Friday, December 16, 2022

Resepi Sotong Hitam Pedas

Assalamualaikum...

Kenapa la hari ni....

Masuk rumah Dana ada sotong goreng kicap..masuk instagram reel ramai buat sotong sambal...SA dah la tengah craving...tapi nak sotong sambal...tapi yang resepi kat bawah ni macam sedap plak...eh..dugaan petang Jumaat betul la...nak plak SA memang esok x kemana..memang esok cadangnya nak beli sotong...

Ya allah terliur SA tengok gambar...kita tengok esok menjadi x plan SA nak masak lauk sotong ni...apapun SA simpan resepi kat sini untuk rujukan kita semua ye...Nanti free bleh cuba kan...



 

SOTONG MASAK HITAM PEDAS


Bahan-bahan

  1. Sotong 500g
  2. Dakwat sotong
  3. Cili kisar 5 sudu besar
  4. Perahan Asam jawa 1 sudu besar
  5. Serai 1 batang ( dikatok )
  6. Halia 1 cm ( dihiris )
  7. Lengkuas 1 cm ( dihiris )
  8. Daun limau purut 2 keping
  9. Serbuk belacan 1 sudu kecil
  10. Cili padi hijau 10 batang
  11. Bawang putih 3@4 ulas ( dikatok )
  12. Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
  13. Garam
  14. Serbuk perasa
  15. Serbuk kunyit


Cara Masak 

1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit)kemudian toskan .

2. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau

3. Masukkan cili kisar ,masak sehingga pecah minyak,kemudian masukkan cili padi hijau ,daun limau purut , halia , lengkuas dan serbuk belacan Dan diikuti dengan perahan air asam jawa

4. Masukkan sotong ,dakwat sotong Dan bawang ,Gaul rata Dan masak seketika.perasakan dengan garam Dan secukup rasa. 

6. Angkat dan siap untuk dihidang

- cc Nurul Ateekah

Credit Telegram : Resepi Dunia Masakan


10 comments:

  1. saya tengah lapar ni nampak semua orang duk hidang sotong la ubi telampung la kfc la saya dah tak sabar nak tunggu 4.30 nak balik makan nasi hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedap lak tegnok sotong ni.. tertelan air aini tadi padahal dah lunch td..haha.. Tengok sotong teringat cerita Sutun

    ReplyDelete
  3. heehehe wajib buat kak kang teringat-ingat

    ReplyDelete
  4. Gunakan dakwat sotong, rasa kuahnya lebih sedap.

    ReplyDelete
  5. sedapnya..tiba2 jer lapar tgk sotong ni..:)

    ReplyDelete
  6. Ibu tgk org makan megi teringin megi. Tgk plak menu sotong mana nak cari sotong memalam ni. Hahahahaha!

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak tengok hasil masakan Kak SA pula.

    ReplyDelete
  8. WAh,,try lah kak. Saya tak pernah lagi masak sotong dengan dakwatnya sekali

    ReplyDelete
  9. Owh dia guna dakwat sotong.. Nasib baiklah da makan sotong weekand hari tu.. Kalau tak memang terliur nie..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah