan sangat- sangat puas hati...yang snickers tu x tau rasa macam mana..tanya adik SA dia kata sedap giler...x manis sangat pun..anak dia si Dida dah habiskan....

So korang yang ada kat area Seremban boleh la terjah Sara Sofea Cakes ni...memang sedap kek nya...

Kalau nak order delivery boleh ke website diorang > https://www.sarasofeyacakes.com/
Kena ingat ye..kena order 2 hari sebelum untuk diorang sediakan order korang..

Kalau nak terjah ke kedai bawah ni alamatnya....

Sara Sofeya Cakes
No 140 Jalan Lavender Heights Senawang 3, 
Taman Lavender Heights, 
70400 Senawang Negeri Sembilan 

Trust me...recommended...u never regret....

9 comments:

  1. Banyak flavour cake yang rare kan kat sini. Harga berpatutan lah dengan saiz kek tu. Rasa pun okaylah. Bersesuaian nak makan untuk keluarga kecik. Banyak betul akak borong kek. Untuk birthday Dania bolehlah order yang custom tu pulak :)

    ReplyDelete
  2. red velvet mmg jadi pebret lately ni!!
    Adoi terbyg dah rasa nya hehe

    ReplyDelete
  3. Kek pandan gula melaka tu macam menarik.

    ReplyDelete
  4. Oh Fiza ada beli di sini.
    Bagus tidak manis sangat.

    ReplyDelete
  5. Musti comel je tapi semua nmpak cantik kemas je... buat terliur je kak oi

    ReplyDelete
  6. Terbayang bayang pulakkkkk kek pandan gula melaka tuuuu!

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya red velvet.. tapi saya teringin cheeseka yg sedap.. kat mana nak dpt ye

    ReplyDelete
  8. Red velvet memang sedapkan SA. Makan banyak pun tak muak.
    Kek pandan gula melaka belum pernah rasa. Tapi kalau guna gula melaka memang sedap tu.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap cake tu SA... bagus support muslim produk kalau sedap boleh repeat banyak kali

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah